Thursday, September 20, 2007

Hari2ku penuh pengharapan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum buat sahabat2, pengunjung2 yang sudi bertandang ke blog "Zikrullah" ini. Mudah2n dengan bertandangnya antum ke blog ini, sekurang2nya mengingatkan diri kita, termasuk diri ana.."Wahai hati hamba2Nya, zikrullah lah sentiasa, kerana itulah penawar terbaik buatmu.."


Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan yang Maha Penyayang. Syukur padaNya kerana masih memberi peluang kepada kita semua meniti hari2 penuh barokah di bulan ramadhan ini.Ramadhan sudah masuk hari yang ke8. Mudah2n hari2 yang telah berlalu penuh terisi dengan amal. InsyaAllah.

Sesungguhnya setiap detik masa di bulan ini penuh dengan ganjaran kebaikan yang diberi Allah. Subhanallah, Maha Pemurah nya Allah swt kepada hamba2Nya. Hanya terpulanglah kepada kita, samada mahu mengambil ganjaran itu ataupun membiarkan masa berlalu begitu sahaja... Dan kini kita hampir menganjak ke hari-hari terakhir di fasa pertama bulan ini iaitu kerahmatan. Mudah2n kita terpilih di antara hamba2Nya yang beroleh payungan rahmatNya.

Di kampus, suasana pesta ibadah cukup terasa walaupun masing2 sibuk dengan tanggungjawab ilmu. Sesekali hati ini tetap rindu pada sahabat2 seperti dulu.. sekian lama tidak bertemu, sekian lama tidak merasai suapan dari tangan sahabat. InsyaAllah, walaupun kita terpisah oleh kekangan masa, namun diharap bunga ukhwah yang disemai, mudah2n akan terus mekar. Kadang2 bila hati meruntun rindu, hanya sms pengganti diri. Ya Allah, ana rindukan sahabat2 sekalian.Terima kasih kerana masih sudi mengingatkan diri ini, walau sekadar sms ringkas, cukup terkesan di hatiku ini..

Di kampus, kelas2 ilmu di waktu petang ditangguhkan sebentar di bulan puasa ini. Ustazah kami mengingatkan agar memanfaatkan masa dan berusaha untuk mencari ilmuNya sekalipun kelas ditangguhkan sebentar kerana hati2 kita akan menjadi gersang andainya tidak diberi makanan hati. InsyaAllah, mari kita sama2 berazam sekurang2nya untuk menghabiskan 1 bahan bacaan di bulan ini.

Di bulan Ramadhan penuh kemuliaan ini, kita juga digalakkan agar sentiasa membaca al-Quran. Membaca al-Quran adalah zikir yang paling afdal. Sama2 kita berusaha amalkan dengan istiqamah walaupun hanya dengan membaca 1 ayat setiap kali masa terluang.

Mudah2n Allah rezkikan kita sekaliannya memperbanyakkan amal ibadah di bulan ini. Dan moga latihan2 kita ini menjadi amalan kita yang berterusan di waktu mendatang kelak..InsyaAllah..

No comments: