Showing posts with label Diari musafir. Show all posts
Showing posts with label Diari musafir. Show all posts

Sunday, October 07, 2012

Masa terus berlalu

Bismillahirrahmanirahim

Begitu cepat masa berlalu.. Syawal berlalu, Zulkaedah menjelang.. September berlalu, Oktober menjelang.


Setiap masa yang hadir dirasakan terlalu padat.. Penuh dengan urusan dan amanah.. namun hati takut.. takut pada kesibukan dunia, takut diri jadi terlupa dengan urusan akhirat.


Dan dalam kesibukan itu, hati tertanya-tanya.. untuk apa aku bertungkus-lumus mengharung kesibukan dunia ini? Adakah sekadar menyiapkan kerja yang diberi atau memuaskan hati agar tidak dimarahi atasan kerana urusan tanggungjawab yang diamanahkan mereka. Dan bagaimana pula dengan amanah dari Allah?



Oh.. sesekali terasa ingin lari dari kecelaruan hidup atas kesibukan urusan seharian..

Kerana hidup bukan sekadar untuk menghabiskan sisa-sisa umur. Amanah kerja bukan sekadar bebanan untuk memastikan tanggungjawab terlaksana.. Kita harus ada tujuan, hidup harus ada fokus.
Dan sesungguhnya di dalam Al-Quran, ayat-ayat cinta Allah ada mengingatkan kita tentang tujuan hidup ini sebagaimana FirmanNya:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(Surah Al-Zariyat: Ayat 56-58)


Tujuan itu jelas.. Dan hanya melalui matlamat itulah, setiap langkah kehidupan harus di susun. Bukan mudah, tapi payah, kerana perjuangan hidup yang susah ini ada ganjaran yang hebat kelak! 

Hati ini sedar dan hati harus akur pada tujuan.. Dan inilah 'ikrar'ku yang harus sentiasa di ingatkan pada diri sendiri agar hidup sentiasa bermatlamat..

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." 
(Surah Al-An'am: Ayat 162)


Matlamat hidup sudah difahami, maka inilah masanya  untuk bergerak.. 
Selamat berjuang! Moga Allah redha! 




Khoirun: Kadangkala bila terlalu sibuk dengan urusan dunia, terasa sangat takut diri jadi terlupa dengan urusan akhirat. "Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus. Ameen"

Sunday, August 05, 2012

Sekecil itu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, badan sudah segar kembali setelah merehatkan diri. 28 jam berjaga tidak tidur, bekerja dari awal pagi hingga tengahari esoknya, hanya Allah yang memberi kekuatan untuk bertahan sekuat itu. Pastinya waktu itu sangat penat, namun tak dapat tidur. Hampir mahu menangis, namun siapa lagi yang akan membantu? Lalu oncall diteruskan juga, mungkin terpaksa, tapi kerana amanah dan tanggungjawab, setiap detik dilalui juga. Kerana diri ini sedar, amanah ini bukan amanah biasa.. amanah ini untuk melindungi dan menjaga kesihatan dan nyawa manusia. Allah jua sebaik-baik Pelindung hamba2Nya.

Di waktu itu cuma berharap moga setiap perbuatan yang dilakukan dinilai oleh Allah sebagai sebuah kebaikan. 
Menghayati firman Allah swt:


Maksudnya: " Maka barang siapa yg mengerjakan kbaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya)." (Al-Zalzalah:7&8)

Sekecil itu setiap perbuatan kita dinilai. Dan pastinya diri ini mahu sekecil kebaikan itu menjadi milik diri ini bukannya sekecil kejahatan. 

 Malam ini sudah memasuki malam 17 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan melaksanakan ibadah solat di masjid. Pulang dari solat, ana lihat anak-anak kecil menelusuri jalan di tengah malam. Ada berjalan berkumpulan, ada berjalan keseorangan. Berkopiah, bertudung dan memikul beg pakaian solat. Rasanya mereka dari masjid selepas solat. Entah ke mana mereka menuju. Mereka berani meredah malam yang gelap tanpa orang dewasa di sisi mereka. Dan ana bangga, insan sekecil mereka turut berusaha membuat kebaikan. Kita yang sudah dewasa ini bagaimana? :)


InsyaAllah, moga diri ini lebih kuat berusaha mengamalkn kebaikan walau sekecil cuma, dan meninggalkan kejahatan walau sekecil mana! 
Azam harus diteruskan.. Mujahadah menuju Taqwa yang dijanjikan Allah.


Saturday, November 28, 2009

Salam Aidiladha 1430H



Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Hari kebesaran kita semua tiba lagi. Syukur atas kesempatan yang masih diberi Allah buat kita sekalian. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua.. terutama buat yang tersayang sekeluarga di kampung.. Juga buat adik tersayang di bumi Anbiya'. Salam kemaafan di pohon dan sekalung kerinduan diberi buat semua.

Tahunni, ini kali kedua ana beraya dalam sebuah musafir. Apatah lagi bila semua ahli keluarga berkumpul untuk Hari Raya dan cuti sekolah. Emm.. cuma dua orang anak bongsu ni yang masih dalam musafir tak dapat bersama. Uh..sedihnya.. Apapun, InsyaAllah, mudah2n ada izin dari Allah suatu hari nanti untuk kita berkumpul semua..

Syukur Alhamdulillah, Hari Raya kali ini masih dirasai sambutannya. Terima kasih buat makcik&pakcik sekeluarga, teman2 disini-housemate dan Mr.akauntan kami.. Mengenali kalian dan kehadiran semua memeriahkan hari raya ini.. sekurang2nya terubat juga hati yang merindu.. Malah raya kali ini berpeluang makan buras&pulut serta hidangan masyarakat Bugis disini.. Sedap.. alhamdulillah..

Alhamdulillah.. di hari kebesaran ini, mari kita semua perbanyakkan Takbir memujiNya. Juga menghayati ibrah semangat tadhiyah Nabi Ibrahim sekeluarga. Moga hati kita turut sama berazam untuk berusaha menjadi hati yang sedia berkorban demi Tuhannya semata.. Allahuakbar..

"Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar
Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah
Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar
Allah Maha Besar dan Maha Agong dan segala puji bagi Allah

Maha Suci Allah pada pagi dan petang

Tiada Tuhan melainkan Allah

Tiada yang kami sembah kecuali Allah

Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya

Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya

Benar janjiNya

dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya

Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya

Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah

Allah Maha Besar..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah

Allah Maha Besar
.. Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah"

InsyaAllah, esok hari Raya ke-3.. kami bakal ke Felda Umas.. ziarah menjalin silaturrahim Islam.
Esok juga, ada debaran pada hati ini.. ada hati-hati yang bakal bertemu. Namun redha sebuah hati meyakini pada takdir Tuhan yang terbaik untuk hamba2Nya.
Menanti esok.. andai peluang kehidupan masih disisi.. InsyaAllah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H buat semua saudara seIslamku

Sunday, November 15, 2009

Di laut biru itu..


Suatu ketika dulu..
Di laut biru itu..
Di situ bermula..

Pada angin lembut yang menyapa..
Deru ombak yang berdesir..
Pemandangan indah yang menenangkan..

Ada hati-hati yang berkumpul..
Menyingkap hikmah penciptaanNya..
Ada hati-hati yang bertemu..
demi kasih mereka kepadaNya..
Membawa cita untuk mendaulatkan syariatNya..

Di situ..
Hatiku mula mengenali..
Sebuah ukhwah bertaut atas nama cinta padaNya..
Sebuah tanggungjawab diri bergelar khalifahNya..

Dan akhirnya..
dalam musafirku ini..
Di laut biru ini jua..
Hatiku ini bertemu kembali..
Sebuah naungan ukhwahfillah yang dicari..
Moga bersatu hati-hati ini..
Demi memikul amanah perjuangan agama suci..
Demi menggapai redha Tuhan yang diimpi..
insyaAllah..

Allahu rabbi..
Thabatkan hati-hati kami ya Allah..

Sunday, September 27, 2009

Langkah itu kuteruskan..

Bismillahirrahmanirrahim

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Mari kita lafazkan zikir padaNya.. sebanyak2nya, sebagai tanda ingatan kita pada Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani, yang sentiasa Melindungi hamba2Nya, yang paling dekat dengan hambaNya, yang Maha segala-galaNya. Selamilah zikir itu dari dasar hatimu, seikhlasnya, dengan penuh kerendahan diri mengingati Dia yang Maha Agung, mudah2n Allah menganugerahkan ketenangan buat kita. Ameen..

Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas segala rezeki dan anugerah daripadaNya.. berupa iman, Islam, kasihsayang, kesihatan, rezeki kehidupan dan banyak lagi yang tak terhitung oleh kiraan jari ini.



Kini, sudah 3 bulan ana musafir disini. Di sinilah medan ana, tempat ana meneruskan langkah sebuah kehidupan. Begitu cepat rasanya masa berlalu, tanpa disangka tinggal 1 bulan lagi di posting paediatrik, moga berpeluang untuk terus belajar melengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu.

Banyak rasanya yang ingin dikongsikan.. cerita, pengalaman, ujian, suka duka di tempat baru tapi tak tahu bagaimana untuk menyampaikannya. Bermula dari musafirku ke sini keseorangan, syukur Allah hadirkan 2 adik seperjuangan menemani. Belajar berdikari menguruskan kehidupan, syukur Allah hadiahkan seorang teman housemate yang baik hati. Belajar menjadi seorang houseman, syukur Allah hadiahkan rakan2 sekerja, senior2 yang banyak membantu. Belajar hidup jauh di rantau, syukur hadir kakak dan abang mengubat rindu pada keluarga di kampung. Alhamdulillah..

Namun dalam kesenangan akan hadir ujian di perjalanan. itu lumrah sebuah kehidupan ..

Bergelar houseman, ujian itu pasti hadir. Kesabaran itu juga penguat semangat, kerana setiap kesukaran yang dihadapi pasti ada hikmah dari Allah, itulah satu2nya pemujuk hatiku.

Setiap hari, selagi nafas masih dikurnia Allah, diri ini bangun meneruskan amanah kerja. Mudah2n ia menjadi ibadah.. moga ada nilai kebaikan di sisi Tuhan kelak. Ameen ya Allah..

Firman Allah swt yang bermaksud:
" Dan kepada setiap jiwa diberi balasan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia Lebih Mengetahui apa yang mereka kerjakan"
(Az-Zumar: ayat 70)

p/s: kuatkan imanku Ya Allah.. (merindui tarbiyyah hati)

Friday, August 14, 2009

Musafir mencari hikmahNya..

Bismillahirrahmanirrahim



Inilah musafirku.. musafir mencari hikmah Allah. Selayaknya kita digelar musafir, kerana hidup di dunia ini hanya persinggahan sementara menuju destinasi yang abadi, akhirat kelak. Ya Allah, ingatkan hambaMu yang alpa ini..

Menjejak kaki ke tempat baru, bersama tanggungjawab baru memerlukan setinggi kesabaran dan kekuatan.. Diri masih bertatih belajar menunaikan amanah baru, belajar berdikari di tempat orang, belajar memupuk ikhlas dan sabar, belajar untuk meletakkan Allah dan Islam di atas dari segalanya.. Adakalanya terasa terlalu sukar, terlalu takut, terlalu lemah.. namun, harus dikuatkan semangat, ya kuatkan semangat berjuang demi Allah. Hanya Allah jua sebaik-baik tempat memohon perlindungan, tempat memohon kekuatan, kerana hanya Dia Pemilik diri ini.. Doakan ana sahabat2.
---------------------------------------

Salam sahabat,
jangan risau, the 1st step is always the thoughest. Be patient untuk sesuaikan diri dan develop skill. Everybody started with zero. but insyaAllah slowly we will become better and better. Don't ever give up! Don't be tired to keep on learning. Be strong! We are choosen to be a doctor, yes it is not easy, but we dare to face BECAUSE OF ALLAH!! insyaAllah.
-muJAHidah-

Hayah.. hanya Dia Maha Tahu segalanya. Pegang tali iman sekuatnya. kerana angin sungguh kencang bisa memutuskan layang-layang. Ibarat pesan Luqman, SABAR atas semuanya. Allah Maha Penyayang.
-HalawahIman-

InsyaAllah, jadilah seperti benih yang baik, jatuh di mana pun ia tetap menumbuhkan pohon yang subur untuk umat manusia..
-K.wan-