Monday, October 08, 2007

Peluang sama, natijah berbeza

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt. Dia Tuhan yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani kepada hamba2Nya. Syukur kerana masih berada dalam nikmat iman dan islam. alhamdulillah..
Kita semakin menginjak ke hari2 terakhir Ramadhan. Di televisyen, kedengaran lagu2 gembira di hari raya. Namun hati ini sayu mengenangkan ramadhan yang bakal pergi.. syukur Allah anugerahkan bulan madrasah ini untuk kita melatih jiwa. Allahu akhbar.. Ana teringat pada 1 hadith (maaf, ana tak ingat riwayat mana) :

"If any muslim comes out of Ramadhan without gaining forgiveness and goodness, he is a real loser"

Mari kita sama2 muhasabah, adakah kita tergolong dalam golongan yang beruntung atau rugi? Ramadhan masih berbaki, ayuh kita sama2 terus berusaha.. ganjarannya biar Allah yang menentukan, kerana Dia Tuhan yang Maha Memberi..
---------------------------------------------------------------------------


Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman.
Ramadhan kami malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira kerana kedatanganmu,
Kami gembira dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrifat,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya,
Tanda kalah lemah tak berdaya..
Puasa sekadar lapar dan dahaga....

No comments: