Friday, November 07, 2008

Rindu yang terubat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Syukur, hingga saat ini, diri ini masih disini, masih dikurniakan Iman dan Islam dalam diri..
Alhamdulillah..

Rinduku yang terubat

Hari penuh berkah, hari jumaat, pada minggu lepas mengubat hati ini yang merindu. Terima kasih ya Allah, atas hadiah ini. Peluang yang dirasai walaupun dalam tempoh masa yang sekejap memberi kesegaran dan ketenangan buat hati ini..

Rindu pada laut


Sudah lama diri ini tidak menjenguk laut. Melihat wallpaper laut di laptop tidak sama dengan berada di laut yang sebenar (huhu, mestila tak sama kan). Ana sudah lama merindu untuk ke laut. Hampir 5 bulan lamanya. Rindu pada tenangnya hati apabila melihat laut biru membentang luas, rindu pada damainya jiwa dengan hembusan laut yang lembut, rindu dengan zikir alam pada bunyi ombak yang menderu.. Subhanallah, semua itu tanda kekuasaan Dia Yang Maha Menciptakan. Alhamdulillah, seusai solat subuh, Allah izinkan diri ini sampai ke sana.. Syukur..
Emm, shbt2 pun cubalah ambil peluang seperti ini. Berfakur mengingatiNya di persisiran laut, berbicara dengan hati, bermuhasabah diri. Tenangnya itu akan mendekatkan kita pada Tuhan yang Maha Yang Maha Penyayang. InsyaAllah

Rindu pada majlis ilmu
Alhamdulillah, dengan izinNya, pagi kami dihiasi juga dengan tadahan ilmu dalam hati. Sudah lama tidak berada di bawah payungan malaikat menaungi majlis2 seperti ini. Walaupun terlewat tiba, syukur kerana dapat mengutip mutiara2 ilmu buat makanan hati ini. Kuliah kali ini disampaikan oleh tok guru, klu xsilap ana, membicarakan tentang tafsir Surah At-Thur. Beberapa point yang ana peroleh adalah:
  • Allah swt mahu hambaNya taat kerana keimanan di dalam hatinya bukan semata2 kerana takut atau gerun padaNya. Kerana itu azabNya tidak terus ditimpakan pada manusia yang melakukan kesalahan, kerana nanti dia akan beribadat semata2 kerana takut ditimpa azab.

  • Tuntutan dan kewajipan seorang suami kepada isteri adalah wajib berupa nafkah zahir dan batin. Menenangkan fikiran isteri seperti memberitahu ke mana perjalanan seorang suami samada ke tempat kerja dll, juga tidak melayan isteri sehingga dia merasa bahawa dia hanyalah seorang pembantu rumah di dalam rumah tangga juga adalah termasuk dalam nafkah batin kerana hidup berumahtangga itu adalah untuk sama2 bekerjasama dan beroleh ketenangan. Tok guru sempat bergurau (dalam loghat kelate) "pasni, puak2 isteri2 ni, kena pakat sokong ambo la" =)

  • Bacalah alquran sentiasa kerana kita tidak tahu bila Allah akan buka pintu hati kita untuk merasai nikmat menghayati bacaan alquran.

Rindu pada rumah kasihsayangku


Bertemu ibuayah, ahli2 keluarga dan mujahid2 dan mujahidah2 kecilku menggembirakan hati ini. Namun, peluang bersama hanya sekejap, sekadar bertemu mata, bertanya khabar. Emm, tak sampai 24hours berada dirumah, diri harus pulang ke tempat pengajian, meneruskan baki perjuangan. Oh, hanya itulah kesempatan masa yang ada. Apapun hati tetap bersyukur, berpeluang mencium tangan ibuayah, meminta mereka mendoakan yang terbaik buat diri sudah cukup menjadi menjadi motivasi diri..
Kerana kasihsayangku kepada keluargaku, kerana tanggungjawabku dan cinta pada Islam, diri ini ingin menjadi seseorang yang lebih baik, terus berusaha dan berdoa.. InsyaAllah.. Kuatkanku dalam perjuangan ini Ya Allah..

Dan pada hujung minggu ini, rindu itu bertandang lagi..

No comments: