Bismillahirrahmanirrahim.
FirmanNya yang bermaksud:
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengatakan: "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un" (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan dikembalikan). mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 155-157).
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Syukur pada Al-Khaliq, kerana saat ini, kita masih berpeluang bernafas dalam jiwa seorang hamba, masih berpeluang meneruskan perjuangan sebuah kehidupan, masih berpeluang mengumpul bekalan2 kebaikan, masih berkesempatan menanam benih2 pahala buat tuaian di akhirat nanti.Alhamdulillah..moga terus tetap dalam iman dan Islam.
Alhamdulillah, sekarang ana berada dalam posting orthopedik, all about bones, muscles, nerves, arteries, veins.. dan kali ini berada dalam Team Hand. Minggu ini adalah minggu pertama kami. Minggu yang kebanyakan pelajar masih lagi dalam situasi "blur" dan adaptation (hehe). Syukur, ana tak begitu bermasalah dalam adaptation kerana telah berpeluang berada dalam posting ini tahun lepas. Setiap hari ward round kami bermula pada pukul seawal 8pagi,kadang2 berakhir hampir 10 pagi. Dari 1 ward ke 1 ward kami "merantau" melihat perkembangan case2 dalam team kami. Adakalanya penat, almaklumlah sekurang2nya hampir 5 ward kami round tiap2 pagi. Namun, seronok juga kerana banyak belajar.
Selepas selesai morning round, kami akan ke OT (operation theatre) ataupun ke klinik. Alhamdulillah, semalam berpeluang ke klinik. Bersama MO (medical officers) yang juga "sedang belajar", kami berasa interest dan tak begitu stress semasa di klinik.
"Kita sama2 belajar, mana2 yang salah bagitau la ye", kata MO tersebut. (He2, kami banyak xtau daripada tau doktor..). Sambil2 itu, kami turut menjenguk case di bilik specialist bersebelahan.
Semalam, Allah telah memberi sebuah pengajaran buat ana dan sahabat2 tentang erti sebuah kehidupan. Beberapa case yang datang ke klinik kami, membuka mata hati ana tentang ujian dalam hidup setiap hambaNya.
Sedar atau tidak kita semua PASTI diuji.. kerana itu janji Tuhan buat kita.Sebagaimana firmanNya,
“Maha Suci Allah, yang Menguasai segala kerajaan, Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun.”
(Surah Al-Mulk, ayat 1-2)
Di antara pesakit2 yang datang di antaranya ada 2 patients, masing2 berada di form5. Tahun ini, mereka bakal menduduki peperiksaan SPM.
Salah seorangnya mengalami crush injury menyebabkan dia kehilangan keseluruhan jari-jemari kanannya. Untuk menjadikan tangan kanan itu berfungsi semula, doktor membuat hand reconstruction dengan membentuk ibu jari (thumb) daripada tulang metacarpal dan membentuk web space di antaranya.(Hampir 40% tangan kita berfungsi kerana ibu jari. Oleh itu, untuk menjadikan tangan functioning, doktor berusaha untuk men"construct"kan ibu jari. Subhanallah! Hanya milik Allah, segala ilmu yang hamba2Nya pelajari ini).
Pesakit ini adalah right handed, jadi selepas accident itu, kini dia belajar untuk menulis dengan tangan kirinya. Adik itu kelihatan sedikit low self esteem. Dia hanya menyembunyikan tangan kanannya di dalam poket seluarnya. Malah dia kelihatan berdebar apabila k-wire ditangannya mahu dikeluarkan. Kami hanya berusaha menenangkan dengan memberi semangat. "Kuatkan semangat dik. Tahan ye..". dan kami tahu kami tak mungkin memujuknya dengan mengatakan "xpe..tak sakitnya..sakit sket sahaja" kerana hakikatnya kesakitan pasti terasa. Malah semasa removal of k-wire tersebut, jeritan dan air mata seorang lelaki darinya turut mengalir.
“Setiap orang yang sakit ataupun ditimpa kesusahan walaupun sebesar duri,
Allah menggugurkan dosa-dosa kesalahannya seperti gugurnya dedaunan dari pohon.”
Sahabatnya, lebih bernasib baik. Dia tercucuk paku setelah tanpa sengaja tersadung menyebabkan jari telunjuknya perlu dibedah. Jarinya masih boleh bergerak, hanya mengalami fibrosis akibat parut pembedahan. Lalu doktor menasihatinya agar selalu mengerakkan jarinya tersebut. Dia agak bernasib baik juga kerana jari kanannya yang dibedah, sedangkan dia adalah left handed.
Allahuakbar.. masing2 diuji dengan ujian masing2. Dan kadar ujian itu berbeza. Ada yang mendapat ujian kerana kecuaian diri sebagai asbab dan ada yang mendapatnya walaupun telah berhati2..
Namun, kita harus percaya, bahawa setiap ujian yang diberi adalah sesuai dengan kemampuan kita,
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
.. dan ketaqwaan kita adalah ukuran sebenar diri kita di mata ALLAH.
“..Sungguh, yang paling mulia disisi kamu adalah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui dan Maha teliti.”
(Al-Hujurat, ayat13)
Seorang lagi anak muda, umurnya 20 tahun, hampir menyerupai perwatakan adik ana. Berkopiah, berpakaian kemas, berjalan dengan menundukkan pandangan dan jarang sekali bertentangan mata apabila bercakap, membuatkan ana teringat pada adik ana. Pesakit ini mengalami patah tulang clavicle di bahu apabila mengalami accident motorsikal.Apa yang selalu dirisaukan apabila mengalami patah ditulang bahu adalah kecederaan kumpulan saraf bahu(brachial plexus injury) yang banyak komplikasinya.Alhamdulillah, adik ini tidak begitu serius dan tidak mengalami masalah tersebut. Melihat case ini, membuatkan ana teruja untuk menasihati adik ana agar berhati2 membawa motorsikalnya. Apatah lagi, every week adik ana balik umah! Moga Allah sentiasa menyelamatkan perjalananmu adikku..
Salah seorang pesakit lagi yang hanya baru menyelesaikan 2 posting housemanship nya. Namun, dalam perjalanan houseman nya, dirinya diuji Tuhan. Dia mengalami kecederaan di bahunya dan mungkin mengalami brachial plexus injury, setelah motorsikalnya terjatuh dalam longkang akibat terlalu mengantuk pulang dari oncall.. Kini dia tidak mampu untuk men”abduct” tangannya malah lemah dalam menulis dan memegang sesuatu. Sayu hati ana, apabila melihat wajahnya yang sedih kerana mengenangkan masa depannya.
Teringat pada nasihat sahabat ana, MuJAHidah kepada ana dahulu..
"kita tak tahu masa depan kita bagaimana, kerana semuanya dalam jangkaan Tuhan, semuanya telah termaktub dalam ketentuanNya. Yang mampu kita lakukan adalah buat yang terbaik buat masa sekarang kerana kita tidak tahu bila masa kita akan berakhir. Maka jangan sia2kan masa SEKARANG!"
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa:
Di dunia ini kita hanya mempunyai 3 saat sahaja..
Sesaat yang telah dilalui, sesaat yang sedang dilalui, sesaat yang akan dilalui.
Namun hakikatnya kita hanya mempunyai sesaat sahaja iaitu masa yang sedang kita lalui ini.
Sedangkan masa yang telah berlalu dan masa yang akan datang bukanlah milik kita..
Terdapat juga beberapa pesakit lain yang mengalami brachial plexus injury. Ada yang mengalami keseluruhan masalah saraf (total plexus palsy) dan ada sebahagian saraf sahaja. Doktor juga seringkali mengambil masa berfikir sejenak memikirkan apalagi ikhtiar yang mampu dilakukan untuk membantu mereka. Dan hanya Allah jua sebaik2 pengharapan dan memberi pertolongan. Teringat kata2 doktor tadi.. "InsyaAllah, dalam kekurangan ini, Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik buat awak"..
"Anugerah Allah kepada hambaNya adalah nikmat,
Kemudian dicabut nikmat itu dan digantikan dengan sabar.
Apa yang diganti itu lebih baik daripada apa yang dicabutnya."
-kata2 Umar Abdul aziz-
Allahuakbar.. berikut adalah sebahagian daripada case2 yang ana lihat di klinik. Ana tidak bertujuan untuk menge"expose"kan history mereka, hanya cuba membawa beberapa case tanpa breaching the private and confidentiallity, untuk dijadikan renungan buat diri ini ana sendiri dan juga sahabat2..
Lihatlah diri anda sekalian. Tangan yang sempurna, kesihatan yang baik.. berapa banyakkah kita bersyukur padaNya? Ya Allah, maafkan diriku kerana alpa dengan pemberianMu ini..
Kesusahan dan kegembiraan, kedua2nya adalah ujian dari Allah. Kesusahan menilai sejauh mana kita sabar dan redha pada sebuah dugaan yang diturunkan Allah. Sedang kegembiraan, kadang2 kita sendiri tidak sedar bahawa ia adalah ujian untuk melihat kita seorang yang bersyukur atau tenggelam dalam kegembiraan tanpa memuji Yang Maha Memberi?
Jadi, buat yang sedang
berduka dan bersedih kerana kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah, ingatlah.. Ujian yang Allah berikan ini adalah salah satu ujian untuk meningkatkan iman kita. Sebagaimana firmanNya,
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Setiap dari kita akan diuji dengan cara masing2.. namun, yakinlah ia sesuai dengan kemampuan kita kerana Tuhan sesekali tidak akan menzalimi hambaNya.Maka, usah bersedih, bangunlah. Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan. Didiklah hati
bersabar dan redha kerana ganjaran Tuhan menanti dihadapan!
“Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya berupa SYURGA dan pakaian sutera.”
(Surah Al-Insan, ayat 12)
Buat yang sedang bersuka dan berbahagia kerana memiliki sesuatu atau sedang bergembira, bersyukurlah pada Allah yang Maha Memberi. Sujud syukurlah pada Dia yang memiliki segala-galanya.
Jangan jadi seseorang yang asyik dan leka membelek2 sebuah hadiah sedangkan dirinya lupa pada orang yang memberi hadiah tersebut. Jika kamu bersyukur nescaya Allah menambah nikmatNya kepadamu sebagaimana firmanNya..
“Dan Ingatlah, ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat.”
(Surah Ibrahim, ayat7).
------------------------------------------------------------------------
~“Allah did not promise that life would be easy
but He did promise to go with you every step of your life with Him by your side" ~
p/s: Maaf, jika terdapat banyak medical term dalam posting kali ini. Mudah2n dapat difahami oleh semua.
Moga diari khoirun kali ini membawa peringatan buat ana dan juga sahabat2. Maafkan kami Ya Allah, ingatkan kami andai kami terleka!! Ya Allah, akhirkan hayat kami dalam husnul khatimah, jangan akhirkan kami dalam su'ul khatimah. Ameen..
No comments:
Post a Comment