Wednesday, November 29, 2006

Rumah kasih sayangku

Kasih sayang itu titi.. Kasih sayang penghubung hati.. Kasih sayang itu tali.. Kasih sayang pengikat diri..

Dari kasih timbul simpati.. Dengan sayang ada persaudaraan.. Kerana kasih ingin berbakti.. Saling sayang maaf memaafkan..

Kasih sayang itu baja.. kasih sayang penyubur jiwa.. Kasih sayang itu penawar.. Penguat cinta penghapus duka..


Balik bed side teaching ptgni, teringat sangat kat family. ntahla.. tiba2 rasa sedih.. Rasa rindu ini anugerah Allah pada hamba2Nya. Alhamdulillah, diberikan kita rasa kasih sayang sesama insan. mybe td tersentuh, masa ana tengah membeli kt cafe. ternampak makcik2 yang mungkin menemani ahli keluarga kt hospital sini tengah membeli makan malam. terus teringat kat ibu ana. dulu, ana dan ibu pernah 'bermastautin' di hospital ini untuk menjaga ayah. Masa tu, hospital ni bagai tempat asing bagi kami. cume kadang2 kami turun kat cafeni, tak pun, masa ayah mengidam nak makan ikan bakar, kami keluar ke kedai depan. Siapa sangka sekarang hospital menjadi rumah kedua ana, tempat ana menuntut ilmu pula..

Bila teringat kat ibu ana.. ana dapat lihat kasih sayang yang Allah beri kepada seorang ibu, yang menyebabkan seorang ibu tak pernah kenal lelah.. Ketabahannya inilah yang menjadi pembakar semangat diri ini untuk meneruskan perjuangan disini dan melakukan yang terbaik..InsyaAllah..

KChik, Adik Amsyar dan Abe Ngoh di hari raya Aidilfitri 1427H

Rindu family dan mujahid2 kecil ana. tp, apakan daya, tak ada kesempatan untuk pulang ke rumah..Tringat plak kat kchik, tiap kali ana nak balik semula ke kampus, mesti kchik akan bertanya, selepasni bila plak mak saudaranya ini nak balik umah.
Maaf kchik, tak dapat penuhi janji nak balik minggu ni. InsyaAllah, ada peluang, next week ke?(dah tak berani nak janji balik bla, kadang2 seharian anak2 saudara ana menunggu ana pulang, bla masuk maghrib dan kelibat ana tak muncul2 lagi, bru diorang 'pasrah', mak saudaranya tak dapat balik. klu tak, seharian sibuk bertanya pada umi dan neneknya.. )
Emm, bila dah duk dekat umah ni, destinasi inilah yang selalu di hati.. rumah kasihsayangku=).
Terima kasih Ya Allah, atas anugerah kasih sayang ini..

No comments: