Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi peluang kehidupan pada kita untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Mg kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kadang2 kita jarang sekali berterima kasih padaNya. Kita alpa pada anugerah dikurniakanNya, dan hanya kembali mencariNya bila kita dirundung kegelisahan dan kesusahan. Sedangkan hamba yang benar2 mencintai Allah adalah hamba yang mengingatiNya tidak kira dalam susah atau senang. Hatinya sentiasa zikrullah, badannya sentiasa ringan menjalankan ibadat..
Mari sama2 bermuhasabah kembali apakah tujuan kita berada di dunia ini.
FirmanNya yang bermaksud:
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, kecuali untuk beribadat kepadaKu. (Adz-Dzariyat:ayat 56)
Hari ini 28 Rejab 1427H. Begitu cepat masa berlalu, kita sudah hampir berada di penghujung bulan Rejab. Kesempatan di bulan ini, mari kita sama2 hayati tentang peristiwa isra’ mikraj, di mana di dalam peristiwa inilah amanah ibadah solat diwajibkan ke atas umat Muhammad. Mg pengajaran yang kita peroleh di dalam peristiwa ini, menjadi teladan buat kita untuk menjadi hamba2Nya yang lebih berusaha untuk memperbaiki solat.
FirmanNya yang bermaksud:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': 1)
Peristiwa isra' mikraj
Bacaan 1
Bacaan 2
Bacaan 3
Disini ana sertakan firman2 Allah swt dari kalamNya buat panduan dan pengajaran bagi kita sekalian. Solat adalah ibadat yang mula2 di hisab di akhirat kelak. Jika rosak solat kita, maka rosaklah amalan2 yang lain. Solat juga adalah benteng daripada melakukan kemungkaran. Andai kita masih lagi melakukan maksiat, jadi muhasabahlah dan perbaikilah solat kita. Semoga Allah menjadikan kita hamba2Nya yang lebih baik dan menjadikan kita hamba2Nya yang berada di dalam naunganNya pada hari akhirat kelak.
Ya Allah, jadikanlah diriku, ahli2 keluargaku, bakal zuriatku, dan mereka yang berada di sekelilingku, hamba2Mu yang sentiasa menjaga dan memelihara solat. Ameen..
1.Kewajipan bersolat
Firman Allah Ta’ala : "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman".( An Nisaa’:103).
Firman Allah juga: "Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman:"Hendaklah kamu mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan".(Ibrahim:31).
Firman Allah Taala dalam Surah Thaahaa: 132: "Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu supaya mengerjakan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
2.Solat mencegah kejahatan
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab(Al Quran) dan dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al-Ankabuut:45)
3.Amalan yang mula2 dihisab
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi;.. (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Amal seseorang hamba yang pertama akan di hisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." (HR: Tabrani)
4.Jangan melengahkan solat
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Sebaik-baik amalan ialah solat pada awal waktunya ".( Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan Al Hakim).
5.Larangan meninggalkan solat
Firman Allah S.W.T: "Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang menyia- nyiakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kejahatan." (Surah Mariyam: 59)
Firman Allah S.W.T: "Maka celakalah orang- orang yang mengerjakan solat, iaitu orang- orang yang melalaikan solatnya." (Al- Mau’un: 4 - 5)
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja maka tidak ada jaminan baginya dari Allah." (HR: Baihaqi dan Ibnu Majah)
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Perbezaan antara hamba (yang beriman dan kafir) ialah meninggalkan solat." (HR: Muslim)
Firman Allah S.W.T: "Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." (Surah Al- Muddaththir: (42-43)
Benarlah kata2 Allah yang Maha Agung..
--------------------------------------------------------------------------
Memetik kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa perasmian bulan sembahyang di Kelantan, katanya bahawa amalan solat perlu dihayati sepenuhnya dan bukan sekadar menjadi tradisi sahaja. Ini kerana sebelum ini dilihat amalan solat hanya menjadi tradisi sekadar mahu melepaskan tangggungjawab fardhu ain sahaja dan bukannya untuk dihayati.Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih memberi peluang kehidupan pada kita untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Mg kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Kadang2 kita jarang sekali berterima kasih padaNya. Kita alpa pada anugerah dikurniakanNya, dan hanya kembali mencariNya bila kita dirundung kegelisahan dan kesusahan. Sedangkan hamba yang benar2 mencintai Allah adalah hamba yang mengingatiNya tidak kira dalam susah atau senang. Hatinya sentiasa zikrullah, badannya sentiasa ringan menjalankan ibadat..
Mari sama2 bermuhasabah kembali apakah tujuan kita berada di dunia ini.
FirmanNya yang bermaksud:
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, kecuali untuk beribadat kepadaKu. (Adz-Dzariyat:ayat 56)
Hari ini 28 Rejab 1427H. Begitu cepat masa berlalu, kita sudah hampir berada di penghujung bulan Rejab. Kesempatan di bulan ini, mari kita sama2 hayati tentang peristiwa isra’ mikraj, di mana di dalam peristiwa inilah amanah ibadah solat diwajibkan ke atas umat Muhammad. Mg pengajaran yang kita peroleh di dalam peristiwa ini, menjadi teladan buat kita untuk menjadi hamba2Nya yang lebih berusaha untuk memperbaiki solat.
FirmanNya yang bermaksud:
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': 1)
Peristiwa isra' mikraj
Bacaan 1
Bacaan 2
Bacaan 3
Disini ana sertakan firman2 Allah swt dari kalamNya buat panduan dan pengajaran bagi kita sekalian. Solat adalah ibadat yang mula2 di hisab di akhirat kelak. Jika rosak solat kita, maka rosaklah amalan2 yang lain. Solat juga adalah benteng daripada melakukan kemungkaran. Andai kita masih lagi melakukan maksiat, jadi muhasabahlah dan perbaikilah solat kita. Semoga Allah menjadikan kita hamba2Nya yang lebih baik dan menjadikan kita hamba2Nya yang berada di dalam naunganNya pada hari akhirat kelak.
Ya Allah, jadikanlah diriku, ahli2 keluargaku, bakal zuriatku, dan mereka yang berada di sekelilingku, hamba2Mu yang sentiasa menjaga dan memelihara solat. Ameen..
1.Kewajipan bersolat
Firman Allah Ta’ala : "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman".( An Nisaa’:103).
Firman Allah juga: "Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang telah beriman:"Hendaklah kamu mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (Kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan".(Ibrahim:31).
Firman Allah Taala dalam Surah Thaahaa: 132: "Dan perintahkanlah kepada ahli keluargamu supaya mengerjakan solat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
2.Solat mencegah kejahatan
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab(Al Quran) dan dirikanlah solat.Sesungguhnya solat itu mencegah dari(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al-Ankabuut:45)
3.Amalan yang mula2 dihisab
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi;.. (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Amal seseorang hamba yang pertama akan di hisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." (HR: Tabrani)
4.Jangan melengahkan solat
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Sebaik-baik amalan ialah solat pada awal waktunya ".( Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan Al Hakim).
5.Larangan meninggalkan solat
Firman Allah S.W.T: "Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang menyia- nyiakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kejahatan." (Surah Mariyam: 59)
Firman Allah S.W.T: "Maka celakalah orang- orang yang mengerjakan solat, iaitu orang- orang yang melalaikan solatnya." (Al- Mau’un: 4 - 5)
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja maka tidak ada jaminan baginya dari Allah." (HR: Baihaqi dan Ibnu Majah)
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Perbezaan antara hamba (yang beriman dan kafir) ialah meninggalkan solat." (HR: Muslim)
Firman Allah S.W.T: "Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." (Surah Al- Muddaththir: (42-43)
Benarlah kata2 Allah yang Maha Agung..
--------------------------------------------------------------------------
“Sedangkan solat menjadi paksi kepada agama. Semua aktiviti kehidupan manusia mesti diselaraskan dengan amalan sembahyang,” katanya.
Menurutnya bagi mereka yang tidak menghayati sepenuhnya amalan sembahyang, ia tidak mampu menjadi benteng mencegahkan daripada melakukan perkara mungkar. Katanya, mereka tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan letih dan semakin jauh daripada Allah Taala serta bertambah dekat kepada syaitan. Kata beliau juga amalan sembahyang yang dihayati sepenuhnya akan dapat membantu pasukan keselamatan mengurangkan kadar jenayah. “Ini kerana amalan solat akan mencegah seseorang melakukan perkara mungkar. Sekiranya ia dihayati betul-betul, kerajaan tidak perlu lagi menambah bilangan anggota pasukan keselamatan,” katanya.
Sumber: berita
Mari kita sama2 berusaha memperbaiki solat. Mudah2n dengan usaha ini kita akan dapat membentuk masyarakat yang hidup dalam biah yang solehah, penuh berkat dari Allah swt. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment