Sunday, January 20, 2008

Teman sejati


Suatu hari..

Mataku semakin tertutup, penglihatanku semakin kabur, genggaman tanganku semakin lemah dan kepalaku semakin tertunduk..

He2, ana semakin mengantuk!!Emm..waktu ini ana sedang study seorang diri disebuah kawasan lapang,dan terasa begitu mengantuk. Ana cuba merehatkan mata sekejap dengan memandang sekeliling. Sebabtu, kadang2 ana gemar juga study di luar bilik,sekurang2nya dapat merehatkan mata dan fikiran yang penat dengan melihat tumbuhan2 hijau dan alam sekeliling. Kalau berada didalam bilik, laman beradu la menjadi persinggahan rehat ana..wink,wink.

Ana melihat di sekeliling, ada tumbuhan hijau. Emm, besar peranan tumbuhan hijau ini kepada manusia kan.Menghasilkan oksigen untuk pernafasan manusia. Ana pandang lagi disekitar kawasan, ada air pancut di sebuah kolam. Dari jauh terdengar bunyi air itu mengalir..bunyi alam yang semulajadi, cukup menyenangkan pendengaran telinga. Ana melihat pokok2 besar hijau.Ada daun2 yang luruh apabila ditiup angin.Terasa lembut angin menyapa diri ana.

Untuk merehatkan fikiran sekejap, ana membuka tafsir al-quran yang dibawa bersama. Setelah membaca beberapa ayat, ana terpaku pada satu ayat. Subhanallah.. ayatNya cukup terkesan dihati ana.


"Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya,
tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".
(Al-isra' : ayat 44)


Ana memandang semula tumbuhan hijau, mendengar kembali bunyi air mengalir dan merasai angin yang menyapa.. Ya, makhluk2 Allah ini sedang bertasbih, namun.. kita tidak mengerti tasbih mereka. Subhanallah, terasa ketenangan menyelinap hati ini. Dan ana merasa begitu bersyukur pada kalam2Nya yang selalu menjadi peringatan buat ana ini. Benar, al-quran inilah penyejuk hati hamba2Nya. Di dalamnya terkandung begitu banyak hikmah.


Hati ana juga terasa sayu, bila teringat pada kata2 .. "Andainya engkau memerlukan teman sejati, maka dampingilah Al-quran." Walaupun ana keseorangan disaat ini, al-quran inilah teman yang telah mententeramkan ana di saat ini. Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan kami sebuah kalam yang penuh dengan hikmah ini. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

#p/s:shbt2 yang mengenali ana mesti tau ana tengah duk study kat mana masa ni kan.. =)

~Kita tak pernah keseorangan.. kerana Allah sentiasa ada bersama..~

No comments: