Thursday, July 17, 2008

Mardhatillah

Dlm malam kubersujud, bertanya..
Ketika bintang bercahaya,kenapa aku hampa?
Silih berganti wajah sahabat menyapa, membawa berita, juga duka.
Kudengar katanya LA TAHZAN! Jgn bersedih.. Innallaha ma'ana!

Ya Allah, tlg bisikkan pada shbtku,
Disetiap kerlip mata mereka melihat HARAPAN untuk masa depan.
Tolonglah mereka..

Yang menjadi persoalan hidup adalah keyakinan..
Sejauh mana kita merasa akhirat itu benar2 hampir, Allah itu dekat..
Seluruh hidup kita adalah milikNya..
Hanya padaNya kita bergantung untuk terus hidup..

From: HalawahIman
To: Khoir
6 Jul 08 7:23pm



Teringin sekali andai hati ini berkeyakinan begitu.
Sesungguhnya musafir kita didunia,usaha kita disini,
bukan semata2 kerana sebuah kejayaan di mata duniawi,
tapi kejayaan yang ABADI..

Ya Allah, kumohon padaMu,
agar setiap langkah kami,
setiap perit tangis kami,
setiap duka lara kami,
juga setiap manis senyuman dan bahagia hati kami..
beroleh yang utama..MARDHATILLAH!
InsyaAllah

From: Khoir
To: HalawahIman
6 Jul 08 7:30pm

Hendaklah Kita Tetap Di Atas Jalan Dakwah

Hai saudaraku!
Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah
mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.

Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.

Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:

"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa". (Surah Al-Baqarah: 177)

"Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka dalam peperangan Uhud, bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa ada pahala yang besar. Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah syaitan yang menakutnakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman ". (Surah Ali lmran: 172-175)

"Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam
urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan". (Surah Ali Imran : 146)

Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan; iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan berbahagia.

Waalahhu a'lam.
Allahu Akbar Walillahil Hamd.

~Petikan dari Buku Thariq Ad Da'wah, karangan Ustaz Mustafa Masyhur~

"Allahumma thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to 'atik"

Tuesday, July 15, 2008

Just leave it to ALLAH!

Manusia hanyalah berusaha
Manusia hanyalah berencana
ALLAHlah yang menentukan
ALLAHlah yang memastikan segalanya

Hidup ini hanya sementara
Hidup ini hanya sandiwara
Ada kehidupan yang abadi
Ada kehidupan yang hakiki

Mari kita semai bersama hidup ini dengan kasih sayang
Mari kita jalin bersama hidup ini dengan persaudaraan
Di antara kita karena Allah

Mungkin kita selalu melupakanNya
hingga hidup ini terasa gundah
Mungkin kita telah banyak berdosa
hingga hidup ini menjadi susah

Manusia hanyalah berusaha
Manusia hanyalah berencana
ALLAHlah yang menentukan
ALLAHlah yang memastikan segalanya

~Harapan Bertepi, Kumpulan Maidany~



Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH,
Supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran.
Setiap yang payah pasti ada kesenangan,
Setiap kesabaran pasti ada ganjaran.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa boleh menghalang.
Namun, jika bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan dapat walaupun dalam genggaman.

Kita merancang dan berusaha, namun sesungguhnya perancangan dan ketentuan ALLAH itulah yang terbaik buat hambaNya. So, do our best in our life, and let Allah do the rest... Have faith in ALLAH!

"Allahumma inna nas aluka yakinan sodiqa"

Saturday, July 12, 2008

Shbtku,
Andainya saat ini,
mata dan badanmu sudah meminta untuk istirehat,
maafkanlah sekalian mereka disisimu.
Agar dengan itu juga mereka akan memaafkanmu.
Lelapkankanlah matamu dengan lafaz doa padaNya,
Iringilah lenamu dengan alunan zikir
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..
Moga tidurmu dalam keberkatan
dan bangunmu esok hari dlm kekuatan.
InsyaAllah..

Itulah tanda keagunganNya

Dlm perjalananku pulang kembali ke negeri tercinta bersama shbt2 dari elektifku di Terengganu, kulihat laut membiru terbentang di sepanjang jalan. Mataku tidak puas melihat keindahan itu..

"Cantik kan laut tu.. xtau kenapa, suka sangat tengok laut.. xtau nak cakap macammana perasaan ini..".

Lantas shbtku berpaling padaku dan berkata.. "cakap la..SUBHANALLAH".

Ana tersenyum.. benar katamu shbt..
"SUBHANALLAH, SUBHANALLAH, SUBHANALLAH"..kulafazkan tasbih buat yang Maha Menciptakan..

FirmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda2 bagi orang2 yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dn bumi seraya berkata: "Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka"
(Ali Imran: 190-191)

~"Rabbana khalaqta haza batila. Subhanaka faqina 'azabannar"~

Salam perjuangan

Assalamu'alaikum.
Disini ana kongsikan sebuah emel yang ana peroleh dari seorang shbt.. Mg ada khairnya buat semua.
------------------------------------------------------------------------
Sedutan WARKAH dari NUR MUSLIMAH

…sekadar perkongsian ilmu dari Seminar Perubatan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir…
…moga dgn sedikit ilmu ini dapat menaikkan semangat kita semua untuk menjadi muslim doktor bukannya doktor muslim…
…sebagai seorang yang digelar pengamal perubatan , adalah menjadi satu keperluan bagi kita thaqafah pengamal perubatan…

Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300Masihi. Pada zaman tersebut, empayar Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke Benua Eropah dan bertapak kuat di Negara Sepanyol. Ia
berkembang dari Negara Rusia ke Timur Tengah di sebahagian Negara China. Dalam zaman tersebut muncullah para cendiakawan dalam bidang ilmu perubatan seperti al-Razi, al-Zahrawi,Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Ibn en-Nafis. Di samping ilmu kedoktoran, mereka juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fizik, matematik, dll…

Selepas tahun 1300 M, apabila empayar Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti di zaman pemerintahan khalifah dahulu. Musuh-musuh Islam beusaha untuk mempelajari dan menguasai dunia perubatan. Apabila mereka berjaya menguasainya, akan diterap kepada umat-umat Islam ilmu perubatan yang telah dibuang nilai-nilai Islamik untuk dijadikan panduan dalam hidup kerana mereka menyedari bahawa ilmu perubatan ini boleh membuka jalan kepada orang-orang Islam untuk lebih yakin kepada agama mereka. Dengan ilmu ini juga mereka akan berjaya memisahkan umat Islam dari agama mereka sebagaimana ungkapan mereka yang maksudnya 'Apabila adanya doktor, sudah tentu adanya sakit. Dengan adanya sakit sudah tentu berhajat kepada doktor. Apabila berhajat kepada doktor, maka di sana adanya peluang terbaik untuk mengkristiankan umat Islam'…

HUBUNGAN ILMU KEDOKTORAN DENGAN ASPEK HUKUM
…Percaya tak.. kepentingan ilmu perubatan tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun! Ini adalah kerana ganjaran orang yang menziarahi orang sakitpun mendapat fadhilat yang begitu besar, maka sewajarnya mempelajari ilmu ini fadhilatnya terlalu besar. Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi pesakit, maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut"...

Thaqafah yang perlu diketahui oleh pengamal perubatan :
a)Mengetahui tentang kesan-kesan dari hasil-hasil sumbangan ulama' dalam bidang
perubatan.
b)Menyelidiki metodologi berfikir dan bertindak para pengamal perubatan silam yang berdasarkan al-qur'an dan As-sunnah.
c)Merencana ilmu-ilmu yang sepatutnya dipelajari dan dijadikan asas utama dalam
pembelajaran ilmu kedoktoran sebagaimana cadangan yang telah dinyatakan oleh Dr Mohamed Ali al-Bar:
1. Pengetahuan am Islam tentang perubatan
2. Sejarah perubatan Islam
3. Nas-nas perubatan dalm quran dan sunnah
4. Etika kerja pengamal perubatan
5. Feqh pengamal perubatan

Sikap Pengamal Perubatan :
Sebagai doktor kita perlulah mempunyai persiapan yang kuat untuk menangani masalah dan cabaran dalam merawat pesakit. Perkara yang paling utama ialah dengan menekankan kekuatan dalaman yang menjadi sumber kekuatan fizikal. Antara pedoman terbaik untuk kita hayati ialah ungkapan seorang doktor pakar iaitu Dr Ali Sulaiman ar-Rumaikhan dgn kata-katanya:
" Wahai saudaraku yang bergelar doktor. Rawatan yang kamu berikan kepada pesakit-pesakit tidak bermakna hanya rawatan zahir sahaja iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan.

Sebaliknya hendaklah kamu mengubati hati-hati mereka dengan kata-kata yang boleh menggembirakan dan menguatkan jiwa serta tubuh badan mereka di samping menghilangkan daripada mereka kesusahan dan keresahan. Demikian itu hendaklah kamu membawa pesakit kamu dekat dengan Allah dengan memberitahu kepada mereka bahawa sakit yang ditimpa kepadanya datang dari Allah dan mereka mendapat pahala dengan ujian tersebut.

