Friday, November 07, 2008

Kuharap ia menjadi kebaikan


Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 16 yang bermaksud:
(Luqman berkata pada anaknya): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi."

Pada "hijau Zikrullah", pada "pink Wardatul Syauqah"...
tiada yang kuharapkan melainkan hanya sebuah kebaikan..
buat diri ini yang menulis juga buat sahabat2 yang membaca.

Beberapa minggu ini, ana tidak dapat menulis, ntah.. ada perkara yang membelenggu diri ini, menyekat diri ini. Laman ini juga hampir ana luputkan, namun alhamdulillah, hingga saat ini, laman ini akan ana kekalkan. Hati ini juga masih terbuka.. untuk menulis.. selagi ada peluang diizinNya. InsyaAllah.. InsyaAllah..

Jika kita teliti ayat2 Allah, terlalu besar ganjaran mereka yang membuat kebaikan.. dihadiahkan maghfirah dan kenikmatan syurga yang indah.
Setiap perkara yang kita lakukan pastinya kita mahu ia menjadi amal kebaikan, begitulah jua yang ana harapkan disini. Laman ini hanya secebis usaha.. terlalu kecil rasanya usaha ini, namun hati tetap berharap dengan belas ihsan Allah, ia menjadi juga pahala kebaikan di hari akhir kelak nanti..

Walaupun mungkin jarang diupdate selepas ini, sorotilah arkib2 penulisan, ambillah mutiara2 ilmu yang ada. Ana bukanlah sesiapa, bukan seorang yang pandai menulis dan mungkin banyak kesilapan tertulis di dalamnya, namun ana cuba memberi sekadar yang termampu. Kerana itu, lihatlah pada apa yang ditulis, bacalah serta ambillah manfaat yang ada di dalamnya, jangan lihat pada empunya yang menulis ini, kerana diri ini terlalu banyak kekurangan yang masih memerlukan nasihat dan peringatan. Dan ana akur, menulis ini sebenarnya lebih dekat dengan orang yang menulis.. setiap kali nasihat atau peringatan disampaikan, ia terlebih dahulu terkena pada diri ini.

Moga apa yang disampaikan selama ini ada manfaatnya buat semua. Namun, sesungguhnya hanya Allah yang membuka pintu hati kita untuk menerima kebaikan dan menerima petunjuk hidayah dariNya.

Moga ada kesempatan dari Allah, untuk diri ini terus menulis, menghidupkan laman ini.
Biar laman ini sunyi tanpa entry baru, namun jangan biar hati ini sunyi dari Zikrullah padaNya! InsyaAllah.

Salam ukhwahfillah
Mencari hikmah di Perjalanan

p/s: berhibernasi sekejap baru2ni.. mencari hikmah dan petunjuk. Alhamdulillah, Allah buka hati untuk diri ini terus mengekalkan blog ini.. =)

No comments: