Monday, October 08, 2007

Bila rindu bertamu


"Kenapa ni?", tanya ana kepada seorang sahabat. Murung wajahnya.
Dengan lesu dia menjawab.."Rindu..".Jawapannya umpama rengekan anak kecil.
Ana menepuk lembut bahunya. "Sabar ya ukhtiku. Ana tahu bagaimana rasanya menanggung rindu itu.Bersabarlah..".

Ya, bila rindu itu datang, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hati ini menanggung.
Rindu itu tidak berteman, rindu itu keseorangan. Hanya air mata menjadi pengubat hati.
Sekalipun ia perit di hati, andai rindu ini dapat membawa diri dekat padaNya, andai air mata ini dapat membersihkan mazmumah di hati, dia redha dan pasrah.
Kerana dia tahu.. rindu ini pasti berbalas..

Allahurabbi..

~Rabu, 3 hb Okt 07, 21 Ramadhan 1427H~

No comments: