Thursday, August 23, 2012
Salam Aidilfitri 1433H
Alhamdulillah, kedatangan Syawal 1433H memberi seribu makna buat hati-hati setiap insan muslim. Kebahagiaan sangat dirasai di atas kemenangan berpuasa dan melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan, malah lebih dihargai kerana berpeluang meraikan bersama yang tersayang.. Alhamdulillah.. (^_^)
Taqabbalallah minna wa minkum!
Khoirun: Moga kita semua berpeluang bertemu Ramadhan di tahun hadapan.. Rezekikan kami Ya Allah..
Friday, January 22, 2010
Moga dalam JagaanNya..

Make your nature your strength
Even with some hesitations
You have to take the first step
Try again
Always answer to some people's expectation
Is it because you like to receive the praise?
After becoming the ideal person of your dream
Can you still have the same brilliant smile?
Hold the dream only in the beginning
Then you have to work hard
The important things are always intangible
When you obtain or lose them
You don't have to feel hurt
Yes, turn sadness into tenderness
Make your nature your strength
Even with some hesitations
You have to take the first step!

Alhamdulillah,
After a quite some time, got the news.
Just miss him..
Take care my dear akh..
Moga dalam jagaan Allah sentiasa.
Musafir kita seiringkanlah bersama niat yang ikhlas..
Moga pulangmu dari bumi anbiya itu suatu hari nanti bersama ilmu penuh di dada.. menjadi pewaris pejuang agamaNya kelak.. InsyaAllah..
p/s: Dedicated this song to him.. Jange lupe tepon umah dan antar berita sokmo ye (^_^).. -Oni san-
Wednesday, April 22, 2009
Ku merinduimu..
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu
Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu
Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu
Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju
Monday, December 01, 2008
Misteri..
dan Ashraff (AbeNgoh) bersama Adik Amsyar
di hari raya AidilAdha tahun lepas
Huhu.. sebuah misteri telah menyelubungi laman ini..
apabila 2 anak saudaraku.. Ashraff (a.k.a AbeNgoh) dan As-Siddiq (a.k.a Abang), muncul di shoutbox blog ini. Hairan bin ajaib, mimpikah ini?
Emm, xpe, xpe.. nanti 2 hari lagi balik rumah (InsyaAllah), misteri ni akan terungkai! Siapakah di sebalik misteri ini.. Hehe.. kita tengok siapa yang kena.. (^_^).
Apapun, terima kasih kerana sudi datang menjenguk ke sini.
p/s: to abengoh dan sidiq.. cuti sekolah ni kena rajin baca buku, solat jangan tinggal, jaga adik elok2, jangan main air hujan.. ha.. satu lagi, jangan main tenet...huhu..
Wednesday, October 22, 2008
Rindu pada permata hatiku

Malam ini ada hati merindu..
Rindu yang selalu bertamu,
Membuatkan jiwa ingin selalu dekat denganmu,
Membuatkan diri ingin selalu pulang ke pangkuanmu.
Malam ini ada air mata mengalir..
Tatkala mengenang
harimu yang selalu sepi,
Pabila permata-permata hatimu jauh disisi,
Demi mencari rezeki dan menimba ilmu.
FirmanNya dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Ibu ayah,
betapa diri ini amat menghargaimu..
atas segala yang tercurah padaku,
kau membelaiku dengan kasih sayang,
kau siramku dengan doa harapan.
Ibu ayah,
betapa diri ini amat mengasihimu..
ingin ku jadi penyejuk matamu,
sentiasa mendampingi dan membahagiakanmu,
walau di hari tuamu..
Ibu ayah,
maafkan anakmu,
andai ada rajukku, jika ada silapku,
inginku kucium tanganmu,
inginku kukucup pipimu,
FirmanNya dalam Surah Al-Isra' ayat 23-24 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan “Aah”,
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".
"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah: “Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Ibu ayah,
ku akan sentiasa merinduimu,
sentiasa mendoakanmu,
agar dirimu sentiasa dilindungiNya
dalam perjalanan hidup ini,
jua agar kita sama2 beroleh bahagia
menyambung kasihsayang ini disyurgaNya kelak..
InsyaAllah..
FirmanNya dalam Surah Ar-Rad, ayat 23-24 yang bermaksud:
"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya
bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh
dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka;
sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu."
"(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."

p/s: menerima panggilan ayah dan juga kakak pada hari ini menyebabkan hati begitu rindu pada ibu ayah. Menitis air mata ini apabila mengingati mereka. Doakan anakmu yang masih dalam perjuangan ilmu ini..insyaAllah, moga diizinNya, ingin pulang ke rumah kasihsayangku selepas imtihan minggu hadapan. .. chek, k.nik nak balik umah :(
Sunday, October 05, 2008
Rayaku :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Aidilfitri menjelma jua.. syukur, atas nikmat yang dikurnia Allah ini. Hari yang penuh dengan kebesaranNya. Takbir, tahmid dilaungkan dengan penuh meriah di mana2 jua.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Terasa kebesaran Allah, Tuhan Maha Mencipta dengan kerahmatanNya meneduh seantero alam. Mudah2n pengakhiran Ramadhan ini, kita beroleh keampunan dariNya. Menjadi titik permulaan untuk terus melaksanakan kebaikan di bulan2 seterusnya, hasil tarbiyyah selama sebulan. Moga Allah menerima segala amalan kita semua. InsyaAllah.
Raya tahun ni, hanya keluarga kakak yang berada di Sabah tak berpeluang pulang ke kampung (chek, jangan sedih2 ye). Alhamdulillah, semua keluarga dapat berkumpul walaupun bukan pada hari raya pertama, sekurang2nya ibu ayah dapat bertemu dengan dengan anak2nya.. sekurang2nya ana dapat bertemu anak2 saudara ana yang comel2 semuanya kan. Hehe.. emm, ni pun dah mula rindu kat keletah diorang.. Subhanallah, semakin dewasa diri ini, semakin matang diri ini menilai erti sebuah kasih sayang keluarga. Tempat bermula dan tumbuhnya kasih sayang tanpa syarat di hati ini. Alangkah indahnya andai kasih sayang ini dapat kita semai hingga ke syurgaNya kelak.. Moga Allah berkati kita sekaliannya. InsyaAllah..
".. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
(Al-Baqarah:185)
Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.
p/s: mari sama2 kita tambahkan amal kebaikan.. berpuasa sunat enam hari di bulan syawal. InsyaAllah. Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun" . (HR Muslim dan Imam Ahmad).
Thursday, August 07, 2008
Learn Medicine from your heart
"Learn medicine from your heart".. kata Prof Dr. KJ, salah seorang specialist di department anaest disini. Suka dengar pengalaman doktor merantau hampir separuh benua dunia mempraktiskan ilmu perubatan yang dimilikinya sambil menimba ilmu.
Bercakap tentang ilmu perubatan Islam, Dr. Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tentang kepentingan ilmu perubatan dalam Islam. Disini ana ringkaskan sekadar kefahaman ana.
Buku pinjam kat library =)
Ilmu perubatan merupakan salah satu ilmu fardhu kifayah yang mesti dikuasai oleh sebahagian umat Islam pada hari ini. Matlamat perubatan Islam adalah untuk melahirkan individu yang bersih jiwanya, sihat fikirannya, mantap tubuh jasadnya dan mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih serta cara hidup yang suci. Semuanya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan pendekatan yang selamat dan halal. Perubatan Islam ini tidak sekadar menekankan pengubatan penyakit fizikal semata2 tetapi turut juga mementingkan pengubatan jiwa manusia. Dan inilah pendekatan yang terbaik!
Namun, keyakinan bahawa penyakit dan kesembuhan adalah daripada Allah swt haruslah wujud di dalam hati pengamal perubatan. Keyakinan inilah yang mendidik jiwa kita agar tidak takabbur sekiranya kita berjaya menyembuhkan penyakit. Juga menghilangkan putus asa sekiranya pesakit tidak sembuh daripada penyakitnya kerana hanya Allah swt yang berkuasa. Keyakinan inilah juga melahirkan peribadi yang sentiasa berdoa pada Allah, mengharap bantuan hanya padaNya.
FirmanNya yang bermaksud:
(Surah As-Syu'ara: ayat 78-81)
Dr. Danial dalam bukunya ini juga ada menyatakan beberapa kriteria yang perlu ada pada seseorang pengamal perubatan iaitu 1) ilmu agama yang mantap dan melaksanakan kewajipan deen 2) mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dan 3) menghayati akhlak dan etika Islam.
Menghayati apa yang disampaikan dalam buku ini, mengingatkan ana tentang amanah yang sedang dipikul ini. Ya, berjuang dalam bidang ilmu perubatan bukan untuk mencari glamour, gaji tinggi, status tinggi dalam masyarakat, namun hakikatnya ia adalah sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat diri.
Have you learn the medicine from your heart? Ana tak mampu menjawab soalan itu.. masa yang masih ada ini akan ana usahakan yang termampu. Doakan ana sahabat2. Mari kita jadikan belajar itu satu ibadah. Belajar dengan meletakkan Allah sebagai tujuan utama, niat yang sebenar. InsyaAllah...
Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan ana menduduki imtihan anest. Doakan ana dan shbt2 disini ya.. moga dikurniakan kejayaan yang terbaik.
InsyaAllah, next week, mula memasuki posting baru.. dan kami bakal bercuti.. Yippie=)!! Dah hampir sebulan tak pulang ke rumah, cukup merindui ibuayah dan keluarga. Emm, 1 week holiday, tapi mungkin masa cuti perlu dipendekkan. Banyak buku2 masih menanti untuk dibaca.=).. Sama2 kita manfaatkan masa sebaiknya.
Rindu kat my little mujahid amsyar.. wait for your auntie ya!
Buat shbt2 tersayang, graduan2 yang bakal berkonvokesyen next week.. ana ucapkan Tahniah di atas kecemerlangan shbt2. Terima kasih Ya Allah, atas anugerahMu kepada sahabat2ku. Doa kukirimkan dari jauh.. agar Allah sentiasa memberi kesabaran dan kekuatan kepada antum menghadapi perjuangan kehidupan bergelar ahli perubatan muslim. Mg semua urusan shbt2 dipermudahkan.
Emm.. klu ada yang bagitau ana, rasa cam tak nak pergi konvo,hehe.. hanya 1 nasihat yang boleh ana bagi.. hadirlah majlis itu untuk ibu dan ayah antum. Percayalah.. mereka pasti gembira dan bahagia melihat anaknya berjaya menggenggam sebuah ijazah setelah antum bertungkus lumus selama ini. Hepi convocation day!As we go on we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever ...
Sunday, March 30, 2008
Wahai anakku.. Bertakwalah kepada Allah!!


Bertaqwalah Kepada Allah
Wahai anakku.…..
Sesungguhnya Rabmu mengetahui apa yang kamu betikkan dalam hatimu, dan Dia mengetahui apa yang engkau ucapkan dengan lisanmu, dan Dia melihat terhadap segala amalanmu.
Maka bertakwalah kamu kepada Allah wahai anakku, dan berhati-hatilah kamu terhadap pengawasan-Nya pada saat kamu dalam keadaan yang tidak diridhai oleh-Nya.
Hati-hatilah kamu dari kemurkaan Rabbmu, yang mana Dialah yang telah menciptakanmu dan memberikan rizki kepadamu serta yang telah mengaruniai kamu akal yang dapat kamu gunakan di dalam kehidupanmu.
Bagaimana perasaanmu ketika bapakmu melihat dirimu dalam keadaan melanggar perintahnya? Apakah kamu tidak khawatir nantinya bapakmu akan menghukummu?
Maka jadikanlah perasaanmu sama seperti itu [bahkan lebih] kepada Allah, karena Dia dapat melihat dirimu disetiap kesempatan yang kamu tidak dapat melihat Dia! Maka janganlah kamu anggap enteng pada perkara apapun juga yang kamu telah dilarang darinya!
Diambil dari Kitab:"Washaya al-Aba' Lil Abna",
penulis: Syaikh Ahmad Syakir,
edisi bahasa Indonesia:"Duhai anakku..Dengarlah nasehatku!",
Penerbit : Al-Haura.
untuk artikel penuh, klik http://aguskribo.multiply.com/reviews/item/3
Wednesday, March 05, 2008
Kembali ke asal
Assalamu'alaikum wbt.
Alhamdulillah, biiznillah, dapat pulang kerumah setelah 3 minggu menanti.Emm..seronok melihat keletah my boys..he2, my nephews. Amsyar dan AsShafie dah menjangkau 3 tahun, aizat plak nak masuk 2 tahun. Riuh rendah rumah neneknya dengan aksi2 mereka. Almaklumlah, cucu keturunan ahli seni pertahanan diri kan.. kalau dengar bunyi orang bersilat, mereka pun turut menunjuk aksi mereka.Sekarang pun, dah pandai menunjukkan muka kesian if diorang nak ape2..dan ana dan my youngest brother aka "Adik" lah satu2nya yang "available" untuk melayan my nephews ni.Very cute boys..
Amsyar dengan aksinya
InsyaAllah,alhafiz to be, “Adik”-edited picture.He2, identiti dirahsiakan.
Ana kini mulai sedar,bahawa diri ini sudah menginjak dewasa. Adik ana juga semakin “gentleman”. He2.. Dulu, rasanya kami di occupied dengan keadaan yang ana istilahkan sebagai "sindrom anak bongsu"- mudah merajuk, jarang bercakap, jarang menampilkan diri kat relatives..budak2 paling kecil in family kan, tak leh masuk campur dalam urusan keluarga. Selalu juga apabila ana ingin masuk bersama dalam perbincangan keluarga, kakak ana hanya memandang dengan senyuman tanpa memberi penjelasan.
Kini ana faham, apabila sampai masa, bila kita sudah dewasa, tanggungjawab as a part of family semakin besar. Sekarang, ana dan Adik la yang menjadi tempat mendengar ibuayah if ada problems. Tambahan pula,semua adik beradik lain berada jauh dan dah punyai tanggungjawab dalam keluarga sendiri. Emm..ana pun dapat tanggungjawab baru.. jadi health consultant dalam family..He2, tapi terpaksa bukak buku dulu untuk memberi penjelasan. Train to be a doctor lagi kan..=)
Pulang ke rumah minggu lepas, sempat melawat Siti AsSyafiqah yang baru berusia D8OL(day 8 of life). The 15th one! Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Emm..lapang hati bila pulang ke rumah. Benar sebagaimana kata Ustaz Hasrizal dalam program yang diikuti, kita akan beroleh tenang apabila kembali ke asal.
Kembali ke rumah, ke sebuah keluarga di mana disitulah kita membesar, disitulah kita mengharung detik2 kehidupan sehingga kini, disitulah ada wajah2 insan tersayang yang cukup membuat hati tenang walaupun tanpa luahan permasalahan kepada sesiapa. Cukuplah dengan mencium tangan ibuayah dan memandang wajah mereka, hilang segala kerisauan hati. Ini baru pulang kerumah... bagaimana pula andai kita kembali ke asal yang sebenar2nya.. sewaktu diri kita benar2 dekat dengan Allah.. kembali ke asal ini bermakna apabila kita dekat kepada Allah, disitulah kita akan memperoleh ketenangan yang sebenar...
Ingatkah kita sewaktu di alam roh.. bila kita bersaksi bahawa Allah lah Tuhan kita, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-A'raf, ayat 172..
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi".(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini".
~Kembalilah kepada Allah setiap masa.. pasti hatimu beroleh tenang!!~
Wednesday, February 13, 2008
"Nasrullah"
Alhamdulillah, Praise to be Allah, Segala puji hanya bagiNya..
Syukur atas anugerahnya, dengan izinNya..kami sekeluarga menerima kehadiran seorang lagi permata dalam keluarga kami.. Faiz Nasrullah.. my 14th babies..he2.2nd children of my sis.


InsyaAllah, ana juga bakal menerima kehadiran anak saudara baru beberapa minggu lagi (the 15th one!). Semoga semua dipermudah dan dalam perlindunganNya.My sis in law is having oblique lie, breech presentation.Hope everything will be okay.Ameen..
Cuti CNY baruni, jadi baby sitter yang penuh berdedikasi..he2.Mandikan baby,change the pampers,taking care of the brother and keep everything in good condition.
Abang faiz, Aizat Naseef aka "ijat" masih in adaptation untuk menerima kehadiran saudara barunya.Lagipun ijat masih berusia 1 1/2 years, still growing and active..Fuh,penat menjaganya.


Alhamdulillah, cuti baruni, dengan kepulangan ana dan my youngest brother(Pak Su),sekurang2nya dapat meringankan beban ibu dan ayah (grandpa and grandma) yang selama ini menjaga dan melayan keletah cucunya....bila tiba masa nak pulang ke kampus, ibu ana masih berkira2 agar ana pulang lewat ke kampus..ana faham hati seorang ibu, tapi apakan daya, perjuangan ilmu ini masih perlu diteruskan..
Emm..seronok ada anak saudara ramaini..melihat mereka membesar didepan mata.tenang hati melihat wajah mereka, senyuman mereka, keletah mereka.Subhanallah..Maha suci allah yang menghadirkan perasaan kasih sayang ini..
Tuesday, December 25, 2007
My day 3 in Hari Raya
Bismillahirrahmanirrahim
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.”
“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya,
yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”

Hari ini masuk hari raya ke3, dan ini bermakna juga cuti raya ana dah abis. Ana bertolak awal dari rumah walaupun di rumah diadakan makan tengahari bersama (maybe boleh disebut as gathering family)..janji harus ditunaikan.. have a promise with sahabat2 to go for reunion. Perjalanan dalam bas yang selalu mengambil masa 1 jam berlanjutan sehingga 2 jam lebih kerana keadaan jalan raya yang agak sesak.Alhamdulillah, sempat juga sampai pada masa yang ditetapkan.
Syukur, majlis berjalan dengan baik. Dapat juga menyubur kembali ukhwah yang telah lama terjalin. About 5 years tak bertemu. Kini, masing2 dengan anugerah dan tanggungjawab tersendiri.Kebanyakan sudah berkerjaya.. Cemburu juga rasa hati melihat sahabat2 yang sudah punyai pendapatan sendiri, sekurang2nya dapat membantu keluarga dan menginfakkan sebahagian pendapatan sendiri ke jalan Islam malah dapat turun ke medan perjuangan yang sebenar.Emm.. namun, semua ini tidak membataskan ana selaku anak dan pelajar untuk tetap berkhidmat kepada ibubapa dan agama kan? (walau kadang2 terasa sedih apabila ibuayah sering menyatakan harapan mereka untuk melihat ana berjaya. Doakan anakmu direzkikan kejayaan!!).insyaAllah, berkhidmatlah dengan sesuai dengan keupayaanmu.."Jagalah Islam di penjuru2 mu masing.."
"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara.. "(ayat10)
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami teah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."(ayat 13)
Hati juga cukup tenang apabila majlis ini masih berakhir dengan penutup yang baik. Mg ia menjadi titik permulaan menuju matlamat kehidupan kita sebenar.. menyebar dakwah Islami! InsyaAllah..
Allah ghayatuna!!
(InsyaAllah, bertemu lagi di reunion seterusnya.. 5 years later??..InsyaAllah)
Sunday, October 21, 2007
Selamat Hari raya
Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.Kaifa halukum shbt2 di alam maya sekalian? Harapnya belum terlambat untuk diri ini mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua. Bagaimana dengan hari raya antum pada tahun ini? Setiap dari kita, pasti mempunyai makna tersendiri pada hari raya. Mungkin hari raya adalah hari berkumpulnya sekalian ahli2 keluarga, hari bermaafan sekali setahun, hari makan kuih raya, hari ziarah sahabat dan lain2 lagi..walau apapun makna yang ditafsirkan, mg kita turut menafsirkannya dengan nilai iman..
Raya ana tahun ini, bukan semua adik-beradik ana dapat pulang. Berayalah kami-ibuayah, ana, my youngest brother and my sister's family. walaupun begitu, kemeriahan raya tetap dirasa. Tautan kasih sayang tetap subur dijiwa.. sekalipun yang berada jauh dibatasi lautan(he2, kat sabah je),melaui teknologi kini, yang jauh pun dapat berhubung..itulah kelebihan ilmu teknologi kan? alhamdulillah.
Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka rayakan. Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha”(HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi)
Friday, September 21, 2007
Hati seorang anak

Terima kasih ayah, kerana mengubat hati anakanda ini.Terima kasih atas kasih sayang ini..Rindu untuk pulang ke rumah kasih sayangku.Tempat yang memberi dapat memberi tenangku, semangatku,dan bahagiaku. Alhamdulillah, segala puji hanya bagiMu..
Saturday, August 04, 2007
Friday, June 22, 2007
Doa+usaha+tawakkal
~Isnin,18 Jun 07..1 day before imtihan~
1 message received
"dan bagi setiap orang akan mendapat darjat2 sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.. tidaklah Tuhanmu lalai dari apa yang mereka kerjakan"
(Surah Al-An'aam:ayat 132).
"Dan sesiapa yg bersungguh2 maka kesungguhan itu adalah utk dirinya sendiri. ssungguhnya ALLAH Maha Kaya, tidak memerlukan sesuatu dari alam semesta"
(Surah Al-Ankabut:ayat 6).
Peringatan utk diri yang sering lupa..
Sent by :Mujahidah 18-june-07 10.18pm
Reply
"Subhanallah indahnya kalam dari Tuhan, menjadi penghibur hati ini.. jazakillah shbt."
from :khoir 18-june-07 10.45pm
------------------------------------------------
~Khamis,21 Jun 07..1 day after imtihan~
Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana ats limpah rahmatMu, Kau izinkan kami untuk menghadapi imtihan ini.InsyaAllah, hambaMu telah berusaha sedaya yang termampu,namun kami hanyalah hambaMu yang lemah lagi dhaif..dan kepadaMu kami tetap mengharap. Mg dikurniakan apa yang terbaik buat kami. Ameen..
My little mujahid, Amsyar. Thanks for the advice my cute boy..=)
Monday, June 04, 2007
Masih disini..
Assalamu'alaikum wbt buat pengunjung laman maya sekalian.
Sama2 kita lafazkan ALHAMDULILLAH dan menyatakan kesyukuran di atas peluang meneruskan perjuangan kehidupan, di atas nikmat ISLAM dan IMAN dalam diri.. Smg diri kita terus terpelihara dari virus2 yang boleh menggugat iman dan aqidah diri..terpelihara dari sifat wahan (cintakan dunia)..
Diri ini masih disini.. meneruskan perjuangan kehidupan.. menuju destinasi yang abadi..
Meneruskan perjuangan in paedatrics posting for 3 weeks..Doakan mg diberikan yang terbaik buat diri ini dan shbt2 disini
PERJUANGAN tak pernah putus kerana diikat rantai keimanan..
MUJAHADAH tak pernah keseorangan kerana diikat rabitah hati..
Perjuangan tak pernah sudah hingga ke JANNAH!!
Mujahid-mujahidahku..
My nephews and nieces
Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara:
mencintai Nabimu, mencintai ahlul baitnya, dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya.
Mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.
(HR At-Thabrani).
Saturday, May 26, 2007
Back home.. rumah kasihsayangku..
Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah, dengan izin Allah, diberi peluang untuk bercuti buat beberapa hari. Andai ada peluang dan diizinNya ingin bertemu shbt2 lama. After about 1 week holiday, ana bakal kembali ke kampus meneruskan perjuangan in paedatrics posting for 3 weeks. Mg segala urusan dipermudahkan Allah..InsyaAllah..
InsyaAllah, ingin pulang ke rumah kasihsayangku hari ini..bertemu mereka yang disayangi. Smg Allah snts melindungiku walau di mana jua ku berada..
Beberapa hari blog ini akan kekosongan.. Sebelum holiday, ana sertakan sebuah kisah teladan buat renungan bersama..
Di hadapan umahku..
Sunday, May 13, 2007
Mutiara hati kami..

Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
"Ya Allah, bahagiakn ibuku dengan cintaMu, gembirakan hatinya dengan kasihsayangMu, selamatkan ibuku dengan perlindungan dan jagaanMu di dunia dan akhirat. Ameen..
Ana uhibbu ummi..Sayang ibu.."
~nik~

Monday, April 23, 2007
Rindu..
Syukur, si kecil Faqeh tidak banyak meragam. Baik budaknya, jarang sekali menangis. Mungkin memahami keadaan ibunya dan ayahnya yang jauh di sabah. Kagum dengan kakak iparku yang disayangi, tabahnya sebagai seorang isteri, seorang ibu.. sekalipun berada di tempat orang, demi kasih sayang pada keluarga, segalanya dihadapi dengan hati tenang. Hanya pada Allah tempat bergantung. Mg semua dalam perlindunganNya.
Just miss my family a lotttt... Rindu ibu dan ayah. Dan air mata ini akan menitis mengingati insan2 tersayang ini. Homesickkah diri ini?? mungkin ya mungkin tidak. Tapi, yang pasti air mata ini jatuh kerana rindu pada sebuah anugerah Tuhan yang cukup besar dalam hidup manusia.. iaitu kasih sayang..



