Tajuk: Sahaja aku mencintaiMU
Munsyid: Du'a feat Ustaz Amal
~Make me strong, Sami Yusuf~
Ujian hadir tanpa kita minta.
Ujian bukan untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan iman hambaNya.
Sekalipun terasa begitu perit untuk dihadapi, penuh dengan tangisan airmata, terasa begitu lemah untuk meneruskan kehidupan.. tetapi percayalah, ada hikmah dari Allah atas setiap sesuatu yang berlaku dan yakinlah Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang kita tidak mampu.
Rendahkan hati, bukakanlah pintu untuk redha pada takdirNya dan letakkan sepenuh tawakkal padaNya.. InsyaAllah, hati ini akan lapang menerima ujian Allah.
Semoga hati ini redha dengan sebuah takdirNya.
Ya Allah, kurniakanlah ku kekuatan..
p/s: Menanti hikmahNya..

Bila yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin telah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna...
Didedikasikan khas:
Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.
Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samarah (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.
Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


~ Gantungkan azam & semangatmu setinggi bintang di langit..
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.. ~


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH,
Supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran.
Setiap yang payah pasti ada kesenangan,
Setiap kesabaran pasti ada ganjaran.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa boleh menghalang.
Namun, jika bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan dapat walaupun dalam genggaman.
Kita merancang dan berusaha, namun sesungguhnya perancangan dan ketentuan ALLAH itulah yang terbaik buat hambaNya. So, do our best in our life, and let Allah do the rest... Have faith in ALLAH!
"Allahumma inna nas aluka yakinan sodiqa"



Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar?
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan
Diri ini tidak layak ke SyurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke NerakaMu
Ku takut kepadaMuKu harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti Rasul dan Sahabat
~Raihan, Damba CintaMu~
Ya Allah, akukah hambaMu yang terleka itu?
Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Engkau yang menciptakanku dan aku abdiMu. dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku. dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang aku lakukan. Aku mengakui (dengan sebenar2nya) nikmatMu kepadaku.dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Ameen

