Friday, February 06, 2009

Cemburu

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah ini di namakan perasaan cemburu?
Hatiku cemburu. Malah cemburu itu kadang mengundang tangisku..


Ana cemburu dengan pejuang2 Islam, yang suara jihadnya bukan ilusi atau kata2 semata2, namun mereka telah membuktikannya dengan realiti bahawa mereka sanggup mati untuk Islam. Lihat saja pejuang2 palestin. Mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan bumi palestin, walau kehilangan keluarga, walau sekolah dan rumah mereka dimusnahkan. Subhanallah, betapa Allah telah memberikan kekuatan itu pada mereka. Tapi diri ini.. dikurniakan segala2nya.. kemudahan yang lengkap, keluarga disisi.. namun tetap leka.

Ana cemburu dengan seorang sahabat, yang di dalam hatinya hadir kecintaannya pada Allah. Setiap perbuatannya selalu dimulai dengan nama Allah dan doa padaNya. Langkahnya penuh tawadduk, tak pernah ku lihat dirinya gelisah. Melihat wajahnya cukup menenangkan hatiku, umpama pantulan nur dari hatinya. Tapi diri ini.. hati ini harus diingatkan terlebih dahulu, baru bersungguh menjadikan amalan mengingatiNya supaya sentiasa hadir.. oh, ana seorang yang selalu alpa.

Ana cemburu dengan seorang kawan, ilmunya penuh di dada. Ana dapat lihat kesungguhannya dalam menuntut ilmu. Kami belajar bersama, namun kenapa diri ini tidak mampu bersungguh, tak mampu menggarap ilmu dengan sebaiknya?.. Ana tahu Allah suka pada hambaNya yang bersungguh tapi ana masih lemah.. ana harus lebih berusaha. Bukankah yang dinilai itu adalah usaha bukan keputusan dari usaha, kerana semua itu milik Allah.

Oh, adakah ini perasaan cemburu?
Ana cemburu.. namun bukan cemburu membuta tuli. Ana cemburu apabila melihat sifat kebaikan yang hadir pada seorang insan. Kerana bukan mudah untuk beroleh sifat mahmudah. Ya setiap kita punya kelebihan dan kekurangan. Namun untuk menjadi hambaNya yang disayangiNya, usaha itu perlu. Perlu berusaha agar mazmudah tidak bersarang di hati, agar mahmudah itu yang menghiasi diri. Ana tidak mahu cemburu tidak bersebab, namun biar cemburu ini menginsafkan diri.. Mereka telah berjaya, berjaya setapak semakin dekat dengan Allah dengan sifat kebaikan mereka, namun diri ini masih ditapak sama, malah khuatir jika semakin jauh.



Biar cemburu ini menjadikan diri ini lebih berusaha agar menjadi hambaNya yang lebih baik. Bukankah kita semua ingin menjadi hambaNya yang di kasihi Allah? Itulah kelebihan meletakkan sesuatu demi kecintaan pada Allah. Kita takkan bermusuhan dengan seseorang yang turut sama mencari cinta Allah, yang turut sama ingin memperjuangkan agamaNya, malah akan turut sama saling mengingatkan agar meningkatkan diri supaya impian mendapat redhaNya milik bersama.
Namun, andai kita meletakkan kecintaan pada dunia dan manusia sebagai matlamat atau tujuan, pasti cemburu dan permusuhan itu penuh dendam. Moga dijauhkan dari Allah dari cemburu dan hasad seperti itu..

Ya, benarlah cinta padaNya itu yang hakiki..
Ayuh diriku, ayuh sahabat2.. kita sama2 tingkatkan diri, menjadi hambaNya yang lebih baik!! Moga kita sama2 dapat berpimpinan tangan ke syurgaNya. InsyaAllah. (Alangkah indahnya andai impian ini dapat dikecapi...)

p/s: salahkah cemburuku ini?

1 comment:

Anonymous said...

Ana cemburu dgn enti..(^_^)hee.Didiklah cemburu itu dgn petunjuk drNYA.~Salam sayang dr S'wak