Alhamdulillah, sewaktu ana kembali menemuinya beberapa hari kemudian, hati ana cukup berbunga..inilah kali pertama ana melihat dia tersenyum sewaktu bercakap2 dengan kami. Hebatkan kuasa senyuman.. cukup menenangkan sebuah hati.
Benar, senyumlah dengan ikhlas..itu adalah sebuah sedekah. senyumlah dari hatimu..dan kau akan perolehi ketenangannya..malah orang disekelilingmu akan turut sama tersenyum..
"Senyumlah dikala gembira..kerana itulah sebaik2 utusan yang menggambarkan ketenangan dihati.
Senyumlah dikala duka..kerana itulah yang menggambarkan kerelaan hati menempuh dugaan Allah !
No comments:
Post a Comment