Showing posts with label My Books. Show all posts
Showing posts with label My Books. Show all posts

Sunday, December 28, 2008

Teman baru

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, biiznillah, ana dapat "teman baru".. hehe, sebuah buku.


Keluar ke bandar hujung mingguni, nak cari sesuatu, dan hampir berputus asa untuk mendapatkan sesuatu yang susah nak dapat ni (emm..), tapi hati tetap berdoa mudah2n rezeki untukku ada. Bila menuju ke kedai terakhir, hati dah berkata, klu tak ada, redha.. InsyaAllah, mungkin rezeki di lain hari. Subhanallah, rezeki dari Allah itu tak disangka2. Alhamdulillah, dapat juga barang yang dihajati.

Dengan hati gembira, ana menuju ke kedai buku jaafar rawas (walaupun hampir terbantut nak ke kedai buku tersebut dek hampir berputus asa tadi). Bertemu adik tersayang kat sana. Rasa2nya ramai juga adik2 ana yang books mania ni ye.. hehe. Rambang mata ana melihat buku2 yang baru terbit. Terutamanya buku2 ulasan tok guru. Yang terbaru adalah buku bertajuk "Kisah Cinta dalam Al-Quran~Mengenal Cinta Meraih Allah". Huhu, rasa2nya dah semakin bertambah my next list buku2 untuk dimiliki. Selain buku tersebut antara buku yang dah lama diidamkan adalah Bunga Kebahagiaan, Muhammad saw~insan teladan sepanjang zaman, Bertemu janji Allah~Menyingkap kisah mahsyar yang menyayat hati, Insan Ingatlah!, Kemuncup dalam perjuangan dan banyak lagi. Bleh lihat buku2 ulasan tokguru di link ini http://anbakripublikasdnbhd.blogspot.com/ .
Juga berhajat untuk memiliki buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin seperti Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, 7 Formula individu Cemerlang dan Tip-tip Cemerlang dari Al-Quran. InsyaAllah, mdh2n suatu hari nanti ada rezeki dari Allah.

At last, ana pilih buku "Tundukkan Hati~Rahsia Keikhlasan Hidup di Dunia Fana". Dan 1 buku istimewa buat seorang shbt, dan majalah kanak2 "Ana Muslim" buat my niece. Dah lama tak belikan Ana Muslim buat KakChik, tapi kena janji rajin2 baca buku sekolah dulu tau..=)


Emm, rasanya saat ni buku Tundukkan Hati ini paling sesuai buat diri. Dalam kekalutan dan stress nak exam, hati perlu diingatkan dengan tujuan dan matlamat hidup, iaitu mencari mardatillah. Beberapa tajuk di dalam buku ini ialah Kejar dunia untuk akhirat, Berusaha mengejar redha Allah, Jgn ikut hawa nafsu jangan panjang angan2, Ayuh!Pupuk cinta pada akhirat, Zuhud:tanda bijaksana, Manfaatkan 5 peluang keemasan, Jadilah manusia yang kaya jiwa dll lagi.. Mdh2n teman baruku ini menjadi pengingat buat diri, tazkirah buat hati. InsyaAllah

p/s: Ayuh! Pupuk cinta pada akhirat ..

Friday, December 26, 2008

Inspirasi perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

1) "Cinta di rumah Hasan al Banna", ditulis oleh Md. Lili Nur Aulia, terbitan Alam Raya Enterprise.


Sebuah buku yang mengisahkan tentang peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga. Imam Hasan Al-Banna, dalam kesibukan dan perhatian besarnya merancang kekuatan binaan umat di zamannya, dia adalah seorang ayah yang begitu besar perhatiannya pada anak2. Buku ini juga menunjukkan bahawa seharusnya tiada pemisahan antara keluarga dan dakwah, sekaligus menjawab pertanyaan, "Mana yang lebih penting, dakwah untuk umat atau membina keluarga?"

~ Sesungguhnya peletak dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan Al-Banna telah memberikan contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang da'ie, justeru orang terdekatnya. Jika dia seorang ayah, maka isteri dan anak2nyalah yang akan merasakan sentuhan pertama. Begitu juga apabila dia seorang ibu ~

2) "Sang Murabbi- Mencari Spirit yang hilang", terbitan Majelis Budaya Rakyat, Indonesia.


Menceritakan kisah perjalanan dan ketokohan seorang murabbi-Syaikh Tarbiyah Ustaz Rahmat Abdullah. Sinopsisnya boleh dibaca di sini http://sangmurabbi.com/ . Banyak manfaat yang diperoleh dari filem ini, tentang cabaran dan konsistensi dalam dakwah.

~ Allah memberikan ganjaran yang sebesar2nya dan darjat yang setingi2nya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian, cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah2 sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Disitulah letak hikmahnya yakni bagi seorang dai'e harus sungguh2 dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit ~

~ Di antara sekian jenis kemiskinan, yang paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa kepada kebankrupan dari segi harta. Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuat kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahiliahan dan memperoleh darjat tinggi disisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras ~

p/s: Hidup dalam perjuangan Islam.. Mg Allah thabatkan hati2 kita.. InsyaAllah

Saturday, October 11, 2008

Koleksi Buku


1) Formula Solat Sempurna (Panduan Lengkap Bergambar)
Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd.Rahman
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd.
- Pendekatan berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat2 semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

2) Aku terima Nikahnya
Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd
- Rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berbaitul muslim.

3) Mutiara Perkahwinan menurut ajaran Islam (Tuhfatul 'Aris wal 'Arus)
Penulis: Muhammad Ali Qutb
Terbitan: Pustaka Abdul Majid
- Buku yang membentangkan dan mengupas berbagai perkara tentang kekeluargaan dalam Islam.

4) Bidayatul Hidayah (Permulaan jalan Hidayah)
(Panduan amalan harian dalam kehidupan seorang muslim)
Karangan : Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a
Terbitan: Pustaka Darus Salam.
- Menggariskan amalan-amalan harian dan adab2 untuk melaksanakan ibadat, supaya ibadat itu dapat dilakukan dengan baik, penuh erti dan memberi kesan yang mendalam.

"Barangsiapa yg tidak hendak maju mencari ilmu, maka jiwanya seumpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap kemudian menjadi gelap." (Hukamak)

p/s: "Ya Allah, tambahkan ilmuMu kepada hambaMu ini. Tunjukkan ku yang haq itu haq dan bawalah aku mendekatinya dan tunjukkan ku yang batil itu batil dan jauhkan aku darinya."

(,") Bercita-cita untuk memiliki mini maktabah apabila memiliki rumah sendiri nanti.. fuh, panjang angan-angan. (hehe ).. Mg diizinNya.

Sunday, February 24, 2008

Hadiah

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah.. buat masa ni, ana sedang berusaha menghabiskan buku "111 wasiat Rasulullah saw untuk wanita solehah", hadiah daripada sahabat2 tersayang. Jazakumullah atas hadiah ini sahabat2ku. Buku ini banyak manfaatnya, mengingatkan diri ini pada tanggungjawab seorang muslimah yang perlu dilaksanakan.







Emm..rindu dengan sahabat2.Bila jarang bersama ni, terasa begitu banyak amanah dan hak seorang sahabat yang tak terlaksana. Sekarang, ana selalu buat kerja dengan adik2..he2, seronok gak jadi "orang paling tua" ni..oppss,tak la tua.Kata orang, orang lama banyak pengalaman..(ye ke?)..InsyaAllah, mudah2n masa yang masih diberi Allah ini, membuka lebih peluang pada diri ini berkhidmat dalam perjuangan Islam.Rindu jugak masa bekerja bersama2 sahabat2 dulu..terasa sedih juga bila mengingatkan mereka semua bakal meninggalkan ana di sini. apapun, Alhamdulillah.. Allah masih menghadiahkan ana sahabat2 dan adik2 untuk menemani ana disini..

Sekarang, sahabat2 final year masing2 sedang sibuk dengan exam professional yang bakal hadir. Hanya doa mampu dikirimkan dari kejauhan.. moga Allah kuatkan semangat sahabat2 sekalian dalam menempuh perjuangan ilmu ini.Ana yakin dengan kekuatan dan semangat sahabat2 sekalian. Antum lah bakal pewaris perjuangan Islam!!!..InsyaAllah, tak lama lagi..moga berjaya sebagai doktor muslim.Pasni bleh la berkhidmat, turun ke medan sebenar perjuangan Islam.Our senior really need u all to help them =)..Medan sebenar pasti menjanjikan dugaan dan ujian..mg segalanya dipermudahkan Allah.InsyaAllah, andai ana masih punyai masa yang diberi olehNya, akan ana mengiringi sahabat2 sekalian dalam perjuangan ini.Andai tak sempat bertemu di sini.. mg bertemu di syurgaNya kelak.. insyaAllah


"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup dan selepas aku mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya"

-Imam Shafie-

Friday, November 23, 2007

Inspirational stories..

18 motivational stories, inspiring us to have faith in Allah, believe in His promise..


38 buah kisah, menyentuh hati, membawa hati ini rindu pada cintaNya..


Sunday, July 29, 2007

Bahtera Zikrullah

Bhg 4: Bahtera penyelamat bagi da'i

Bahtera Zikrullah
Bahtera ini dapat menyelamatkan seseorang dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu2, was-was, bimbang, perasaan tidak tenteram dan beberapa penyakit jiwa yang lain. Zikrullah menimblkan kesan yang baik dalam hati. Ia memberikan rasa damai, tenteram, yakin dan gembira dalam jiwa seseorang.

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)". (Al-Baqarah:152)

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Taha:124)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-rad:28)

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar:22)

Zikrullah atau ingat kepada Allah menampilkan keberanian, kecekalan dan semangat ingin mara berjuang kerana ketika itu orang mu’min akan merasakan bahawa Allah ada bersama-samanya. Perasaan ini lumrahnya akan menerbitkan daya juang dan tekad yang hebat untuk menghadapi segala cabaran, meredah segala rintangan dengan jiwa yang tabah, percaya kepada diri dan bersikap tenang.
Adalah suatu hakikat bahawa setiap orang digandingi oleh syaitan2. Syaitan ini akan menyelinapkan ke dalam jiwa seseorang rasa takut dan gentar. Ia menyebarkan berbagai macam prasangka dan was-was. Namun seorang mu’min mempunyai sikap yang baik dan mantap; seperti yang dijelaskan Allah swt:

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka:
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya".
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)". Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran:173-175)

Saturday, May 05, 2007

Hadiah buat hati

Alhamdulillah, bi iznillah, dapat pulang ke rumah. Dah tak tertahan rindu kat mak ayah, akhirnya kaki ini meredah jua untuk pulang kerumah.

Alhamdulillah, syukur padaMu, Tuhan pencipta cinta dan kasih sayang .. kerana memberi peluang kepada hamba2Mu ini menyemai kasih sesama insan.. yang segalanya didasari kerana cinta padaMu.. InsyaAllah.

Seperti biasa, bila pulang dari rumah, beroleh kembali semangat yang hilang. Mungkin ini keberkatan yang pada ibu dan ayah. Insan2 inilah yang telah melahirkan dan mendidik anak2nya sejak dari kecil lagi, dengan penuh ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan. Besarnya pengorbananmu wahai mutiara2 hatiku..

Alhamdulillah, sesungguhnya segala kekuatan dan semangat yang hadir ini, adalah kurniaan dariMu jua. Dan ku pohon padaMu agar diriku terus diberi kekuatan dan ketenangan ini meniti hari2 mendatang. Ameen.

Kembali ke kampus hari ini, ana belikan sebuah hadiah buat hati. Emm.. kalau selama ini, fizikal je beroleh hadiah, harini ku hadiahkan sebuah buku buat hatiku. Mg hatiku ini terus subur dalam kecintaan dan ketaatan pada Allah.. InsyaAllah.

Hadiah itu berupa sebuah buku yang bertajuk "Ubat Hati" tulisan Ustzh Nor Bahyah terbitan Telaga Biru. Alhamdulillah, pengisian yang cukup baik dan santai, sesuai untuk umum, sesuai untuk hati. Sekarang ini ana sedang cuba habiskan 2 buah buku. Buku "Tentang cinta" tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan buku baruku itu.

Klik sini untuk sinopsis buku "Tentang Cinta"

Klik sini untuk sinopsis buku "Ubat Hati"

Sejak akhir2ni, ana agak susah untuk habiskan sebuah buku yang plain warnanya. Kini citarasa telah dah bertukar kepada buku2 yang lebih banyak warna dan ceria.. mungkin ini sebenarnya daya tarikan yang harus dicuba oleh penulis2 kini. Menjadikan bahan karyanya lebih banyak ilustrasi dan teks yang dipermudah, sesuai untuk orang yang kurang gemar membaca tapi kepingin pada pada ilmu seperti ana ini. He2..=).

insyaAllah, andai ada kesempatan, ana akan sampaikan apa yang ana peroleh dari pembacaan ana di blog ini..

---------------------------------------------------------------------------
Seusai membaca Yaasiin buat hiburan dan ketenangan hati sebentar tadi, ana terpaku pada ayat2 terakhir surah itu. Subhanallah.. Menyedarkan diri bahawa betapa kerdilnya manusia. Bahawa diri ini tak punya apa2 kuasa ataupun kudrat.. dan betapa berkuasanya Allah swt Pencipta kita. La haulawala quwwata illa billah.. Mg kita terus diberi hidayah agar terus merasa bahawa kita hanya sekadar hamba dan Dia yang lebih berkuasa.. Allahuakhbar..

Renungkanlah kalam Allah ini...

Firman Allah swt dalam Surah Yaasiin, ayat 82&83 yang bermaksud:

"Sesungguhnya keadaannya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci yang ditanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan."