Sunday, September 23, 2007

Mendamba naungan Allah


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Ana berpeluang membaca tafsir surah al-falaq dari tafsir Fi zilalil quran, karangan As-Syahid Syed Qutb..Subhanallah, Maha Suci Allah, yang membuka pintu hikmah kepada As-Syahid untuk menghasilkan sebuah kitab Tafsir yang begitu baik penulisannya, membuka hati pembaca2 kitab ini untuk menyelami indahnya kalam Tuhan.

Ana pernah membacatafsir surah ini dahulu,tapi, sudah lupa kandungannya. Emm=)...Inilah perlunya kita mengulang2 ilmu yang kita pelajari kan?

Buku yang sedang ditelaah.Mg diizin Allah untuk menghabiskan bacaannya.

Ingin ana kongsikan sedikit daripada yang ana baca. Menghayati ayat pertama dalam surah al-falaq yang bermaksud.."Katakanlah (wahai Muhammad) aku memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk."
Dan seperti juga dalam surah al-ikhlas, di mana firmanNya yang bermaksud:"Katakanlah (wahai Muhammad) aku memohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia."

Ayat2 ini adalah arahan dari Allah, kepada Nabi Muhammad, kemudian kepada umat Islam. Ayat ini menjelaskan supaya kita memohon perlindungan dan naungan pada Allah dari segala kejadian yang menakutkan, seolah2 Allah membuka perlindungan dan naunganNya sambil berseru kepada hamba2Nya dengan penuh kasih sayang:

"Marilah ke sini, marilah masuk ke dalam perlindungan dan naunganKu. Marilah ke tempat yang aman yang banyak memberi ketenangan kepadamu.
Marilah! Aku tahu kamu lemah dan mempunyai banyak musuh dan di sekeliling kamu berbagai-bagai kejadian yang menakutkan. Hanya di sini sahaja keamanan, ketenteraman dan kedamaian untuk kamu".
Subhanallah, begitu indahnya berada dalam perlindungan dan naungan ALLAH..

Ana ingin mengajak sahabat2 termasuklah ana yang dhaif ini juga untuk terus menyelami isi kandungan kalamNya terutamanya di bulan Ramadhan ini, bulan kemuliaan turunnya kitab suci Allah ini. InsyaAllah, sama2 kita berusaha.

~Ya Allah, hambaMu yang dhaif ini, penuh dengan kesilapan diri, memohon perlindungan dariMu, agar diberi kekuatan dari nafsu diri, dari hasutan syaitan. Agar diri ini dapat terus melaksanakan ketaatan padaMu, agar terus menjauhi perkara yang boleh membawa kemurkaanMu. HambaMu ini benar2 lemah tanpa perlindungan dariMu.Ya Allah, kurniakan aku dan sekalian ahli2 keluargaku, sahabat2ku, dan mereka yang berada disampingku, naunganMu dan perlindunganMu di dunia dan di hari dimana tiada lagi naungan melainkan naunganMu yakni di akhirat kelak.Allahumma amin..~

No comments: