Ana teringat kenangan masa kecik dulu. Huhu.. masa tu darjah satu. Setiap kali tiba hari khamis ana sangat gembira. Hooray, it's time to play! Hari jumaat dan sabtu pasti terisi dengan bermain. Main sorok2, main baling selipar, main galah panjang, main masak2..
Gambar budak2 jepun tengah bermain
Ada satu hujung minggu tu, cikgu ada bagi kerja rumah. Kena siapkan masa cuti hujung minggu, hari ahad buka sekolah cikgu nak tengok. Kerja rumah belajar tulis tulisan jawi.. banyakkkk muka surat.. setiap huruf kena tulis 1 mukasurat. Rasa2nya ada dalam 5-10 mukasurat. Tapi, jadual bermain tetap berjalan. Kerja rumah tu nanti malam nak sekolah bleh siapkan. Alih2 malam tu badan keletihan, mata mengantuk.. dan kerja rumah tak siap lagi. hehe, apalagi.. menangisla malam tu, takut cikgu marah. Last2, ibu ana yang siapkan kerja rumah dan ana tidur dalam mata bengkak sebab menangis. Mulai saat tu, ana janji pada diri, takkan keluar main kalau kerja sekolah tak siap lagi. Huhu.. senyum sorang plak ingat kenangan ini.
Kecik2 dulu, ana memang rajin belajar. Siap buat jadual lagi. Selalu belajar sungguh2 nak dapat no 1. Kalau demam, berdegil jugak nak g sekolah. At last, ana vomit, cikgu terpaksa hantar ana balik rumah. Menyusahkan cikgu je kan. Masuk secondary school, 5 tahun jadi budak asrama, jadi budak berdisiplin. Belajar pun sekolah dah letak jadualnya. Tapi sekarang, huh.. kena paksa diri je selalu. Pagi2 kalau tak bersemangat pergi round, kena motivasikan diri dulu. Dalam perjalanan ke ward kena ikhlaskan niat dulu.. Dah besar panjang, jadi macam ni plak ye..
Dr.Ramli ada ingatkan kami masa briefing posting. Sekarang dah 5th year, kena jadi macam masa form5 dulu, kena rajin belajar, kena rajin buat nota.. Betul kata Dr. Ana rindu diri ana dahulu.. Moga Allah bagi kekuatan, agar diri ini dapat menjadi hambaNya yang lebih baik.. Ilmu untuk amal. Kena banyak sabar, kena kuatkan semangat. Ilmu yang sedang dipelajari ini satu tanggungjawab, satu amanah.
Emm, so, work hard wahai diriku.. Allah knows, Allah knows.. Allah tahu bahawa dirimu sedang berusaha untuk buat yang terbaik. Do the best, and let Allah do the rest. Mujahadah kerana Allah!! InsyaAllah.
~Your eyes cannot see what your brain doesn't know..
~Your patient is your text book..
~Reading is not just staring to your book, but you need to have a critical thinking!!
Sebelum belajar
- Berdoa
- Tarik nafas. oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
- Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik, supaya dapat memberi sepenuh tumpuan.
- Tentukan tajuk yang hendak diulangkaji dalam sesuatu masa.
- Tentukan mukasurat dan bab yang hendak dibaca.
- Tentukan tempoh masa berapa lama hendak membaca.
Semasa belajar
- Tunjuk dengan jari seperti membaca al-quran.
- Faham dan bayangkan.
- Selang-selikan dengan rehat. Setiap 30minit, rehat 5minit. Jangan selangi dengan mendengar radio atau menonton tv. Memadai dengan minum air kosong, senaman ringan atau berjalan2.
Selepas belajar
- Tutup buku.
- Ingat dan bayangkan semula apa yang dibaca. Jika masih belum faham ulangi pembacaan.
Bacaan pertama untuk faham, bacaan kedua untuk mengingat. Bincang dalam kumpulan topik yang telah dipelajari. Bertanya pada yang arif dalam bidang tersebut.
Allahu'alam
p/s: Hari ini hari sabtu, bakal berakhir. dan insyaAllah esok, hari ahad datang lagi.. huhu, hari persekolahan ku bermula lagi..
1 comment:
jadikan belajar itu ibadah.. insyaAllah
Post a Comment