
terlukis wajah muslimah.
Yang hadapannya berhemah,
Yang hiasan rindunya tak akan lemah,
walau dihunus seribu mehnah.
Pada hijab rindu,
terserlah pada Qalam,
dialah muslimah acuan Quran!
Wahai diriku..

Selamat BERJUANG buat sahabat2ku yang dikasihi dan disayangi. Ana turut menghitung hari buat antunna. Sesekali rasa sayu, namun ana yakin dengan kekuatan sahabat2.. InsyaAllah, mg dipermudahkan Allah untuk bergelar muslim doktor.
Perjalanan masih jauh..
Sedangkan kita baru bermula.
Perwira takkan kalah sebelum berjuang..
Srikandi takkan rebah sebelum terlaksana impian.
JIHAD!!
p/s: buat semua sahabat2 yang bakal menduduki PRO 3, adik-adik yang bakal berjuang di PRO 2 dan PRO 1, serta adik2 ppsk yang sedang menduduki exam final year.. selamat berjuang. Teruskan berusaha, banyakkan berdoa dan bersabar. InsyaAllah, Allah akan memberikan apa yang terbaik buat hamba2Nya. Have faith in Allah!!
"Bersabarlah menghadapi exam kerana itu juga adalah ujian dan ALLAH dah janji bahawa DIA akan uji kita dengan sedikit ketakutan dan lain2. Berita gembira untuk orang yang SABAR!"
Kemudian, kami sama2 meneliti sebuah tazkirah dari buku La Tahzan karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni yang bertajuk "Allah adalah satu-satunya Penolong.."
Secara ringkasnya tazkirah ini menerangkan tentang betapa lemah dan hina dina nya kita yang tidak memiliki kekuatan melainkan apa yang diizinNya. Kita tidak mampu melawan sesuatu dengan kekuatannya sendiri dan kita hanya mampu menghadapi semua ujian ini dengan bertawakkal padaNya, percaya sepenuhnya padaNya dan menyerahkan semua perkara hanya padaNya..
Mudah2n melalui tazkirah ini, ia akan membuka hati kami untuk meletakkan Allah sebagai satu2nya penolong buat diri. Dan moga ia terus diaplikasi bukan sekadar semasa menghadapi imtihan sebaliknya dalam setiap kehidupan ini. InsyaAllah.
"Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya,
bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Maha Kuat,
yang mempunyai kekuatan yang amat besar,
yang tiada bandingannya
agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana!
Jadikanlah Hasbunallah wa ni’mal wakil
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
sebagai syiar dan semboyan yang selalu meyelimuti langkah hidup anda."
-Dipetik dari buku La Tahzan-
FirmanNya dalam surah Ali-Imran ayat 173-174 yang bermaksud:
".. cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. "
Benarlah kata2 Allah yang Maha Agung..
~Allahummaj'alna minannajihin wal fa izin fil imtihan, fiddin, fiddunya wal akhirah. Ameen~



Sahabatnya, lebih bernasib baik. Dia tercucuk paku setelah tanpa sengaja tersadung menyebabkan jari telunjuknya perlu dibedah. Jarinya masih boleh bergerak, hanya mengalami fibrosis akibat parut pembedahan. Lalu doktor menasihatinya agar selalu mengerakkan jarinya tersebut. Dia agak bernasib baik juga kerana jari kanannya yang dibedah, sedangkan dia adalah left handed.
Allahuakbar.. masing2 diuji dengan ujian masing2. Dan kadar ujian itu berbeza. Ada yang mendapat ujian kerana kecuaian diri sebagai asbab dan ada yang mendapatnya walaupun telah berhati2..
Namun, kita harus percaya, bahawa setiap ujian yang diberi adalah sesuai dengan kemampuan kita,
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
.. dan ketaqwaan kita adalah ukuran sebenar diri kita di mata ALLAH.
“..Sungguh, yang paling mulia disisi kamu adalah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui dan Maha teliti.”
(Al-Hujurat, ayat13)

Setiap dari kita akan diuji dengan cara masing2.. namun, yakinlah ia sesuai dengan kemampuan kita kerana Tuhan sesekali tidak akan menzalimi hambaNya.Maka, usah bersedih, bangunlah. Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan. Didiklah hati bersabar dan redha kerana ganjaran Tuhan menanti dihadapan!
------------------------------------------------------------------------
~“Allah did not promise that life would be easy
but He did promise to go with you every step of your life with Him by your side" ~
p/s: Maaf, jika terdapat banyak medical term dalam posting kali ini. Mudah2n dapat difahami oleh semua.
Moga diari khoirun kali ini membawa peringatan buat ana dan juga sahabat2. Maafkan kami Ya Allah, ingatkan kami andai kami terleka!! Ya Allah, akhirkan hayat kami dalam husnul khatimah, jangan akhirkan kami dalam su'ul khatimah. Ameen..

Demi Allah yang Maha Esa,
sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu, menitisnya air mata tatkala berasa rindu,
menitis air mata tatkala berasa jauh,
tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,
kerana ku tetap yakini Allah menyatakan
”wajiblah cintaKu kpd orang yang berkasih sayang kepadaKu”
-Asy-Syahid Hassan al-Banna-
a) Novel karangan Zaharah Muhammad
http://bintimuhammad.wordpress.com/
"Usah berlari ke kaki langit, untuk mengejar mentari.
Kerana mentari dan kaki langit bukanlah dua sudut yang bercantum.
Penyatuan itu hanyalah ilusi mata.
Itulah tanda kebesaranNya dan kita perlulah redha.
Jangan dicari dan dimimpikan pada yang tak pernah ada.
Mimpikanlah Dia,
carilah Dia yang sentiasa wujud tanpa ada kesudahannya."
b)Salah satu lagi novel karangan Habirrurahman El-Shirazy.
"..Namun,
Jika kau mencintai Allah, pasti diterima.
Jika kau mencintai Allah,
engkau tidak akan pernah merasai kehilangan.
Tidak akan ada yang merebut Allah yang engkau cintai itu dari hatimu.
Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah,
kau tidak akan berpisah denganNya.
Allah akan setia menyertaimu.
Allah tidak akan berpisah darimu.
kecuali kau sendiri yang berpisah dariNya.
Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah
Cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla."
----------------------------------------------------------
Emm.. melalui blog "Bingkisan Nurani" , ana dapat tau Filem Ayat-Ayat cinta dah berada dipasaran sekarang. Preview filem ini bleh dilihat di http://www.ayatayatcintathemovie.com/ .
p/s: He2.. ana tak begitu gemar baca novel sebenarnya. 1 hari bleh je abis 1 novel, baca by page to page.. bukan words to words.. he2. Tapi untuk tahu isi kandungannya kenalah baca dulu kan? Apapun, these books sangat bagus. Tentang filem tu, xleh nak komen.. sebab tak tengok lagi .. =)
~Jadikan Cinta kita kepada Allah melebihi segala-galanya kerana sesungguhnya kecintaan kita kepada dunia adalah sementara. Maka sandarkan sebuah cinta itu hanya kepada yang Utama!~
