Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, tenang hati ini bila pulang ke pangkuan rumah.. tempat bermulanya sebuah kasihsayang seorang insan. Kasih dan sayang yang Allah hadirkan seawal hadirnya kita di dalam kandungan ibu. Itu fitrah yang Allah kurniakan buat semua manusia.. tidak ada yang dapat menafikannya bukan? Malah sesiapa yang memandang wajah kedua ibubapa akan beroleh ketenangan..
FirmanNya yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."Pulang ana turut membawa 'misi'(he2), ingin membawa ibu bertemu doktor kerana masalah mata kirinya. Alhamdulillah, Allah izinkan.. Pada pandangan ana yang masih muda di bidang ini, ibu mungkin menghadapi masalah pterygium dan immature cataract. Hati hanya mampu berdoa, mudah2n keadaan ibu tidak membimbangkan. Syukur, hasil pertemuan dengan doktor baruni akan disusuli dengan appointment dengan doktor pakar selepas raya nanti. InsyaAllah.. ana berharap mudah2n keadaan ibu tidak serius dan moga ibu tak begitu khuatir dengan keadaannya.. "Ibu jangan risau ye.."
(Surah Luqman:ayat 14)
Apabila bertemu dengan doktor, ana seboleh2nya tidak mahu mengexposekan diri sebagai medical student. Kenapa ye? entahla..=). Tapi doktor itu mampu juga mengecam ana, mungkin kerana medical term yang terkeluar dari lidah ana ini.
"Sekarang ngaji mano? tahun brapo doh?".. tanya doktor itu. Ana pun mula 'memperkenalkan diri' ana..
"Dah final year, dah bleh check sendiri la ni".. kata doktor tu sambil tersenyum.
"Saya dah check dr. , tapi kena la dr. jugak yang check".. kata ana sambil memandang ibu.
Differential diagnosis kami hampir sama, cuma dr. tak dapat memastikannya lagi. Katanye.. serahkan pada yang pakar =). Dan punca masalah mata itu mungkin disebabkan oleh cataract tersebut bukannya pterygium. Dr. juga menerangkan tentang rawatan yang ada untuk masalah tersebut. Ana pula kecut perut mendengarnya, walaupun ana sememangnya sudah tahu hanya itu rawatan yang ada buat masa ini.. mudah2n keadaan ibu tidak serius.
Sambil menunggu tarikh appoinment baru, dr. sempat berbual dengan ana. Rupa2nya dr. juga adalah di antara kenalan senior ana disini walaupun dr. dari kampus berlainan. Kemudian dia menceritakan tentang pahit manis kehidupan seorang doktor. Panjang juga bicaranya..he2. Ana hanya memandang ibu ana sambil tersenyum, khuatir ibu ana mulai bimbang tentang perjalanan yang bakal ditempuhi ana kelak.
Dr. juga bertanya 1 soalan (katanya ni soalan fevret for medical student.Emm, ye ke?). Ana mengiyakan soalannya. Ya.. ana di antara insan yang telah Allah pilih untuk mengharung ujian tersebut. Ujian yang ana rasakan amat sukar untuk ana hadapi.. namun, alhamdulillah, berkat kasihsayang Allah buat diri ini.. jatuh ana, Allah masih bangunkan kembali. Allah juga telah menghadiahkan ana shbt2 dan adik2 yang menjadi penguat semangat ana, yang sudi menjadi teman ilmu ana. Alhamdulillah.. Kata dr. itu, dirinya pun diuji dengan ujian tersebut, dan alhamdulillah, hingga kini dia tetap berada disini, memikul amanah ini.. Sempat lagi dr. bertanya.."Nangis tak masatu?".. "Nangisla dr.." jawab ana sambil memandang ibu =).
Teringat saat itu, mata ini mampu bertahan apabila mendapat berita itu, namun tatkala menyampaikan berita itu pada ibu, dengan izinNya, air mata itu berjuraian tanpa henti.. Allahu rabbi..
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."Sesungguhnya semua ini adalah sebuah warna kehidupan yang telah Allah takdirkan buat diri ini. Setiap dari kita punyai ujian masing2 yang sesuai dengan kemampuan diri yang telah ditentukan Allah. Syukur, saat ini, Allah masih beri peluang kepada kita semua untuk menggalas impian, menunaikan amanah ilmu yang masih belum lengkap.. untuk menjadi amalan bila keluar ke medan sebenar kelak.. InsyaAllah.
(Surah Al-Ankabut:ayat 2-3)
Bak kata sahabat ana tadi.. "kita okk senafas!!".. ya, bersusah untuk mendapat kesenangan kelak. Bersusah untuk mendapat ilmu.. bukan sekadar untuk di tuliskan di kertas ujian, namun yang paling penting, untuk perjuangan kehidupan kita kelak.
FirmanNya yang bermaksud:
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Sesungguhnya Allah telah memilih kita untuk berada di bidang ini, maka mari sama2 kita usahakan yang terbaik dan jadikan bidang ini sebagai platform untuk kita menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifatullah.. InsyaAllah. Allahughoyatuna!
(Surah Al-Insyirah:ayat 5-6)
Sebelum melangkah untuk kembali ke kampus, ibu tetap menasihati ana.. "rajin2kan bangun solat malam, mohon dikabulkan hajat dan rezeki dari Allah".
InsyaAllah ibu..
Teringat lagu Tekad semasa orientasi dahulu..
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa
Mencapai cita-cita..
*ana terjumpa video ni.. video orientasi 03/04
p/s: Bersama teruskan perjuangan.. kerana Allah! InsyaAllah
No comments:
Post a Comment