Ratuku,
Ingin kuluahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan,
Tentang kebimbanganku ini tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah.
Ratuku,
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu.
Ratuku,
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila kulihat bunga yang tak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya.
Ratuku,
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
semakin banyak bunga-bunga yang gugur bagai tibanya musim luruh.
Ratuku,
Bukanlah kuharap kau segigih siti hajar,
Yang berlari-lari antara safa dan marwah,
Bukan jua sesetia ainul mardiah menanti kekasih dipintu syurga.
Ratuku,
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aisyah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa.
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga.
Jangan kau risau ratuku,
Kadangkala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu hanya ujian buatmu.
Ratuku,
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang kuharapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi,
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu,
Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu,
Kerana kau ratu idaman kalbu.
Ratuku,
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya,
Tapi bukan itu yang kuharapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang bisa membuatku tersenyum lega,
Kerana akan kutemui ratu yang benar-benar ratu..
~Ratuku 2002, sekretariat hal ehwal siswi mpp upm~

No comments:
Post a Comment