Tuesday, November 21, 2006

Air keharmonian yang tak pernah kering...

Assalamu`alaikum..

Kata orang, kita akan lebih menghargai masa bila terlalu banyak perkara yang perlu dsettelkan dalam satu2 masa. Dah urgent kan, nak tak nak, kena buat gak..
Teringat kata2, sibukkanlah dirimu dengan urusan agama, kerana kalau kita tak disibukkan dengan urusan agama, maka kita akan disibukkan dengan urusan dunia...
Semalam, ana cukup menghargai masa, rasa masa yang ada tak mencukupi, seolah2 24 jam xcukup bagi ana. Pg masuk OT, petang cari case untuk siapkan presentation bed side teaching and cover case (dah lah pg tu kena warning kat dr. sebab xcover semua case=), malam siapkan presentation, buat homework dr. nak esok.. dalam kekalutan mengejar masa, ada adik2 yang mengharapkan pertemuan dengan ana, jadi ana berikan sedikit masa yang termampu..
Alhamdulillah, dalam usaha mengejar masa dengan tugasan yang banyak tu, dapat gak buat yang termampu.. akhirnya 'syahid' di lewat malam.. dan berdoa, mg Allah permudahkan urusan esok hari.

Alhamdulillah, dengan izinNYA, walaupun hari ini full dengan amanah akademik.. segalanya berjalan dengan baik(he2, walaupun homework xsiap lagi..harini dr. plak tambah homework bru=)..
Semalam, dalam menyiapkan tugasan, di bilik seorang sahabat, ana terbaca satu kata2 hikmat.. cukup bermakna.. mengingatkan ana, dalam setiap usaha, letaklah Allah swt di tempat teratas dalam pengharapanmu, yakinlah padaNya, bahawa Dia akan memberikan yang terbaik untuk hamba2Nya..


Keyakinan kepada ALLAH swt adalah air keharmonian yang tak pernah kering..
menjadikan seseorang itu tetap teguh ketika orang lain berguguran
dan tetap tenang ketika orang lain kesusahan..
SUBHANALLAH..
Indahnya hidup ini bila segala2nya keranaNYA.

p/s: dah masuk 5th week ortho. InsyaAllah, next week ana dan shbt2 medden akan exam end posting.. doakan kami dipermudahkan dalam imtihan=)

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. hanya padaMu pengharapanku..agar diberi segala yang terbaik buat diri ini..
Khoir, have faith in Allah. Allah ma`ana. InsyaAllah