Monday, August 18, 2008

Jalan ini

Para petugas 'amal Islami mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalanNya.

Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang panjang dan jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara2 yang tidak diingini manakala neraka pula dilingkungi oleh perkara2 yang menarik nafsu.



Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh
mereka yang hidup dalam suasana mewah,
mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

Jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh
orang yang mementingkan kerehatan dan menurut runtunan nafsu,
orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan,
orang yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian,apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda..


Sesungguhnya jalan ini adalah
jalan pembersihan jiwa,
jalan penyucian hati dan pengawalan diri,
jalan kerahmatan dan kemuliaan,
jalan kesabaran dan ketetapan,
jalan kebebasan dan kehormatan,
dan jalan kebenaran dan keikhlasan.

Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang mukmin yang hati-hati mereka mempuhyai ikatan yang kukuh dengan Allah, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadaNya.

FirmanNya yang bermaksud:

" Dan (Ingatlah), Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
telahpun menentukan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaaq, Ayat: 126).
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang melanggar janjinya maka akibat perlanggaran itu akan menimpa dirinya dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah
akan memberi kepadanya pahala yang besar."
(Surah Al-Fath, Ayat: 10).


~Petikan dari buku Maza yakni intima'i lil Islam, Ustaz Fathi Yakan~

p/s: Semoga kita terpilih untuk terus thabat di jalan ini.. InsyaAllah

No comments: