Friday, May 02, 2008

Sama2 saling mengingatkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur padaNya atas nikmat dan limpahan kurniaNya. Syukur, kerana diri ini masih diberi peluang kehidupan, masih diberi nafas.. dan mudah2n anugerah hidup ini dalam berkatNya sentiasa. InsyaAllah.

Hidup ini ada pasang surutnya, begitu juga dengan iman di hati ini.. kadang2 ia tinggi menggunung, saat itu diri cukup bahagia, ibadah itu cukup senang dilakukan, hati cukup tenang dengan rahmatNya..namun, bila iman itu menurun, cukup resah diri ini, hati seolah2 kaku.. namun, ana sangat bersyukur di saat yang duka, Allah masih menghadirkan di hati ini, masih mengingatkan diri ini, bahawa diri ini harus bangun menghidupkan kembali hati itu, meningkatkan kembali iman itu.


Teringat pesanan seorang sahabat, tatkala hatimu rasa berduka, banyakkan zikrullah mengingatiNya, hadirilah majlis ilmu dan bergaullah dengan sahabat2 yang soleh. Syukur, dalam hidup ini, Allah hadiahkan ana sahabat2 yang begitu baik, yang begitu 'cekap' menyedari bila ana bersedih atau tak bersemangat. Alhamdulillah, saat bersama, pasti ada kata2 nasihat dari diorang. (Hehe.. yang paling kami suka.. nasyid ni)

Umat Islam harus CEMERLANG ,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam ,
Jangan buang masa ,
Siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada ALLAH Maha Kuasa ,
Kita punya kuasa tenaga ,
Doa sebagai senjata ,
Umat ISLAM sentiasa boleh..

Saat hati berduka itu, ketika iman itu terasa lesu, hanya satu jalan yang dapat membantu.. iaitu banyak beramal dan banyak mengingatiNya. Pernah seorang shbt meminta nasihat dari ana, dan ana terkedu saat itu, kerana waktu itu hati ana sedang resah gelisah.. Ya, diri ini tidak mampu berkata2 kerana hati itu hidup hanya apabila iman itu hidup. Namun, ana sedar, hak seorang shbt, apabila diminta nasihat, maka haruslah kita tunaikan. Hati ini mencuba untuk kembali kepadaNya, memohon dileraikan resah hati. Alhamdulillah, bi iznilah, apabila hati ini tenang kembali, tangan ini pantas menaip nasihat di handsetku.. buat menenangkan shbt ana di hujung telefon sana (namun, hanya Allah jua yang menenangkan hatinya).

Peristiwa ini juga memberi pelajaran buat diri, sebuah hikmah .. iaitu dengan saling ingat-mengingatkan sesama kita sebenarnya adalah untuk kebaikan bersama. Ia mengingatkan diri yang memberi dan juga kepada yang menerima.. Terima kasih shbt kerana hadirmu memberiku semangat untukku mencari sinarNya.. dan terima kasih Allah, kerana memberiku cahaya kebaikan itu. Subhanallah, indahnya sebuah kasih sayang keranaNya, dalam memberi sebenarnya kita juga menerima.

Firman Allah swt dalam surah Azd-Dzaariyat ayat 55 yang bermaksud:

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Maka, ana mengajak shbt2 dan diri ana sendiri.. marilah kita saling ingat-mengingatkan. Bukankah kita hidup bersaudara untuk saling bantu-membantu, untuk sama2 mendapat rahmatNya, menuju CintaNya dan redhaNya? QUM FA ANZIR!!

~Kebahagiaan itu dalam keimananku,
dan imanku itu dalam hatiku,
tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku,
selain dari Tuhanku~

p/s: alhamdulillah, harini hari jumaat, sayyidul ayyam.Teringat pesanan tok guru di kuliah jumaat lepas, banyakkan membaca surah al-kahfi di hari jumaat. Bacalah sedaya termampu.

No comments: