Sunday, March 29, 2009

Allah adalah satu-satunya Penolong


Moga beroleh sebuah tenang dalam sebuah perjuangan..


Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang terjadi itu baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan serta pertolongan dari Allah swt.


".. cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka
tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah, Dan Allah
mempunyai kurnia yang besar".
(Surah Ali-Imran: ayat 173-174)


Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang Amat Besar, yang tiada bandingannya, agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana. Jadikanlah: "Hasbunallah wa ni’mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda!

".. dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk dan
Penolong".
(Surah Al-Furqan: ayat 31)


sumber: dipetik dari buku La tahzan~

----------------------------------------------------------------------------

"Wahai Tuhanku, lapangkan bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
(Surah Taha: ayat 25-28)

Ameen..


p/s: SELAMAT BERJUANG buat semua.. Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. Yakinlah padaNya!
Hingga bertemu lagi.. InsyaAllah

2 comments:

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

Salam keselamatan untuk sahabatku yang sangat ku sayangi kerana Allah,

Berbicara kita dengan bicara cinta kepada Ilahi,bertemu muka kita dengan sebuah raut sarat dengan ithar di hati,betemu jiwa-jiwa kita kerana disambungkan oleh tali yang suci,semurni kasih Rabbi..

Hati ini,tika ini mendoakan agar hatiku yang berada dalam hatimu beroleh sebuah ketenangan,kejayaan yang barokahnya tersebar ke serata 'alam..

Moga sahabat berjaya,ameen.

khairaummah said...

"Bertemu Tuhan cinta pertama, nikmat yang tiada terhingga, syahdu rindu bila maghfirahMu membaluti tubuhku"

:)