Sunday, April 08, 2012

Bangun semula

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Hanya kepadaNya dipanjatkan kesyukuran kerana masih memberi peluang untuk hambaNya ini meniti perjalanan kehidupan. Setelah begitu lama menyepi, akhirnya hati ini terbuka (dengan izinNya) untuk ana memulakan kembali bicara di Laman Khoirun ini.



Sesungguhnya segalanya dalam perancangan Tuhan.

Bicara yang dimulakan kembali ini bukan semata untuk sesiapa namun pastinya untuk diri ini sendiri kerana orang yang paling dekat dengan yang menulis adalah diri ana sendiri. Menulis bukan untuk semata memberi malah bagi ana memberi peringatan buat diri ana sendiri. InsyaAllah, dengan azam dan harapan, doa dipanjatkan agar Allah memberi peluang untuk diri ana memperbaiki diri setelah sekian lama terhampar sepi.

Allahurabbi, seusai solat sebentar tadi, Al-Quran yang menjadi teman setia di sisi diri ini ana buka.. Terharu lalu menitislah air mata yang sekian lama menjadi penyembuh diri. Sungguh Allah itu begitu dekat. Ayat2 cintaNya hadir tepat pada masanya. . Allah, maafkan hambaMu ini..




"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah2n Tuhan kamu akan menghapus kesalahan2mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang2 yang beriman bersama dengannya, sedang cahaya mereka memancar dihadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sungguh, Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Tahrim : 8)


Begitu lama ana bersendiri.. 2011 berlalu pergi dengan dugaan-dugaan yang begitu mencabar diri. Dan ana akui, bahawa diri ini telah tewas dan terjatuh.



Antara tanda-tanda diri tiada berkat ialah dirinya tidak memberi manfaat. Nak bagi nasihat tak dapat, nak berdakwah tak boleh, nak tolong orang tak mahu, nak bersilaturrahim tak mahu, berpanjangan sengketa, sentiasa rasa tidak cukup, sentiasa gelisah.
Setelah ana membaca peringatan itu, takut rasanya.. khuatir kehilangan berkat sebagai seorang hambaNya. Kehidupanku selama ini, menjalani rutin kehidupan seperti biasa dan senyum itu akan menghiasi diri, menutup memori yang pernah menjengah diri, tapi ana sedar bahawa luka dan kesedihan itu masih wujud di hati. Tidak tahu mengapa begitu sukarnya untuk menghilangkan semua kedukaan itu. Kedukaan yang menyebabkan kini ana semakin kehilangan diri sendiri dan semakin jauh dengan cinta dan kasih sayang. Bukan ujian itu yang menjadi punca, kerana ujian itu seharusnya menguatkan diri tetapi iman ini yang tertewas. Astagfirullaah.. Moga Allah mengampuni diriku, moga keluarga dan sahabat2 serta mereka yang di sisiku memaafkanku.



Dan bermula saat ini, ana sedar kesilapan diri. Ana tidak mahu lagi semakin menjauh. Tidak mahu lagi kehilangan saat2 berharga seorang hambaNya. Ana akan berusaha mencari peluang kebaikan, mencari ruang bahagia, mencari hikmah cinta&kasih sayang, mencari sinar Iman dan paling penting mencari redha Allah agar perjalanan hidup yang masih di izin Tuhan ini beroleh keberkatanNya, berakhir dengan husnul khatimah dan menemui destinasi utama.. Syurga Allah..

Allahurabbi.. redhai aku... :(

p/s: istiqamahlah wahai hati berjuang memperbaiki diri..

No comments: