Sunday, May 18, 2008

Ilalliqa'


Assalamu'alaikum.

Buat sahabat2 yang dikasihi sekalian,
Ana akan berhenti menulis di Blog "Zikrullah" ini buat seketika atas kesempitan masa dan peluang. Bi iznillah, ana akan kembali menulis, namun belum pasti, bilakah masanya... Allahu'alam. Namun, ini bukan bermakna tanggungjawab untuk menyampaikan itu terhenti disini kerana uslub dakwah itu begitu banyak caranya. Mudah2n, ana akan terus berusaha menyampaikan ilmu yang dikurnia Allah.

InsyaAllah ana bakal menyambung tugasan sebagai pelajar perubatan untuk tempoh 1 bulan lebih sebelum naik ke tahun baru. Samada elektif (if ada rezeki bakal berelektif di negeri orang. hehe, negeri sebelah je) ataupun menyambung posting, insyaAllah akan diketahui beberapa hari lagi. Doakan yang terbaik buat diri ini dan sahabat2 ya.

Andai shbt2 bertandang ke blog ini, walaupun sunyi tanpa entry baru, pinta ku hanya satu perkara..
"ZIKRULLAH sentiasa!
Ayuh, kita ingatkan diri dan hati..
agar sentiasa mengingati Allah.
Agar sentiasa meletakkan Allah di tempat utama.
Bagi yang berduka.. siramilah kedukaan hatimu dengan mengingatiNya,
Bagi yang diuji Allah.. dapatkan kekuatan dengan memohon padaNya,
Buat yang berbahagia.. banyakkan bersyukur padaNya yang memberi.
Mari sama2 kita hidupkan hati dengan zikrullah sentiasa.
Hati yang hidup dengan zikir padaNya pasti tenang..
setenang air yang mengalir..
kerana tiada tempat sebaik2 pergantungan
melainkan pada al-khaliq kita, ALLAH swt!!!"

Tasbih

Ilalliqa'.
Ada rezeki dariNya.. kita bertemu lagi.
Moga Allah sentiasa melindungi kita walau dimana jua kita berada. InsyaAllah.

~nik_khoir 08 ~

p/s: buat shbt2, adik2, my silent readers(huhu).. yang terus berjuang dalam bidang perubatan ini, mari sama2 kita manfaatkan cuti ini sebaiknya. Sama2 kita kuatkan semangat, teruskan usaha, teguhkan tawakkal padaNya, hanya demi mendapat redha Allah.InsyaAllah, ada rezeki dariNya kita bertemu di semester hadapan. InsyaAllah.

InsyaAllah, buat shbt2 pengunjung blog semua.. moga kita bertemu lagi..
ZIKRULLAH sentiasa!!

Alhamdulillah.. MABRUK!

Alhamdulillah, mari kita lafazkan SYUKUR pada Allah swt, yang Maha Penyayang Maha Pengasihani, atas segala nikmat dan anugerah buat hamba2Nya.




MABRUK!
TAHNIAH!
CONGRATULATIONS!
buat shbt2 sekalian,
yang telah berjaya menggapai impian.

Dr.Nurul Hafizah, Dr.Noor Hidayah, Dr.NurSyafini, Dr.NorArifah, Dr.NurHidayati, Dr.Hafiza, Dr.Mas Ayu, Dr.Siti Fatimah, Dr.Samirah,
Dr.Nurul Diyana, Dr.Siti Hafizah, Dr.Amnah, Dr.Nik Siti Aisyah.
dan juga semua shbt2 sekalian yang telah berjaya mendapat MD (Medical Doctor) dan DDS (Degree of Dental Surgeon) 2008.



Moga shbt2 sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.
Ukhwahfillah abadan abada.Bertemu kita keranaNya, berpisah jua keranaNya. Namun, janji kita tetap mengikat hati2 kita semua. Mg terus istiqamah di jalan perjuangan.. Be a mujahid wa mujahidah doctors.. serving for ummah!! insyaAllah.

~Fawassikillah humma robitaha (maka, eratkanlah akan ikatannya Ya Allah)~

p/s: maaf shbt2 dental..yang bakal exam next week. hehe, xpe ye, ana wish awal2. mudah2n menjadi doa buat kalian.InsyaAllah, moga Allah anugerah kejayaan buat shbt2..

Dari hati seorang muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum shbt2 pengunjung sekalian..
Alhamdulillah.. marilah kita perbanyakkan syukur padaNya atas segala anugerah dariNya.

Emm..walaupun ini saat2 terakhir sebelum bercuti (hehe, actually x ada istilah cuti for medical students), masih berpeluang untuk menghantar entry. Sudah lama ingin menghantar entry tentang perkara ini, tapi xberpeluang. Namun, message dari seorang adik dan shbt tersayang baru2ni membuatkan ana teringin jua untuk menulis tentangnya. Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk menulis.. entry ini juga sebagai hadiah buat shbt2 muslimat yang dikasihi sebelum ana bercuti!!

----------------------------------------------------------------------
Catitan 1 (Buat Adikku yang dikasihi)

Adikku,
Ingat kah dirimu pada hadis yang cukup dikenali buat muslimat, yang berbunyi..

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (Hadis riwayat Muslim).



Ya, menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga Allah ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.

Jadilah bunga yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga
yang hanya indah tetapi sayang tidak berduri.
Duri mawar itu ditasybihkan
dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.




Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adalah kita melaksanakan perintah Allah sebaik2nya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh Allah buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik2nya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka keduanya akan hilang." (Hadis riwayat Baihaqi)

"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga dan sebaliknya adalah membawa ke neraka." (Hadis riwayat Bukhari).

Adikku,
Katamu wanita adalah fitnah dunia.. oleh itu, marilah kita perbaiki diri dan menjaga diri agar kita tidak menjadi bahana itu kepada dunia. Sesungguhnya segalanya bermula darimu.. tegakkanlah Islam dalam dirimu, insyaAllah akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pasti adik tahu, tanggungjawab mengamalkan Islam itu bermula dari diri kita, lalu akan sampai kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya pada sebuah negara.

"Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita."

Ya, pastinya dalam menjalankan amanah sebuah kehidupan, sebagai penuntut ilmu, sebagai da'ie.. pasti kita tidak lari dari keperluan berikhtilat. Usah khuatir, kerana Islam itu tidak jumud, dibolehkan kita untuk berikhtilat pada beberapa perkara iaitu dalam menuntut ilmu, jual beli, membuat amal islam dan amal perubatan.

Namun, jangan sesekali kita menyalahgunakan perkara yang dibolehkan ini. Jaga dirimu dik.. ya, muslimat itu lembut hatinya, namun tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Ikhlaskan hatimu dik.. jangan biarkan hasutan syaitan meluputkan pahala kebaikan yang kau cari.Adakalanya keperluan dan tanggungjawab memerlukan kita bermusafir sendirian. Namun, sebaik2 muslimah adalah apabila musafirnya berteman mahram. Seandainya keperluan memerlukan, bertawakkallah pada Allah dan mohonlah perlindungan dariNya kerana hanya Dia sebaik2 pelindung. Lafazkan doa "bismillahitawakkal tu 'alallah" dalam setiap permulaan langkahmu dan berdoalah semoga Allah melindungi dirimu dari bahaya dan fitnah.

Ingatlah wahai adikku, keluarnya kita dari kepompong rumah bukan untuk mencari murkaNya namun atas tuntutan agama.

Adikku,
Tundukkan pandanganmu. Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudNya:
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.(An-Nur: ayat 32)

Katamu wanita yang baik ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dirinya.. ya, itu benar dik. Lantas bagaimana untuk mendapatkannya? Segalanya bermula darimu.. tundukkan pandanganmu, nescaya Allah akan menjagamu dari pandangan lelaki. Pastinya seorang lelaki akan malu untuk memandang seorang muslimah yang tunduk hatinya. Usah khuatir pada jagaan Allah seandainya kau menjaga dirimu. Ihfadzillah, yahfazdka!

Marilah kita teliti sirah2 muslimat dalam kehidupan Rasulullah, juga pejuang2 muslimat yang tegak mempertahankan Islam. Ya, mungkin kita xselayaknya untuk menjadi seperti mereka, namun cukuplah andai kita mencontohi mereka. InsyaAllah.. terakhirnya akak sampaikan sebuah kata2 agar menjadi inspirasi untuk kita mencontohi dirinya jua..

Duhai sahabiah, puteri2 harapan Islam. Ayuh contohi peribadi Fatimah Az-zahrah.
subhanallah, keberkatan mengiringi kehidupannya,
hati tak lekang gemersik syukur,
lidah tak putus mengalun tasbih,
kaki tak henti mengisar gandum,
tangan terus menghayun buaian...
hasil didikan ayahanda tercinta, Rasulullah saw habibullah.
Mudah2n gelaran serikandi mujahidah menjadi milik kita,
menjadi ummi kepada bakal para mujahid wa mujahidah.
InsyaAllah, jika Allah izinkan.
Tarbiyyah membentuk peribadi,
masa kan terus berlalu, zaman sentiasa berubah,
namun syariatNya tetap sama.
Ayuh, berusaha menjadi muslimah solehah!


Catitan 2 (buat sahabatku yang disayangi)

Shbtku,
Ku berikan namamu "Teman Sejati".. masihkah ukht ingat akan nasyid yang selalu kita alunkan? "Selama ini kumencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini". Oh, siapa sangka hadirmu membawa diri ini mengenali apa itu sebenarnya ukhwah.Kita berjauhan, namun Allah dekatkan hati kita. Cerita mu adalah ceritaku dan begitu juga sebaliknya. Tatkala diriku bersedih, kau datang memberi semangat buatku. Nasihatmu selalu menemaniku. Ya, kerana itu kau umpama cermin bagiku.. Sering kau katakan bahawa diriku lebih baik darimu.. namun, hakikatnya diriku banyak kekurangan malah sedikit kelebihannya wahai ya shbt. Tapi, dalam kelebihan dan kekurangan itu kita tetap bersama kerana bukankah persahabatan ini untuk saling melengkapkan?

Shbtku,
Ku tahu hatimu resah, tatkala dirimu meminta nasihat dariku. Dalam hidup ini, akan hadir saat2 dimana kita perlu membuat pilihan. Namun kita sering khuatir, adakah pilihan itu yang terbaik buat diri kita. Sukarnya membuat sesuatu keputusan, terutamanya yang bakal menentu perjalanan kehidupan kita. FirmanNya yang bermaksud:

"..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:ayat 216)

Ya, "Wallahu yaklam, wa antum taklam." Jadi kepada siapa lagi harus kita sandarkan, melainkan pada Dia yang menciptakan kita! Dia jua yang telah menetapkan takdir buat kita di Lauh Mahfuznya dan takdir Allah itu begitu sempurna buat hambaNya.
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang di janjikan kepadamu." (Adz-Dzariyat:ayat 22)


Malah Allah telah menetapkan beberapa panduan untuk kita pilih.

"Dikahwini seseorang itu kerana empat perkara, harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntung diri."

"Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya: 'Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa kerana jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu'

Teruskan doamu sahabat, memohon belas kasihan dariNya agar ditunjukkan jalan yang benar. Sahabatmu ini hanya boleh memberi nasihat sekadar mampu kerana segalanya adalah terletak padamu.. hasil dari petunjuk Allah buatmu. Adakah yang hadir itu benar, adakah masa yang tiba itu sesuai, adakah diri bersedia memikul sebuah tanggungjawab ataupun semua ini sekadar ujian dariNya buat diri? Pasrahkan hatimu memohon padaNya kerana mereka yang berdoa dengan ikhlas akan dimakbulkan doanya. InsyaAllah. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Tuhanku berfirman, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.." (Al-Mukmin:ayat 60)

Shbtku,
Saat ini, mari kita sama2 terus berusaha.. berusaha berdoa dan memperbaiki diri. Melengkapkan diri dengan ilmu, untuk menjadi amal kelak. Bukankah kita yakin pada janjiNya sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. (An-Nur:ayat 26)


Sekiranya kita melakukan sesuatu kerana Allah, pasti akan ada jalanNya. Jadi sandarkanlah jua urusan ini kerana Allah pasti hatimu akan lebih tenang. Bukankah kita ingin menyahut tuntutan ini kerana ALLAH dan RASULNYA? Ya, itu matlamat utama kita. Menyambung sebuah kesinambungan dakwah agar generasi kita menjadi rantai2 perjuangan. Menjadi sayap kiri perjuangan, dan menjadi ummi buat bakal rijaluddin. Maka, mari kita pelihara diri sebaik2nya dan kembali kepada syariat Islam. Usah terpedaya dengan hiasan2 dan bunga-bunga dari syaitan yang selalu berusaha menjatuhkan sebuah iman dalam hati.

Teringat sebuah kata2 dari sebuah novel Islamik

"Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia. Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya."

Sebuah doa, sebuah pengharapan.. diberikan HANYA padaNya.. Moga dirimu bertemu kebaikan.. InsyaAllah..

"Ya Allah, aku memohon akan Engkau memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya Allah. Aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa, sedang aku tidak tahu, dan Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi penghidupanku, dan baik pula akibatnya bagiku, mudahkanlah ia bagiku dan berikanlah keberkatan bagiku di dalamnya.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya bagiku maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.

Berilah kebaikan di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu. Ameen."

Wassalam..

~ikhlas dari nik_khoir 08~

---------------------------------------------

~Mengejar sebuah impian untuk mendapat Cinta dan RedhaNya dalam setiap urusan. Membina harapan untuk menjadi seorang mujahidah..
"Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara wanita-wanita solehah. Ameen"~

p/s: entry ini hanya dari seorang hambaNya yang terlalu banyak kekurangan, yang masih belajar erti sebuah kehidupan. Ia bukan sekadar ditujukan buat seorang adik, atau buat seorang sahabat.. namun turut ditujukan jua buat diri ini dan shbt2 muslimat sekalian. Allahu'alam.

Beberapa gmbr2 ini diambil dari laman http://testi.iluvislam.com. Kredit for iluvislam dot com =). Ana juga mencadangkan bacaan2 berikut. Klik MUTIARA SOLEHAH

Friday, May 16, 2008

Hari Nakbah Palestin

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya bertemu lagi di ruangan blog ini. Emm.. 15 Mei.. hari yang dikenali sebagai HARI NAKBAH PALESTIN. Apakah yang shbt2 tahu tentang hari nakbah ini? Alhamdulillah, ana juga berpeluang menambah ilmu berkenaan hari ini. Di sini ana pastekan sebuah artikel dari web iluvislam.com. Mg ada khairnya buat kita semua. Berilah doa buat saudara2 seIslam kita disana..

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

--------------------------------------------------------------------
6 Dekad nakbah Kita
http://www.iluvislam.com/
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin
(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)


Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.


Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?


~Allahummansur al-mujahideen fi kulli makan~

A sharing..

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, bi iznillah, imtihan end posting telah berakhir hari ni. Dan kali ini Allah mengurniakanku sebuah ujian lagi. Oh.. padaMu Ya Allah, kami sandarkan pengharapan, moga beroleh sebuah KEJAYAAN. Ya, ujian itu adalah tarbiyyah.. tarbiyyah untuk menjadikan diriku hambaNya yang lebih baik. Pray for my success ya shbt2..
Emm..=) a personal entry.. pictures to share with shbt2..

1) Laptop yang telah banyak berjasa padaku.. buat report clinical, study notes, blogging, dengar nasyid dan banyak lagi.Hampir 3tahun usianya. Cuma sekarang sedih sket, sebab engsel tepinya dah patah.Emm.. pernah survey2, nak ganti balik need about RM400.. xtau apa lagi nasib laptopni pasni..

2) My fevret.. Alhamdulillah, after imtihan MCQ, direzkikan olehNya untuk merasai my fevret.. chocolate cake.Yum..yum.. Terima kasih shbt..

3) Surat kemasukan ayah ke hospital. insyaAllah, ayah bakal menjalani angiogram kiv angioplasty minggu depan. selepas 5 years post CABG, ayah mengadu chest pain on exertion, jadi further investigation perlu dilakukan.Mudah2n kali ini diizin Allah, setelah beberapa lama tertangguh.Mudah2n keadaan ayah bertambah baik.InsyaAllah.

4) Majalah 'celik' for my niece, kak chik.Emm.. Wait for ur auntie to back home ya. Dah lama tak balik umah, jadi xdapat nak bagi majalahni kat kak chik. And, so sorry, xdapat nak cari majalah 'Ana muslim' kegemaran kak chik tu, kat Kelate susah nak dapatkan majalah tu..

5) My sweet room.. 1 year here.. dalam tahun yang agak mencabar bagiku. Jatuh ku, syukur kerana masih dibangunkan olehNya. Duk keseorangan ni ada baik buruknya, but the most precious thing is, tiada yang kedua apabila ana ada masalah melainkan Allah. Duk sorang2, Allah lah tempat pengaduan yang utama. dan alhamdulillah, syukur kerana dikurniakan shbt2 yang sangat banyak membantu diri ini menempuhi liku2 sukar dalam 1 tahun ni..alhamdulillah.

6) Mp4.. Waiting for my new mp4 from my brother.. emm, bila la adik nak bagi mp4 tu kat kak nik ni ye.. katanya mp4 tu warna hijau. HIJAU lagi =).. xkisahlah asalkan dapat berfungsi dengan baik.( Just like my sms to him "adik beli la MP4 ko kak nik.xkisoh sangat lagu mano bentuk dia.klu adik kenan, kak nik mesti kenan jugok")..=).Mudah2n mp4 ini memberi manfaat buat kebaikan diri..InsyaAllah.

7) Kad2 undangan ke majlis kesyukuran walimah. Alhamdulillah, tahniah buat shbt2 kerana telah menyahut tuntutan sunnah nabi.Mg terbentuk sebuah usrah muslim yang diberkatiNya. xpasti bleh sampai ke tak ke majlis2 ni, InsyaAllah, andai diizinNya. Klu empunya diri ini xsampai, insyaAllah, doa dan hadiah yang akan bakal menyusul=)..
TAHNIAH buat kalian semua..


Shbt2 usmkk
1) Ukht Che Nur Aidila (K.Ila) dan Akh Zahran
2) Dr. Hafiza Muharam (K.Fiza) dan Dr. Salahuddin
3) Dr. Laila Murni (K.Laila) dan zaujnya.
4) Dr. Nursyafini (ukht Fini) dan bakal zaujnya.
5) Dr. Farahdiva (ukht Farah) dan bakal zaujnya.
6) Dr. Abdul Hadi (akh usop) dan bakal zaujahnya.

shbt ex-kmk
1) Ukht Fauzana dan Akh Salahudin



p/s: gambar2 ni(except the mp4 pic) diambil menggunakan camera of my cute, little handset.VGA camera, so gambarnye xjelas sangat. Belum diizinNya untuk memiliki camera lagi..
This is just a personal entry!!! =)

~Berjuanglah hingga ke akhirnya. InsyaAllah~

Saturday, May 10, 2008

Air mata wanita


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

-----------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah saw..
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu"(Sunan Abu Dawud: hadis 2438.)

p/s: Anakmu ini amat menyayangimu ibuku.. Terima kasih atas kasih sayangmu. Doakan moga dewasaku setabahmu bila bergelar ummi kelak.
Teringat pesanan ibu ana yang tersemat kemas di hatiku..


~"Ya Allah, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil. Ameen"~


Thursday, May 08, 2008

Sejuta Harapan


Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu




~Sebuah harapan dalam hati akan terus bersinar..
kerana janji Allah itu pasti!!! ~

Tetapkanlah janjimu wahai pejuang2 agama Allah sekalian,
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam."
(Surah Al-An'am:ayat162)

---------------------------------------------------------
FirmanNya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(Surah An-Najm:ayat43)

Ya.. harini menyaksikan ada air mata ini yang mengalir.. Hanya pada Allah disandarkan segalaNya.. Perasaan ku bercampur baur.Gembira, sedih.. xterkata rasanya. Menangis kerana gembira.. juga kerana sedih. Cukup gembira atas kejayaan sahabat2.. namun, terasa sedih apabila teringat bahawa kami bakal berpisah. Juga berlinangan air mata apabila mendapat tahu adik2 tersayang yang baru mula menapak dalam jalan perjuangan ini, ada juga yang diuji Allah dengan dugaan. Oh.. sungguh sayu rasanya. Namun, sesungguhnya semuanya adalah ketentuan Allah kan? Semua adalah yang terbaik dariNya, maka wahai hati-hati sekalian.. Mari kita kembali padaNya.. Allahurabbi.. ='(

~Ya Allah, kuatkan kami dalam perjalanan hidup ini.
Bahagiakan kami dengan kasihsayangMu.
Hiburkan kami dengan redhaMu..
Ameen.. ~

Tuesday, May 06, 2008

Hatiku untuk 'mu'

Hatiku untuk Perjuangan

Syukur kupanjatkan padaMu Ya Rabbi,
kerana memilihku,
memberi peluang kepada hambaMu ini,
untuk bertapak dalam medan perjuangan ini.

Namun,
Dihatiku lahir kegusaran,
Terkadang jiwaku merintih,
Beriringan air mata jernih..

Ya Allah,
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini?
Dapatkah kutempuh dugaan mendatang?
Menempa onak duri yang bisa menggugah diriku?

Tapi,
Hatiku tekad,
Akanku teruskan perjuangan ini,
Biarpun badai menebar dugaannya,
Sekali ku melangkah takkan ku undur ke belakang,
Azam kuteguhkan, kusemat di sanubari,

Akan kuberjuang selagi diizinNya,
kerana kuyakin,
Allah sentiasa disisi perjuanganku,
kerana ku percaya,
ada janji indah Allah untuk pejuangNya..
Allahuakbar!!
~nik_khoir 06~

p/s: secebis nukilan tatkala diri ini mengenal.. apa itu sebuah perjuangan yang sebenar..

Poor me..

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini Allah hadiahkan ana sebuah ujian.. dalam setahunni, ini kali kedua cermin mata ana patah. Huhu.. bak kata sahabat ana "aktif jugak budak kecik ni ye".. =).

Memang agak susah dengan ketiadaan bantuan cermin mata, tambahan pula nilai kantanya 2D. Muka orang jadi berbalam2, jalan raya tak nampak, kepala pun jadi pening dan badan terasa nausea kerana otot mata terpaksa strain untuk melihat.. Alhamdulillah, tengahari tadi, walaupun ada intensif kelas klinikal (hehe, 2 kelas berturut2), syukur kerana masih boleh mengambil ilmu sedaya termampu, walaupun badan dah mula nausea dan pening2 kepala. Emm.. nak tengok ulcer pun tak nampak dari jauh, terpaksalah tengok pada pandangan dekat. Dalam perjalanan ke kelas pun, terpaksa jalan perlahan2, takut2 terlanggar orang.. apabila mata kurang nampak ni, anggaran jarak agak sukar, hanya berbekalkan kepekaan pada benda2 yang bergerak sahaja.

Allahuakbar.. saat ini, terasa betapa sebelum ini, jarang disyukuri sesuatu nikmat yang ada. Mungkin nikmat penglihatan ana ini sudah kurang sedikit, namun syukur, masih mampu melihat dengan jelas dengan bantuan cermin mata. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menganugerahkan manusia ilmu dalam bidang optometrist ini. Emm.. sejak matrik, mata ini berteman, tapi agak jarang2lah. Cuma last year, apabila xpakai cermin, susah sket nak belajar especially kat ward.

InsyaAllah, semua yang berlaku ada hikmahnya kan?
Ana pun tak mampu nak memandang laptop ni lame2.. sakit kepala. Mungkin terpaksa berhenti mengpost entry di blog buat seketika. Exam end posting pun bakal dihadapi next week.. doakanlah.. mg kami semua beroleh kejayaan. InsyaAllah, ada kesempatan masa, kita bertemu lagi..
Ilalliqa'..

FirmanNya yang bermaksud:
"..Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(Al-Baqarah: 243)

"..Dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagi kamu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
(As-Sajdah:ayat9)

Wahai diriku dan sekalian shbt2.. BERSYUKUR lah, nescaya Allah tambahkan nikmat bagi kita semua. InsyaAllah..

Monday, May 05, 2008

Jadikanlah..


Jadikanlah AL-QURAN itu surat Cintamu,
Jadikanlah SOLAT itu penghubung dengan Tuhanmu,
Jadikanlah ZIKIR itu kerinduanmu,
Dan jadikanlah MATI itu pertemuan pertama dengan kekasihmu..

An Experience

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Marilah kita sama2 perbanyakkan syukur padaNya di atas segala anugerah dariNya. Seorang ustaz ada menyampaikan banyakkan bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan 2 perkara ini:

1) peluang untuk hidup di dunia ini, pada saat ini.. kerana ini bermakna peluang untuk kita mengumpul bekal kebaikan masih terbuka, kerana kita tidak tahu bilakah masa akhir kita. Harus kita ingat, betapa kesalnya orang yang telah meninggalkan dunia ini, sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)."
(Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100).
Maka, peluang kehidupan yang masih diberiNya ini, marilah kita gunakan sebaik mungkin. InsyaAllah!

2) bertuah kerana dipilih sebagai manusia muslim yang beriman kepada Allah kerana nikmat yang paling terbesar bagi manusia adalah nikmat ISLAM dan IMAN.
"Ya muqallibal quluub, thabbit qulu bana 'ala dinik, wa 'ala to 'atik. Amin"

Alhamdulillah, masih berada di posting orthopedik. InsyaAllah,2 weeks more to go! Moga dipermudahkan. Minggu lepas berpeluang menjadi assistant surgeon.. he2. 2 orang plak tu yang assist doktor. Xpela, masing2 nak merasai bagaimana pengalaman menjadi seorang surgeon. Scrubbing, wear operation gown, sterilization. About 3 hours in operation gown memang menguji kesabaran.. ya lah,kena maintain sterility, nak betulkan mask yang nak hampir nak masuk mata pun xleh. wink-wink.. =)


Kali ini operation yang dilakukan adalah inserting plate pada pesakit yang mengalami "supracondylar and intercondylar fracture" pada tulang paha akibat motor vehicle accident. Oleh kerana operation ini dilakukan selepas 3 minggu (3 weeks before this, need to be stabilize in intensive care unit), kes ini agak complicated kerana banyak tisu-tisu yang telah melekat (fibrosis) dan penumbuhan tulang-tulang baru telah berlaku (callus formation). Dalam hati berdoa, moga Allah kuatkan semangat pesakit ini.. InsyaAllah, mudah2n keadaannya bertambah baik selepas ini.


Kami xsempat membantu doktor hingga habis operation kerana ada kelas. Alhamdulillah, walaupun kami terkejar2 ke kelas kerana terlewat, tapi tak begitu banyak yang ketinggalan. Emm.. kami sempat mengambil beberapa gambar (1st experience assist doktor kan),tapi hanya boleh dijadikan simpanan peribadi shj. Teringat kata doktor yang selalu tersenyum tu.. "Ha,ni nak letak dalam blog ke ni?".. (Oops.. terkebetulan plak,i'm a bloggers.he2)

Apapun, a good experience to learn. Walaupun sakit belakang, sakit tangan..kerana masih tak biasa, but ia satu pengalaman yang amat berharga. Alhamdulillah..Moga ilmu yang dikurniakan Allah ini menjadikan diriku hambaNya yang lebih baik dimasa hadapan.. InsyaAllah..

~Experience is a learning~

p/s: kepada kita semua, berhati2lah di jalan raya. Moga Allah sentiasa menyelamatkan kita semua dari mara bahaya. Ameen.

Friday, May 02, 2008

Sama2 saling mengingatkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur padaNya atas nikmat dan limpahan kurniaNya. Syukur, kerana diri ini masih diberi peluang kehidupan, masih diberi nafas.. dan mudah2n anugerah hidup ini dalam berkatNya sentiasa. InsyaAllah.

Hidup ini ada pasang surutnya, begitu juga dengan iman di hati ini.. kadang2 ia tinggi menggunung, saat itu diri cukup bahagia, ibadah itu cukup senang dilakukan, hati cukup tenang dengan rahmatNya..namun, bila iman itu menurun, cukup resah diri ini, hati seolah2 kaku.. namun, ana sangat bersyukur di saat yang duka, Allah masih menghadirkan di hati ini, masih mengingatkan diri ini, bahawa diri ini harus bangun menghidupkan kembali hati itu, meningkatkan kembali iman itu.


Teringat pesanan seorang sahabat, tatkala hatimu rasa berduka, banyakkan zikrullah mengingatiNya, hadirilah majlis ilmu dan bergaullah dengan sahabat2 yang soleh. Syukur, dalam hidup ini, Allah hadiahkan ana sahabat2 yang begitu baik, yang begitu 'cekap' menyedari bila ana bersedih atau tak bersemangat. Alhamdulillah, saat bersama, pasti ada kata2 nasihat dari diorang. (Hehe.. yang paling kami suka.. nasyid ni)

Umat Islam harus CEMERLANG ,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam ,
Jangan buang masa ,
Siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada ALLAH Maha Kuasa ,
Kita punya kuasa tenaga ,
Doa sebagai senjata ,
Umat ISLAM sentiasa boleh..

Saat hati berduka itu, ketika iman itu terasa lesu, hanya satu jalan yang dapat membantu.. iaitu banyak beramal dan banyak mengingatiNya. Pernah seorang shbt meminta nasihat dari ana, dan ana terkedu saat itu, kerana waktu itu hati ana sedang resah gelisah.. Ya, diri ini tidak mampu berkata2 kerana hati itu hidup hanya apabila iman itu hidup. Namun, ana sedar, hak seorang shbt, apabila diminta nasihat, maka haruslah kita tunaikan. Hati ini mencuba untuk kembali kepadaNya, memohon dileraikan resah hati. Alhamdulillah, bi iznilah, apabila hati ini tenang kembali, tangan ini pantas menaip nasihat di handsetku.. buat menenangkan shbt ana di hujung telefon sana (namun, hanya Allah jua yang menenangkan hatinya).

Peristiwa ini juga memberi pelajaran buat diri, sebuah hikmah .. iaitu dengan saling ingat-mengingatkan sesama kita sebenarnya adalah untuk kebaikan bersama. Ia mengingatkan diri yang memberi dan juga kepada yang menerima.. Terima kasih shbt kerana hadirmu memberiku semangat untukku mencari sinarNya.. dan terima kasih Allah, kerana memberiku cahaya kebaikan itu. Subhanallah, indahnya sebuah kasih sayang keranaNya, dalam memberi sebenarnya kita juga menerima.

Firman Allah swt dalam surah Azd-Dzaariyat ayat 55 yang bermaksud:

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Maka, ana mengajak shbt2 dan diri ana sendiri.. marilah kita saling ingat-mengingatkan. Bukankah kita hidup bersaudara untuk saling bantu-membantu, untuk sama2 mendapat rahmatNya, menuju CintaNya dan redhaNya? QUM FA ANZIR!!

~Kebahagiaan itu dalam keimananku,
dan imanku itu dalam hatiku,
tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku,
selain dari Tuhanku~

p/s: alhamdulillah, harini hari jumaat, sayyidul ayyam.Teringat pesanan tok guru di kuliah jumaat lepas, banyakkan membaca surah al-kahfi di hari jumaat. Bacalah sedaya termampu.

Thursday, May 01, 2008

Andai hati resah, kembalilah padaNya!


Sebuah catatan di majlis ilmu:

Hati kadang2 cenderung untuk mengikut nafsu walaupun perbuatan itu secara logik akalnya salah disisi agama. Mengapa ia berlaku? Tepuk dada tanya iman, muhasabahlah kembali diri kita.

Jangan sesekali cuba untuk melakukan dosa, kerana ia akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Kita harus tegas pada diri. Jangan biarkan diri terjerumus.

Seandainya ada saat dimana hati kita jadi resah gelisah, itu tandanya ada titik hitam dihati kita dan itu petunjuk bahawa Allah mahu kita kembali ke jalanNya!!

- Ahad, 13 April 08, kelas tasawuf, Bahaya mengikut hawa nafsu -