Friday, February 06, 2009

Ceritaku..

Bismillahirrahmanirrahim

Hidayah sesungguhnya sebuah rahsia. Bagaikan hembusan bayu yang halus bertiup, bisa menguak tirai kegelapan yang berbunga di ghairahi nafsu su' yang bejat menipu. Ia biasanya berada di bingkai jendela kita yang lagho.
~Hidayah~




Buku bertajuk "Hidayah" ini telah hampir seminggu kubeli, semasa cuti CNY minggu lepas, namun hanya berpeluang untuk memulai pembacaannya hujung minggu ini. Huhu.. lain buku yang di cari, lain pula yang di beli. Tak pe kan, asal ia bermanfaat buat diri. Bagi ana, buku ini sesuai dijadikan teman, buat diri yang kehausan mutiara hati. Alhamdulillah, buku "Tundukkan Hati" telah dapat dihabiskan pembacaannya. Dalam buku "Tundukkan Hati" ini, ana cukup terkesan pada bab Tokoh2 zuhud dalam Islam. Ia menceritakan kisah2 Rasulullah, sahabat2 dan khalifah2 Islam dahulu. Betapa zuhudnya mereka dalam meniti perjalanan hidup mereka. Betapa mudahnya mereka menangisi kekesalan dosa2 sedangkan pastinya mereka lebih baik dari kita. Andai nak dibandingkan mereka dengan diri ini.. jauhnya terasa. Mudah2n buku baru ini dapat membawa diri ini lebih dekat padaNya, juga menjadikan diri ini orang yang rindu untuk mendapat hidayahNya, insyaAllah.

Alhamdulillah, minggu ini juga ana telah kembali "pulih".. Huhu, pulih dari berhibernasi di awal posting. Terasa betapa rugi masa yang tidak digunakan dengan bersungguh2. Waktu itu roda iman ana di bawah, segalanya rasa tak bersemangat. Alhamdulillah, kini Allah bangunkan semula, namun agak terkial2 nak cover semula peluang yang terbengkalai. Emm, terubat bila bercuti, dapat bertemu keluarga, juga dapat ke pantai bersama kakak dan anak2 saudara2 (hehe). Moga masih ada kesempatan waktu buatku.



Minggu ini juga ana beroleh 2 berita baik dalam hidup. Alhamdulillah, ibu telah selamat di operate. Moga keadaan ibu bertambah baik. Ibu amat berharap mudah2n keadaan matanya bertambah baik dan memudahkannya untuk membaca al-quran dan membuat kerja2 seharian. Ibu telah dibenarkan pulang ke rumah, tapi banyak juga pantang larang yang perlu dipatuhi dalam tempoh beberapa bulan ini. Ana agak sedih juga kerana tak berpeluang pulang hujung minggu ini kerana ada kelas malam.




Alhamdulillah juga, Allah hadiahkan seorang lagi puteri dalam keluarga kami. Bertambahla anak2 saudaraku. She is the 16th one! Alhamdulillah. Pastinya abi dan umminya orang yang paling bahagia kan? Nanti cepat2la kelik kelate.. bleh main dengan baby.. =). InsyaAllah, menanti kehadiran seorang lagi anak saudara, the 17th one next month.. Moga semua dipermudahkan.

Hujung weekday minggu ini, ana sempat membaca berita2 terkini negara. Terkejut apabila membaca berita tentang keadaan di Perak. Seawalnya ana tidak memahami apa yang berlaku kerana tidak mengikuti berita pada awal minggu ini. Nak minta orang jelaskan, tak tahu nak bertanyakan pada siapa. Lalu ana cuba juga membaca dan meneliti perkembangan keadaan di sana. Sayu dan sedih hadir di hati ana apabila mendapat tahu keadaan sebenar. Emm, ana memang tak sesuai berada di bidang siasah, mudah tersentuh apabila melihat keadaan seperti ini menimpa perjuangan. Tapi, Allah Maha Adil bukan, pastinya ada hikmah setiap yang berlaku, moga2 menjadi muhasabah dan penggerak untuk terus berjuang. Semua ini sunnah perjuangan, La tahzan, Allah ma'ana.. terus bergerak berjuang. Ana tidak pandai menganalisis, jadi buat2 sahabat2, silakan ke link2 di sebelah yang kebanyakannya telah menghuraikan keadaan di sana. Mari kita sama2 terus berdoa, moga Allah beri yang terbaik. Wallahu'alam.

No comments: