Friday, September 21, 2007

Hati seorang anak




Hari ini, hatiku terhibur dengan keletah ayah dalam perbualan telefon. Hati yang gembira ini menyebabkan air mataku menitis.. Subhanallah, teresak2 ia menangis.. mungkin kerana sudah lama hati ini tidak merasa terhibur seperti ini..Terima kasih ya Allah, terima kasih kerana masih memberi peluang kepada diri ini merasai tenangnya hidup dalam sebuah keluarga.. usrati jannati..InsyaAllah.

Terima kasih ayah, kerana mengubat hati anakanda ini.Terima kasih atas kasih sayang ini..Rindu untuk pulang ke rumah kasih sayangku.Tempat yang memberi dapat memberi tenangku, semangatku,dan bahagiaku. Alhamdulillah, segala puji hanya bagiMu..

No comments: