Sunday, January 13, 2008

Pujilah Tuhanmu

"Sahabat2ku sayang..
Perhatikanlah kejadian 'alam disekelilingmu..
Pandanglah ke laut, luasnya terbentang jauh mata memandang, airnya biru mendamai jiwa, deruan ombaknya mengalun tenang..
Lihatlah pokok2 meliuk lembut disapa angin,
Rasailah kehalusan pasir pantai putih bersih,
Lihatlah hidupan hijau disekelilingmu..
Perhatikanlah..
Apa perasaanmu..?"



"Tenang..",jawab sahabatku memecah kesunyian.

"Ajaib bukan perasaan itu?.. ombak itu bergelora, namun tenang yang dirasai.. Mengapa ye?.."

Soalan itu kuajukan..membawa shbt2ku berfikir sejenak..namun, tiada kata2 yang keluar dari mereka..

"Kerana mereka sekalian adalah makhluk ciptaan Tuhan.. makhluk yang sentiasa berzikir memuji Allah, yang dijanjikan untuk ke syurgaNya kelak.. mereka makhluk yang bersih suci dari dosa.. kerana itulah kita beroleh tenang melihat mereka.."jawabku merungkai persoalan itu..

Sunyi.. hati kami terus menghayati alunan zikir2 dari alam ini..

"Kita juga makhluk ciptaanNya.. yang beroleh anugerah makhluk terbaik ciptaan Tuhan.. dikurniakan akal dan fikiran.. diperintahkan untuk mentadbir alam ini.. namun andai dinilai hati kita.. adakah hati kita hati yang sentiasa mengalun zikir padaNya, yang halus bersih,yang damai tenang..?"

Terasa esak tangis dihati, menitis air dimata..

"Muhasabahlah.. bertafakurlah mengingatiNya.. dan pujilah TuhanMu..Perhatikanlah kejadian alam yang menakjubkan dan mendamaikan ini.. diciptakan Allah sebagai tanda kebesaranNya.. pujilah TuhanMu.. SUBHANALLAH.."

To zikr dan shbt2 pengunjung.. =)
Ini adalah dialog "edited version" diantara ana dan teman2. Hari itu telah berlalu.. Namun,kenangannya masih segar. Hati juga masih merindu, andai dapat duduk berhalaqoh seperti ini lagi, berbicara tentang keagungan Tuhan, sambil bertafakur melihat alam.

Shbt2ku sekalian.. Perhatikanlah kejadian alam disekelilingmu.. dan kau akan rasai kebesaran Allah.Allahuak bertafakur menghayati kejadianNya, sambil bermuhasabah..Allahuakbar

No comments: