Saturday, August 04, 2007

Muhasabah

Tuhanku
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku
Maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu


Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar?
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku


Tuhan
Diri ini tidak layak ke SyurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke NerakaMu
Ku takut kepadaMuKu harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat

~Raihan, Damba CintaMu~

Ya Allah, akukah hambaMu yang terleka itu?
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Engkau yang menciptakanku dan aku abdiMu. dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku. dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar2nya) nikmatMu kepadaku.dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Ameen

No comments: