Sunday, August 05, 2012

Sekecil itu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, badan sudah segar kembali setelah merehatkan diri. 28 jam berjaga tidak tidur, bekerja dari awal pagi hingga tengahari esoknya, hanya Allah yang memberi kekuatan untuk bertahan sekuat itu. Pastinya waktu itu sangat penat, namun tak dapat tidur. Hampir mahu menangis, namun siapa lagi yang akan membantu? Lalu oncall diteruskan juga, mungkin terpaksa, tapi kerana amanah dan tanggungjawab, setiap detik dilalui juga. Kerana diri ini sedar, amanah ini bukan amanah biasa.. amanah ini untuk melindungi dan menjaga kesihatan dan nyawa manusia. Allah jua sebaik-baik Pelindung hamba2Nya.

Di waktu itu cuma berharap moga setiap perbuatan yang dilakukan dinilai oleh Allah sebagai sebuah kebaikan. 
Menghayati firman Allah swt:


Maksudnya: " Maka barang siapa yg mengerjakan kbaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya)." (Al-Zalzalah:7&8)

Sekecil itu setiap perbuatan kita dinilai. Dan pastinya diri ini mahu sekecil kebaikan itu menjadi milik diri ini bukannya sekecil kejahatan. 

 Malam ini sudah memasuki malam 17 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan melaksanakan ibadah solat di masjid. Pulang dari solat, ana lihat anak-anak kecil menelusuri jalan di tengah malam. Ada berjalan berkumpulan, ada berjalan keseorangan. Berkopiah, bertudung dan memikul beg pakaian solat. Rasanya mereka dari masjid selepas solat. Entah ke mana mereka menuju. Mereka berani meredah malam yang gelap tanpa orang dewasa di sisi mereka. Dan ana bangga, insan sekecil mereka turut berusaha membuat kebaikan. Kita yang sudah dewasa ini bagaimana? :)


InsyaAllah, moga diri ini lebih kuat berusaha mengamalkn kebaikan walau sekecil cuma, dan meninggalkan kejahatan walau sekecil mana! 
Azam harus diteruskan.. Mujahadah menuju Taqwa yang dijanjikan Allah.


No comments: