Friday, November 23, 2007

Ilmu pelita sebuah hati..

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Pagi ini hujan renyai2.. niat di hati untuk menadah ilmu di majlis tetap diteruskan. Syukur, atas izinNya, diri ini dan sahabat2 masih diberi peluang menghidupkan hati yang merindu bajaan ilmu.. Dalam perjalanan, mata tidak lepas memandang keadaan sekeliling. Sesekali tersenyum sendirian melihat keletah2 manusia di luar tingkap bas. Adakalanya ada peristiwa yang membawa benak ini berfikir.. benar kata orang, luas perjalanan, luaslah pemandangan. Dan banyaklah peluang untuk akal ini berfikir.. kerana yang pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.. Subhanallah, tenang hati ini bila akal yang dipandu bersama iman..

Hadirin yang hadir tetap ramai sekalipun hujan membasahi bumi awal2 pagi lagi. Sejuk hati ini melihat saudara2 seislam duduk bersama2 berkumpul untuk mendengar peringatan2 Allah dari ceramah yang disampaikan. Tidak kira tua atau muda, malah anak kecil yang masih dalam dukungan ibu pun turut serta untuk mengambil berkah majlis yang dipayungi sayap malaikat dan dilimpahi rahmat Allah ini. Alhamdulillah, kali ini, tok guru membicarakan tentang tafsir surah al-hadid dari ayat 7 hingga ayat 10. Yang kebanyakannya membicarakan tentang ajakan agar menginfakkan sebahagian harta di jalan Allah. Turut dinyatakan dalam tafsir ayat2 ini adalah peringatan tentang janji taat setia manusia yang mengaku Allah sebagai Tuhan sebelum kelahirannya di bumi.Dan ajakan agar beriman kepada Allah, yang akan mengeluarkan manusia dari jalan kegelapan kepada jalan kebenaran..
Alhamdulillah..

Mg diri ini dan sahabat2 masih diizin Allah untuk terus menimba ilmu, menambah iman di hati dengan cahaya ilmuNya dan terus dalam limpahan rahmat dariNya. insyaAllah..

No comments: