Tuesday, December 30, 2008

Ujian tanda CintaNya



~Tidaklah Allah menurunkan cubaan kepadamu melainkan kerana cintaNya padamu.. ~

Ketika ujian sakit itu hadir baru terasa betapa berharganya nikmat sihat yang diberi Allah sebelum ini. Oh, ana memang pelupa, lupa untuk bersyukur padaNya.. Maafkan diriku Ya Allah.



Amru bin Maimun meriwayatkan Nabi Muhammad saw bersabda, "Ada 5 perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah swt kepada semua manusia. 5 perkara itu itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik2nya sebelum datang 5 perkara lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk serta masa hidup sebelum datang kematian."

Hanya berkesempatan membaca berita harini, sayu apabila membaca berita bahawa saudara2 kita di Palestin diserang oleh Rejim Zionis. Oh, melihat wajah2 saudara2 kita di sana, sedih hati ini. Betapa besarnya ujian yang Allah hadirkan buat mereka. Terkini angka kematian mencatatkan 360 orang. Sama2 kita doakan kesejahteraan dan keselamatan saudara2 kita disana.
"Ya Allah Tuhan Penguasa Alam, selamatkan saudara2 seIslam kami disana.. dan hancurkan pakatan Israel laknatullah..Ameen"

Palestin Kini
Rindu Sang Pejuang

3 comments:

nik_khoir said...

Doakan ana cepat sembuh ye shbt2.. dah 3 hari demam. Mdh2n keadaan bertambah baik seperti biasa. masih banyak perkara yang perlu disiapkan..

kaffarah buatku, mg mhapus dosa2 kecil..mg hati ini sabar dengan ujianNya ini. InsyaAllah

BuRuuj said...

sabar ye oni. ana pun dah hampir dua bulan menderita. smga kita sama2 mendapat kesembuhan penyakit dari-Nya. Ameen~

splendid said...
This comment has been removed by a blog administrator.