Monday, November 05, 2007

Kadang kita terlupa

Bismillahirrahmanirrahim

Ini laptop ana..rasa2nya usianya hampir 3 tahun bersama ana. Minggu lepas, laptop ini menghadapi masalah.Agak sudah lama sebenarnya laptop ini menghadapi masalah. Lalu,kesempatan masa terluang yang ada, ana membawanya untuk diservis. Setelah mendapat antivirus yang baru, laptop ini kembali berfungsi dengan baik. alhamdulillah.. Pastinya setelah sekian lama, begitu banyak virus2 "hidup" dalam laptop ini kan? Sesekali, perlu juga untuk kita memperbaikinya, supaya ia kembali lancar semula.




Sewaktu ana dalam perjalanan membawa laptop ini untuk diservis.. terfikir ana.. pada sesuatu yang juga perlu diservis..iaitu "HATI". Terasa begitu lama hati ini tidak diservis.. terasa terhimpunnya beban yang berat dihati ini dengan virus2 sifat mazmumah dan penyakit hati.Klu mampu dibelah diri ini untuk melihat rupa hati ini, entah bagaimana keadaannya. Penuh dengan titik2 hitam.. masihkah ada ruang yang masih gemerlap bersinar?? Astagfirullah..
Kadang2 kita lupa pada sesuatu yang batin.. dan seringkali kita lebih mementingkan perkara2 yang zahir..
Memikirkan hati yang perlu diservis ini, ana mengambil kesempatan untuk turut menservisnya. Mg hati ini bersih kembali, mg ia dapat berfungsi lancar semula, menjadi "raja" yang baik pada perlakuan diri.. Amin..

"Hai orang2 yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar2nya. Mudah2n Allah menghapuskan kesalahan kamu.." (Al-Tahrim:ayat 8)



Cara2 menghapuskan dosa

  • Taubat dengan ikhlas (taubat nasuha). Taubat ini boleh menghapuskan dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
  • Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan baik itu akan menghapuskan kejahatan.
  • Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat menghapuskan dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api
  • Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Musibah dan percubaan itu akan dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.

No comments: