Shbt sayang,
Allah menyaksikan kesungguhan dirimu dalam perjuangan dakwah dan perjuangan menggenggam kejayaan. Allah Maha Adil sahabatku..Segalanya milikNya.Selepas usaha, maka serahkan segalanya pada Dia. ~Teman Sejati~
Study..study.. =)
Seperjalanan kita difana dunia,
Biar diri resah menderita,
biar hati sering terseksa,
biar jiwa tercalar onak membara,
jangan tergadai maruah agama,
jangan ternoda jiwa yang suci
Sekejap Tuhan melontarkan sengsara,
pasti tak akan selamanya,
akan hadir jua hikmah tersembunyi dicelahnya,
kerana al-khaliq itu Maha Penyayang pada hambaNya yang tabah.
~Mujahidah~
Tabah dan kuatkan peganganmu walau sekuat mana ribut mengujimu. Dia pasti tidak akan mensia-siakan mujahadahmu. Usah putus asa..yakin akan Haq!! ~Halawahiman~
Fasbir sobran jamilan.
Bersabarlah wahai hati..
Letakkan sepenuh pengharapan mu padaNya.
Yakin dengan penuh keimanan padaNya.
Dia Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasihani pada hambaNya.
Teruskan berdoa dan berusaha.
Engkau hanya seorang hamba..
yang masih mencari sebuah kejayaan abadi dalam hidup..
Maka, carilah pada Dia, pemilik sebenar kehidupan ini..
"Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana keSABARannya berupa SYURGA dan pakaian sutera (76:12)"
No comments:
Post a Comment