Bismillahirrahmanirrahim
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Terima kasih
Seketika sahaja jam berdetik menunjukkan pukul 12, beberapa sms memasuki inbox telefon. Oh, terima kasih shbt, terima kasih kerana masih mengingati diri ini, terima kasih kerana sudi menghiburkan hati ini, terima kasih kerana sudi mendoakan diri ini.
~Selamat Hari Lahir sahabatku.. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan dan kerahmatan buat sahabat yang disayangi -TemanSejati-
~Hepi Besday. May Allah bless u always -MissEngineering-
~Sanah Helwah ya ukht mahbubah. Moga hari2 yang dilewati, tak sepicing pun lari dari mengingatiNya saat susah mahupun senang. Selamat berusaha wahai du'at -IhdalHusaini-
~Selamat Hari Lahir. Semoga berbahagia selalu dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat -putriAshida-
~Wishing u hepi besday. Moga panjang umur, murah rezeki -Smilesarah-
Ameen di atas doa..
Tq juga buat xpax dan bank Islam for the wish.. huhu
Tahniah
Harini pulang kerumah kasihsayangku. Sudah berjanji, jadi janji harus ditunaikan. Apatah lagi setelah mendapat berita bahawa my little mujahid Ashraff a.k.a abe ngoh direzkikan Allah beroleh 5A dalam imtihan UPSRnya. Alhamdulillah. Ana hadiahkan sebuah diari muslimin buat dirinya. Sebuah buku catatan kehidupan yang mengandungi banyak input2 dan ilmu2 yang berguna di dalamnya. Moga beroleh manfaat. Teringat impian arwah ayahnya yang mahu dia meneruskan pengajian di sekolah agama. Namun, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya kan? Moga Allah berikan yang terbaik buat dirinya dalam meneruskan perjuangan ilmu ini. InsyaAllah. Pulang ke rumah kali ini ana turut mencuba new resepi.. ala2 western food.. huhu, kira lulus la ye..
Hasrat hati
Ana suarakan hasrat hati pada ibu dan ayah. Hasrat hati yang tiba2 Allah hadirkan dalam diri. Moga apa yang terdetik dihati ini adalah sebuah perkara yang baik buat diri. Ibu dan ayah ana dengan mudah mengizinkan ana. Ana tahu dari kecil hingga kini mereka tidak pernah menolak apa jua permintaan ana.. tapi kasih ana pada mereka menyukarkan diri ini untuk memilih detik hati tersebut. Ana serahkan pengharapan pada Allah. Tawakkal sepenuhnya kepadaNya. Dia Maha Mengetahui apa yang baik buat hambaNya. Ana hanya mengharap apa yang baik buat diri, agama, penghidupan dan akibatnya pada diri. Mebuat keputusan pada pilihan2 yang hadir dalam hidup ini amat sukar bukan. Masing2 mepunyai kebaikan dan kekurangannya. Mg Allah membantu diri ini.. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
" ...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tak mengetahui."
(Al-Baqarah :216)
Emm, seperti kata adik ana apabila ana bertanya pendapatnya tentang hasrat hati ini.. simple, tapi penuh makna.. "KakNik kena tanya pada Allah"..
Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyayang, berikanku petunjuk dan hidayahMu..
Hari ini, hari berkat hari jumaat, 14Nov2008, bersamaan 16 Zulkaedah 1429H, sujud syukurku pada Mu..
Terima kasih ya Allah, atas anugerah buat diriku, yang terlalu banyak yang tak terhitung oleh diri ini. Terima kasih padaMu kerana hingga saat ini, diriku masih disini, masih diberi hadiah kehidupan.
Pada tarikh ini, ia bukan sekadar untuk dirai.. namun ia adalah untuk refleksi diri, muhasabah hati pada semua perkara yang telah dilakukan selama diri ini telah bermusafir dibumi.
Moga syukur ku bertambah, Moga pengabdianku padaMu semakin mendalam. Moga detik hidupku yang telah berlalu, detik hidupku yang sedang dilalui, detik hidupku yang masih berbaki untuk dihadapi sentiasa diberkati dan dalam perlindunganMu wahai Rabbku. InsyaAllah.
Eid el Milaad wahai diriku..(",)
p/s: Shbt2 ingin berikan ana hadiah?(huhu) .. Doakanlah ana.. itulah hadiah yang paling ana harapkan. Doakan kebaikan buat diri ana, dalam apa jua yang ana lakukan, dalam apa jua keputusan yang ana pilih dan di mana jua ana berada..Syukran!
Next entry coming soon..hadiah dari diriku buat diriku..InsyaAllah
Friday, November 14, 2008
Pada tarikh ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat hari lahir sayang... Maaf lambat beri ucapan. Sejujurnya...terlupe!!
Walauapepun...ku doakan agar dikau beroleh kebahagiaan dan kerahmat dari dunia sampai akhirat sana. Ameeeennnn.........
to buruuj
Syukran dila.. emm, kena denda bagi hadiah besar2kat oni ni.hehe, gurauje. doakan oni sokmo deh, beroleh yang terbaik. mg Allah sentiasa memberkati kehidupan kita. InsyaAllah
Post a Comment