Saudaraku, ini adalah kerana hati apabila berhubung dengan Tuhan yang mencipta sakit dan penawarnya, yang mentadbir sekalian alam, maka pesakit tadi akan mendapat ubat yang lain, bukannya ubat yang dirasai oleh pesakit yang hatinya jauh dari Allah. Saudaraku, ketahuilah bahawasanya roh apabila mempunyai kekuatan dan jiwa juga kuat, kedua-duanya membantu menghalang dari peritnya kesakitan"

Oleh itu sahabatku, perkara utama para doktor ialah menjadi muslim doktor dan bukannya doctor muslim semata-mata. . iaitu mendahulukan Islam dari perkara lain sebagai objektif yang utama. Manakala ilmu kedoktoran merupakan wasilah untuk memberi khidmat kepada Islam yang pertamanya, kemudian yang keduanya barulah menjadi sumber untuk menampung sara hidup di dunia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : "Dan aku tidak manjadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu"…(Adz-Dzariyat:ayat56)

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah…
Amanah yang dipikul oleh seorang doktor terlalu berat, memerlukan persediaan yang sempurna dari pelbagi sudut. Walaupun tugasnya sebagai doktor adalah kerjayanya yang sudah pasti, namun tugas membantu manusia yang dalam kesakitan dan berdakwah
berteraskan aqidah Islamiah adalah dasar utama. Kejayaan tugas ini sememangnya memerlukan kepada jati diri dan keizzahan seseorang doktor dengan Islam disamping melakukan segala amanah tadi dengan penuh usaha dan ikhlas kepada Allah…

Renungilah sahabatku kata-kata dari seorang doktor kepada seorang doktor :
"Sesungguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya banyak rehat, hidup dan matinya dalam jiwa yang kerdil.

Adapun doktor yang berjiwa besar, yang sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya berada di atas tilam yang empuk dan kehidupan yang senang lenang disamping harta benda yang memuaskan…

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu keadaan yang sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Sayyiditina Khadijah "Telah berlalu masa tidur wahai Khadijah.."

Maka ingin sekali dinyatakan disini..
"Telah berlalu masa untuk kita semua tidur wahai penuntut2 bidang perubatan!!"

Salam perjuangan dari ardhul kinanah
nur_fil_islam

-------------------------------------------------------------
p/s: teringat sebuah kata2 seorang doktor disini
~"Being a muslim is the first, being whatever u are is the second." ~

Thursday, July 10, 2008

Lihatlah dengan Hati


Pandanglah alam ciptaan ILAHI ini dengan pandangan mata hati,
kerana hati yang bersih mampu menyingkap kebenaran sunnatullah lebih hebat,
dari pandangan mata sebenar,
yang kadang2 menipu diri sendiri...

Moga tenang di sana

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau mempercepatkan sesaat pun" (Al-A'raf: ayat 34)

Menerima sms seawal kul3 pg dari seorang shbt tentang kehilangan seorang shbt yang ana kenali mengejutkan ana pada awal pagi 12 Jun 08.
"Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali."

Ana hanya menyedari sms tersebut dalam kul 5 lebih, menyebabkan diri ini tak dapat lagi melelapkan mata selepas itu. Seusai menunaikan solat subuh, sekali lagi ana tersentak apabila mendapat berita seorang shbt ana lagi berada di hospital kerana kecederaan kemalangan tersebut. Pagi itu, ana masih ke HSNZ untuk meneruskan program elektif bersama shbt2, namun terasa lemah dan tak bermaya.

Oh, benarlah janjiMu, wahai Al-Khaliqku, bahawa kami semua milikMu, kami pasti akan kembali padaMu suatu hari nanti..
Kematian itu pasti, dan usia itu bukan penghalang takdir Tuhan..

Arwah Dr Mohd Amin Ishak, shbt sematrik dan sekampus ana. Arwah terlibat dlm kemalangan dlm perjalanannya ke kursus BTN di Sepang bersama seorang lagi shbtnya. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Shbtnya pula mengalami kecederaan femur fracture dan intra abdominal injury. Arwah seorang yang baik, banyak menyumbang dalam kebaikan. Mudah2n Allah menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman. Juga moga shbt Dr Aziman, moga beroleh kesembuhan dariNya. InsyaAllah.
Teringat sms yang dihantar oleh arwah 1 minggu sebelum itu untuk memberi no telefonnya yang terbaru. Namun, takdir telah menetapkan, arwah kembali kepadaNya dahulu.
Buat ahli keluarga arwah dan shbtku ukhti tersayang, tabahkan hati menerima ujian ini. Ya, kehilangan insan yang tersayang, yang selalu berada disamping, tiba2 tiada disisi amat menyedihkan hati.. mata boleh menangis, namun hati harus redha pada takdirNya. Marilah kita berdoa buat arwah, moga tenang ruhnya di sana.. InsyaAllah.

Kematian itu semakin hampir. Ia datang tanpa amaran, datang dengan tiba2, tidak cepat atau lewat walau sesaat..
Andai sudah ajal, tiada yang dapat menghalang. Cuma, BERSEDIAKAH kita??
~MuJAHidah~

Masih disini.. Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, kerana kita sekaliannya masih diberi peluang kehidupan.. dengan izinNya kita masih berpeluang bertemu kembali. Alhamdulillah.

Rindu rasanya untuk menulis, namun kekangan masa menyebabkan ana tak berpeluang. Apabila tidak menulis, umpama ada perkara yang sarat dalam fikiran. Mungkin kerana ana lebih gemar menulis daripada meluahkan kata, jadi apabila berpeluang menulis, terasa kelapangan. Juga apabila menulis ini, sebenarnya ana banyak mengingatkan diri pada tujuan kehidupan yang sebenar, umpama bercakap pada diri sendiri, agar tidak gundah dengan ujian kehidupan, agar tidak berputus asa mencari rahmat Tuhan.

Walaubagaimanapun, keadaan sekarang memerlukan ana membuat "time management" dengan betul, kerana ada amanah yang harus diutamakan.. perjuangan ilmuku. InsyaAllah, bi iznillah ana akan tetap menulis seandainya punya kesempatan yang diberiNya.

InsyaAllah, ana membuka lembaran baru, di tahun pengajian baru ini dengan berkongsi pengalaman sewaktu elektif baru2ni..

An experience a gift from Allah..

1) HSNZ
Syukur, program elektif kami berjalan dengan baik. 9 of us, gaining a new experience in other hospital! Alhamdulillah, pakar2, doktor2 dan staff2 disini baik2 semuanya. Banyak yang kami belajar dalam masa 4 minggu ini, 2 weeks in medical ward and 2 weeks at A&E department. Banyak yang belajar walaupun bila doktor tanya soalan, kami asyik 'tought block' je.. =)baru bercuti sket, tapi banyak dah yang terlupa. Sebabtu ilmu itu perlu digilap selalu.


Kami juga berpeluang belajar banyak procedures -taking blood, insert branula, blood c&s, cbd, peritoneal dialisis, chest tube, cpr. Asyik follow doktor, jadi blehla assist sikit-sikit. Patient2 kat sini pun baik2 orangnya... Sayu hati masa nak abis elektifni, hospitalni dah jadi salah satu tempat kami menuntut ilmu, pasti hati akan berasa rindu.

2) Pantai
Hospital ni bersebelahan dengan pantai. Masa mula2 datang sini, 1 minggu tu adala dalam 2,3 kali kami bersantai di sini, tapi masa minggu akhir tu, hari2 datang pantai. Alhamdulillah, kebetulan plak, bertemankan adik yang sukakan pantai jugak, kamcinglah kami, setiap petang menghayati suasana pantai yang penuh menenangkan. Seronok dan tenang tengok pantai. Letih seharian kat hospital, bila tengok pantai, hilang segala kekusutan.Ajaib tak?.. sesungguhnya inilah anugerah Allah pada kita semua. Dijadikan alam sebagai tanda keagungan DIA yang Maha Menciptakan.


3) Adik
Alhamdulillah, gembira juga hati bila berpeluang menabur bakti buat anak2 terengganu ini. Berkongsi pengalaman dan ilmu, moga jadi panduan dan nasihat buat adik2 kelak. Sungguh beruntung adik2 ini kerana mereka semua ini berpeluang mengenali keindahan Islam dalam ilmu di usia semuda ini. Kalau dulu kita mengenali Islam atas keturunan semata2 namun kini dengan peningkatan ilmu seiring dengan usia dewasa kita, kita lebih mengenal Islam dan tuntutan yang harus kita bawa. Moga tiupan semangat perjuangan sentiasa mendorong kehidupan antum kelak! InsyaAllah.

p/s: 4 mingguni masa elektif baruni selalu je rasa xsedap badan macam nak demam, tapi bila kena angin pantai elok balik...=)
tapi, bila balik umah, terus demam. Mg ujian demam ini jadi kaffarah.. InsyaAllah

-------------------------------------------------------------
Buat shbt2 dan adik2 yang sedang meneruskan perjuangan ilmu disini, sm2 kita terus berusaha, buat yang terbaik, moga beroleh kejayaan.

Buat shbt2 tersayang, doktor2 mujahid dan mujahidah yang telah dan akan memulakan amanah sebagai pegawai perubatan dan pergigian, kuatkan semangat dan semoga semua urusan antum dipermudahkan dan sentiasa diberkati Allah. InsyaAllah.