Friday, November 23, 2007

Terus mencuba


Bila dilahirkan, manusia tak terus merangkak dan berjalan,
Bila ditanam, benih tak terus tumbuh dan berbuah,
Itulah lumrah..
Perjalanan yg panjang harus ditempuhi,
masa yg lama harus digunakan,
semata- mata ingin mengejar taraf insan kamil.
Namun, walau payah,
walau susah,
walau lambat,
walau ujian datang bertimpa- timpa,
aku mahu mencuba,
dan terus mencuba..

"Maka sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).
Dan hanyalah pada Tuhanmulah engkau berharap".
(Al-Insyirah ayat 5-8)

"TERUSKAN PERJUANGAN"..
Mg dipermudahkan Allah dalam segala urusan..
Allah tahu segalanya.. maka, berdoalah dan letaklah harapanmu hanya padaNya..

Allah tahu resah gelisahmu wahai hatiku..Allah tahu betapa hatimu selalu menangis.. Allah tahu betapa engkau telah mencuba.. dan Allah tahu apa sebenarnya yang terbaik buatmu.. Berjuanglah hingga ke akhirnya..
JIHAD!!

No comments: