Showing posts with label Jihad fi sabilillah. Show all posts
Showing posts with label Jihad fi sabilillah. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Allahuakhbar!

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Hati ini tergamam dan airmata ini tumpah melihat gambar ini..
Melihat umat Islam bersatu untuk kedaulatan Islam..



" Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.

Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.

Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.

Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.

Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.

Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.

Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.

Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.

Segalanya, ameen untuk semua itu! "


~Artikel Malam Ini Kita Semua Adalah Misri!
Tulisan Ustaz Hasrizal~



p/s: Alhamdulillah,syukur atas kemenangan di Mesir dan syukur adik yang dikasihi juga selamat sampai. Moga iktibar perjuangan di Mesir ini kita teladani bersama.Allahuakbar!

Saturday, February 05, 2011

Kebangkitan rakyat Mesir

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah
by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Tuesday, February 1, 2011 at 3:10pm

1. Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

2. Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

3. Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

4. Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?



5. Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

6. Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

7. Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

(Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.)
Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

sumber: Facebook TokGuru

p/s: Mendoakan keselamatan adik yang dikasihi di sana dan mendoakan semoga kedaulatan Islam akan tertegak di bumi Mesir.. Allahuakbar!

Thursday, January 08, 2009

Doakan saudara2 kita..

Doa qunut nazilah




Semangat Mujahid!


Mari kita terus menyumbang, juga berdoa dan solat hajat untuk saudara2 kita..

p/s:klik untuk gambar yang lebih jelas. kredit for iluvislam.com

Thursday, January 01, 2009

Jika engkau Cinta


"Katakanlah (Muhammad):
Inilah jalanku,
aku mengajak kalian kepada Allah dengan basyiroh,
aku dan pengikut-pengikutku,
Maha Suci Allah!
dan aku bukan termasuk orang-orang yang musyrik."
(Surah Yusuf:108)

Jalan dakwah panjang terbentang jauh ke depan,
Hujungnya bukan di usia,
Bukan pula di dunia,
Tetapi Cahaya Maha Cahaya,
Syurga dan redha Allah,
cinta adalah sumbernya,
Hati dan jiwa adalah rumahnya.

Pergilah ke hati-hati manusia,
ajaklah ke jalan Rabbmu,
Nikmati perjalanannya,
Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana,
Dan jika seseorang mendapat hidayah keranamu,
Itu lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah faham,
Mengerti tentang Islam,
Risalah anbiya dan warisan ulama,
Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya,
Seperti Mughiroh bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ikhlas menghiasi hati,
Memotivasi jiwa untuk berkarya seperti kata Abul Anbiya,
”Sesungguhnya solatku, Ibadahku,Hidupku,Dan matiku semata bagi Rabb semesta”
Berikan hatimu untuk Dia,
Katakan "Allah Ghayatuna"

Jika engkau cinta maka dakwah ialah amal,
Membangun kejayaan ummat bila saja di mana saja kamu berada,
Yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan,
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan,
Al ishlah wa taghyir,
Dari diri peribadi,
Keluarga, masyarakat hingga negara,
Bangun aktivitas secara tertib untuk mencapai kejayaan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah jihad,
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan,
Tinggikan kalimat Allah rendahkan dugaan syaitan durjana,
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan dan berpangku tangan.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah taat,
Kepada Allah dan Rasul, Al-Quran dan Sunnahnya serta orang-orang bertaqwa,
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah,
Kerana nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah adalah tsabat,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan,
Buah dari sabar meniti jalan,
Teguh dalam barisan,
Istiqamah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan,
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tajarrud,
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan,
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau,
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya selingan.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah tsiqoh,
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan,
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan jundunya,
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya,
Kerana inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah.

Jika engkau cinta maka dakwah ialah ukhwah,
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan,
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia,
Utamanya mukmin mujahidin,
Lapang dada merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya,
Dan Allah yang mengetahui menghimpunkan hati-hati para da’i dalam cintaNya,
Berjumpa kerana taat kepadaNya,
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah,
Saling berjanji untuk menolong syariatNya.

InsyaAllah.
ALLAHUAKBAR!

Friday, December 26, 2008

Inspirasi perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim

1) "Cinta di rumah Hasan al Banna", ditulis oleh Md. Lili Nur Aulia, terbitan Alam Raya Enterprise.


Sebuah buku yang mengisahkan tentang peranan seorang ayah di dalam sebuah keluarga. Imam Hasan Al-Banna, dalam kesibukan dan perhatian besarnya merancang kekuatan binaan umat di zamannya, dia adalah seorang ayah yang begitu besar perhatiannya pada anak2. Buku ini juga menunjukkan bahawa seharusnya tiada pemisahan antara keluarga dan dakwah, sekaligus menjawab pertanyaan, "Mana yang lebih penting, dakwah untuk umat atau membina keluarga?"

~ Sesungguhnya peletak dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan Al-Banna telah memberikan contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang da'ie, justeru orang terdekatnya. Jika dia seorang ayah, maka isteri dan anak2nyalah yang akan merasakan sentuhan pertama. Begitu juga apabila dia seorang ibu ~

2) "Sang Murabbi- Mencari Spirit yang hilang", terbitan Majelis Budaya Rakyat, Indonesia.


Menceritakan kisah perjalanan dan ketokohan seorang murabbi-Syaikh Tarbiyah Ustaz Rahmat Abdullah. Sinopsisnya boleh dibaca di sini http://sangmurabbi.com/ . Banyak manfaat yang diperoleh dari filem ini, tentang cabaran dan konsistensi dalam dakwah.

~ Allah memberikan ganjaran yang sebesar2nya dan darjat yang setingi2nya bagi mereka yang sabar dan lulus dalam ujian kehidupan di jalan dakwah. Jika ujian, cubaan yang diberikan Allah hanya yang mudah2 sahaja tentu kita tidak akan memperoleh ganjaran yang hebat. Disitulah letak hikmahnya yakni bagi seorang dai'e harus sungguh2 dan sabar dalam meniti jalan dakwah ini. Perjuangan ini tidak bisa dijalani dengan ketidaksungguhan, azam yang lemah dan pengorbanan yang sedikit ~

~ Di antara sekian jenis kemiskinan, yang paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam dan tekad bukan kemiskinan harta. Kemiskinan azam akan membawa kepada kebankrupan dari segi harta. Azam dan kemahuan yang kuat kelak akan membuat kita berilmu dan kaya. Tidak mungkin seseorang bisa keluar dari kejahiliahan dan memperoleh darjat tinggi disisi Allah tanpa tekad, kemahuan dan kerja keras ~

p/s: Hidup dalam perjuangan Islam.. Mg Allah thabatkan hati2 kita.. InsyaAllah

Saturday, November 29, 2008

Serikandi berjiwa pejuang



'Dan perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan berhenti kecuali ketika kedua-dua tapak kakinya itu telah menginjak pintu syurga'
-Imam Ahmad bin Hanbal-

Pejuang Islam tidak bercita-cita menjadi pejuang terhormat tetapi menjadi pejuang pemikir umat. Jiwa mereka, hidup dan akal mereka cerdas dipandu wahyu.. Moga mereka itulah ENGKAU.. Jadilah insan dari acuan Al-Quran dan Sunnah.
"Sibghatallah. wa man ahsanu minallahi sibghah. wa nahnu lahu 'aabidun."
"Celupan Allah, Siapa yang lebih baik celupannya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah" (Al-Baqarah: ayat 138)

p/s: Syukran kak, atas peringatan ini..

Friday, October 31, 2008

Jalan ini jalan Jauh


Kredit to SeniKehidupan

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad),
sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati,
dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh),
nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu;
tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.
Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata:
“Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”.
(Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri,
sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(At-Taubah:ayat42)

Thursday, September 25, 2008

Salam Perjuangan Mahasiswa



Persatuan Mahasiswa Islam USM Kampus Kesihatan.. Antara realiti atau fantasi? Sesungguhnya tiada yang mustahil dengan izin Allah. InsyaAllah..

FirmanNya yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah," kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan gembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu."
(Al-Fussilat:ayat 30)
p/s: Salam perjuangan mahasiswa, Bersama ke arah mahasiswa sejahtera!

Friday, September 12, 2008

Dalam ibadat puasa ada Bekalan..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur.. biiznillah, kita berpeluang bertemu lagi. Bertemu sebagai tetamu Ramadhan..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. Subhanallah, betapa besarnya kekuasaanMu Ya Allah, betapa pengasih dan penyayangNyaMu.. syukur kerana masih memilih diri ini untuk berada di dalam bulan keberkatan ini. Pada hari pertama berpuasa, terasa sebuah ketenangan dihati.. mungkin ini berkat sebuah bulan yang dilimpahi penuh dengan rahmatNya.

Kesempatan kali ini, ana ingin berkongsi ilmu dengan sahabat2 dari sebuah buku bertajuk "Bekalan di sepanjang dakwah" oleh Ustaz Mustafa Mashyur. Sesungguhnya jalan dakwah adalah jalan kehidupan seorang da'i kepada Allah swt... Dalam bermusafir dijalan ini, kita perlukan bekal agar terpelihara dari tergelincirnya kita dari jalan ini dan agar kita dapat meneruskan perjalanan menuju matlamat yang dicita2kan. Sesungguhnya bekalan yang terbaik ialah bekalan IMAN dan KETAQWAAN kepada Allah!!

"..dan dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik2 bekal itu ialah taqwa."
(Surah al-Baqarah: ayat 197)


Di dalam buku ini membicarakan beberapa perkara yang boleh kita jadikan bekal sebuah perjuangan.. diantaranya alquran, sirah, ibadat(solat, puasa, zakat, haji), qiamullail, zikir dan doa, mengikut sunnah, jihad fisabilillah, persahabatan dan amal salih.

InsyaAllah, sempena bulan Ramadhan ini, ana kongsikan hasil ringkasan pemahaman ana pada tajuk "Dalam ibadat puasa terdapat bekalan".



~Orang berpuasa itu akan mendapat pakaian taqwa yang merupakan perisai untuk mempertahankan diri. FirmanNya dlm surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud.. "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

~Puasa adalah ibadah yang istimewa kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah swt.

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Allah Azza wa Jalla berfirman : "Setiap amal anak Adam (manusia) itu membawa manfaat bagi dirinya sendiri kecuali puasa, karena puasa adalah untukKu dan aku sendirilah yang akan membalasnya.
Puasa itu adalah perisai. Apabila ada hari puasa salah seorang diantara kalian, maka janganlah ia berkata kotor dan gaduh. Jika seseorang memakinya atau memusuhinya, hendaklah ia mengatakan : "Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam genggamanNya, bau mulut orang yang sedang berpuasa bagi Allah lebih harum daripada bau minyak kesturi.
Orang yang berpuasa mengalami 2 kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Rabbnya karena besarnya pahala puasa".
(HR. Bukhari dan Muslim)



~Kewajipan berpuasa terikat pada bulan Ramadhan. Bulan ini seolah disebut sebagai syurga yang amat luas. Seorang muslim yang merentasinya umpama berjalan di tengah2 padang pasir KEHIDUPAN yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuh pelbagai fitnah, maka puasalah yang menjadi bekalan dan memberi kebaikan kepadanya.

~Di dalam bulan ini terdapat kebaikan yang banyak dan berganda. Pada bulan inilah Al-Quran diturunkan, dan pada bulan inilah terdapatnya malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jika kita mengetahui kebaikan bulan ini, nescaya kita mengimpikan agar sepanjang tahun dijadikan sebagai bulan Ramadhan!

~Pada bulan ini, pendampingan kita dengan al-quran akan bertambah, bertambahnya kita membaca, mengamal dan menghafal alquran.Inilah sumber bekalan yang sebenar. Kita juga akan melakukan qiamullail pada setiap malam selama sebulan. Dengan ini, ia membiasakan diri kita untuk melaksanakannya dan bersabar serta merasai kenikmatannya seterusnya menjalinkan hubungan berterusan, rasa khusyuk dan tunduk kepada Allah. Amalan iktikaf yang disunatkan, jika diamalkan juga akan medekatkan diri kepada Allah.

~Amalan puasa ini banyak kebaikan yang memberi bekal buat hamba2Nya.

1. Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati kepada Allah, kerana ia adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya.

2. Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad seterusnya akan membantu seseorang muslim untuk menegah diri dari melakukan perkara yang haram walaupun pada waktu2 lain selepas ini.

3. Puasa menghasilkan kesabaran. Ia akan membantu kita bersabar mengharungi halangan dalam jalan dakwah.

4. Puasa mendidik dan membendung anggota badan, lantas membentuk peribadi Muslim yang sebenar.

5. Puasa membentuk budi pekerti yang lemah lembut terhadap orang jahil. Sekiranya seseorang itu mencetuskan kemarahan, orang berpuasa itu akan cuba menahannya dan dengan lembut berkata: "Sesungguhnya aku berpuasa". Akhlak yang baik akan dapat dibentuk dan ia merupakan impak yang besar pada kemaslahatan dakwah.

6. Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan.

7. Semasa berpuasa, perut yang dikosongkan dan pemakanan yang dikurangkan akan menjadikan kedudukan roh itu lebih tinggi, hati menjadi jernih, lalu hijab dan tarikan duniawi akan terhindar dari diri.Hati akan menjadi terang dan nafsu pun bersedia untuk menjalani proses tazkiah yang akan melahirkan kebahagiaan dan keselesaan ruh dan perasaan taqarrub padaNya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui salur darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar. "
(Muttafaqqun 'alaih)

8. Puasa pada hari yang amat panas dapat mempersiapkan diri seorang Muslim dengan kesabaran dan kesanggupan mengharungi medan jihad, peperangan dan pertarungan dengan musuh atau menghadapi situasi sukar di dalam bidang dakwah.

9. Puasa mengajar seorang Muslim bergembira dengan taufik dan pertolongan dari Allah untuknya melaksanakan ibadat dan mengikhlaskan diri kepada Allah swt.

10. Puasa mengukuhkan pengertian jama'ah di dalam diri. Semua kaum muslimin diseluruh dunia berpuasa pada bulan ini.. sama2 merasai kebaikan puasa, lantas melahirkan perasaan kesatuan sesama Muslim.



~Rahmat Allah, dipermudahkan kita dengan membolehkan meninggalkan puasa sekiranya sakit atau bermusafir dengan menggantikannya atau membayar fidyah. Keringanan ini kerana Allah menyukai sesuatu yang baik buat kita, lantas Allah meringankannya sedikit sehingga kita tidak meninggalkannya langsung dan tidak mendapat kebaikan dan bekalan darinya.

~Puasa menghubungkan Muslim dengan alam semesta.. dimana dalam alam semesta ini wujudnya bulan..yang menjadi petunjuk untuk mengetahui permulaan Ramadhan dan Syawal. Dalam penciptaan Allah, ada tanda kebesaran dan kekuasaanNya!

~Puasa membiasakan Muslim menepati masa. Orang berpuasa akan meneliti waktu agar berbuka di awal waktu dan berjaga-jaga agar tidak makan setelah masuk waktu fajar.

~Puasa juga memberi kesihatan yang baik kepada jasad!

Sesungguhnya semua ini adalah bekalan dan kesan tarbiyyah dari puasa. Mereka yang benar niatnya dan berpuasa sebagaimana yang dikehendaki Allah dan diajar oleh Rasulullah akan senang melaksanakan ibadah ini.

Namun, pada hari ini, bulan puasa telah menjadi bulan menjamah dan memperbanyakkan makanan, juga menjadi bulan yang melekakan dan berjaga malam dengan perbuatan sia-sia. Keadaan ini tidak diredhai Allah dan RasulNya, jadi kita mestilah berusaha membetulkannya.


Semoga Allah swt memanfaatkan kita dengan Ramadhan dan bekalan puasa.. InsyaAllah..

Allahu'alam.

Monday, August 18, 2008

Jalan ini

Para petugas 'amal Islami mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalanNya.

Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang panjang dan jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara2 yang tidak diingini manakala neraka pula dilingkungi oleh perkara2 yang menarik nafsu.



Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh
mereka yang hidup dalam suasana mewah,
mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup.

Jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh
orang yang mementingkan kerehatan dan menurut runtunan nafsu,
orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan,
orang yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian,apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda..


Sesungguhnya jalan ini adalah
jalan pembersihan jiwa,
jalan penyucian hati dan pengawalan diri,
jalan kerahmatan dan kemuliaan,
jalan kesabaran dan ketetapan,
jalan kebebasan dan kehormatan,
dan jalan kebenaran dan keikhlasan.

Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang mukmin yang hati-hati mereka mempuhyai ikatan yang kukuh dengan Allah, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadaNya.

FirmanNya yang bermaksud:

" Dan (Ingatlah), Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah
telahpun menentukan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaaq, Ayat: 126).
Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

"Dan barangsiapa yang melanggar janjinya maka akibat perlanggaran itu akan menimpa dirinya dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah
akan memberi kepadanya pahala yang besar."
(Surah Al-Fath, Ayat: 10).


~Petikan dari buku Maza yakni intima'i lil Islam, Ustaz Fathi Yakan~

p/s: Semoga kita terpilih untuk terus thabat di jalan ini.. InsyaAllah

Thursday, August 07, 2008

Nahnu Ansorullah


Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan...
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan...
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan...
Walau perit mana pun perjuangan...
Sesukar manapun perjalanan..
Tabahkan hati..
Kuatkan diri..
Kukuhkan tekad..
Mara dalam perjuangan Islam..
NAHNU ANSORULLAH!!

Thursday, July 17, 2008


Hendaklah Kita Tetap Di Atas Jalan Dakwah

Hai saudaraku!
Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah
mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini.

Janganlah kita merasa jemu berjalan setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.

Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:

"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa". (Surah Al-Baqarah: 177)

"Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka dalam peperangan Uhud, bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa ada pahala yang besar. Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah syaitan yang menakutnakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman ". (Surah Ali lmran: 172-175)

"Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam
urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan". (Surah Ali Imran : 146)

Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga kita mati ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan; iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan berbahagia.

Waalahhu a'lam.
Allahu Akbar Walillahil Hamd.

~Petikan dari Buku Thariq Ad Da'wah, karangan Ustaz Mustafa Masyhur~

"Allahumma thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to 'atik"

Friday, May 16, 2008

Hari Nakbah Palestin

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya bertemu lagi di ruangan blog ini. Emm.. 15 Mei.. hari yang dikenali sebagai HARI NAKBAH PALESTIN. Apakah yang shbt2 tahu tentang hari nakbah ini? Alhamdulillah, ana juga berpeluang menambah ilmu berkenaan hari ini. Di sini ana pastekan sebuah artikel dari web iluvislam.com. Mg ada khairnya buat kita semua. Berilah doa buat saudara2 seIslam kita disana..

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

--------------------------------------------------------------------
6 Dekad nakbah Kita
http://www.iluvislam.com/
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin
(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)


Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.


Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?


~Allahummansur al-mujahideen fi kulli makan~

Wednesday, March 19, 2008

Alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Menjelang 08/03/08
Hati sedikit gusar.. bila mendengar desas-desus,bahawa negeri ini bakal bertukar kepimpinannya. Takut pada keadaan masa depan, andai apa yang dikatakan benar2 terjadi. Hanya doa sentiasa dilafazkan.. Doa qunut nazilah juga menjadi doa..
dan Pada hari khamis, saranan agar berpuasa sunat dan pada malamnya sama2 bangun untuk memohon doa pada al-Khaliq kerana sesungguhnya hanya padaNya di mohon segala pertolongan. sesungguhnya, tiada kuasa yang dapat menandingi Kuasa yang Maha Esa.. Allahuakbar!!

"Ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Pengasihani lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya, Engkau yang Maha berkuasa ke atas kami. Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami. Andai kemenangan itu ketentuanMu, jangan jadikan kami hamba2Mu yang leka dan alpa dengan kemenangan itu, sebaliknya jadikan kami terus kuat melaksanakan tanggungjawab yang diberi.Namun, andai kekalahan itu ketentuanMu, jangan biar kami berputus asa dan mengalah, sebaliknya jadikan kami hamba2Mu yang terus berjuang menyebar syiar Islam."








08/03/08
Alhamdulillah, awal2 pagi lagi, tanggungjawab telah dilaksanakan. Ya Allah, mudah-mudahan langkahku ini adalah sumbangan untuk Islam walau hanya sekadar pangkahan dari tangan.Nasihat agar membaca surah Al-Fiil, sehingga keputusan diumumkan.. Mg Allah memberi bantuan kepada pejuang2Nya..

Menjelang 09/03/08
Sambil2 menyiapkan tugasan, radio kecil menyampai berita tak lekang dari telinga, sambil hati terus berdoa. Menangkan Islam Ya Allah!! Pukul 3, badan&mata meminta untuk rehat dan alhamdulillah, hati telah tersenyum dengan sebuah anugerah Tuhan. Kelantan masih dapat dipertahankan. Alhamdulillah..

09/03/08
Semua yang ditemui pada hari ini bercakap tentangnya.. Tsunami yang melanda kepimpinan negara, membawa sebuah perubahan baru..

Benarlah kata2 Allah, sebagaimana firmanNya dalam surah Ali-Imran, ayat 26:
"Katakanlah: "Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang engkau kehendaki, dan engkau cabut kekuasaan itu dari sesiapa pun yang Engkau kehendaki.engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapun yang engkau kehendaki.Di tanganMu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. "

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji Rabbi!!

Masanya untuk mengisi kemenangan!!
Mg Allah beri kekuatan kepada pimpinan untuk melaksanakan syariat Islam!
ALLAHUAKBAR!!


Wednesday, March 05, 2008

Terus berjuang




Sesungguhnya dakwah yang benar ialah dakwah atau seruan supaya berpegang teguh kepada kebenaran, seruan kepada iman dan amal, seruan kepada jihad, rasa keterikatan dan kesabaran serta seruan kepada pengorbanan dan tebusan.

Adalah merupakan satu kebiasaan atau satu perkara bersifat tabi'e bahawa suara2 kebenaran itu menjadikan para pendokongnya terdedah kepada cabaran-cabaran dari para penjaja kebatilan dengan sikap mereka yang melampau, makar jahat serta tipu helah mereka.

~Maza yakni intima'i lil islam,pg 164~

-----------------------------------------------------------
Marilah kita amalkan doa Qunut Nazilah ini..

Gambar dari blog The Truth is Here

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan mereka,
Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka.
Wahai Tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang Maha Kuat,
Wahai Tuhan yang ada bersifat murka,
Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka..
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin.

Sunday, February 24, 2008

Menerajui


1. Cuti 2 hari seminggu
2. Cuti bersalin 60 hari
3. Pinjaman tanpa faedah
4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn)
5. Rumah Tiga bilik
6. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan
7. Papan Iklan Wanita menutup aurat
8. Maahad Tahfiz Sains
9. Bandar Raya Islam
10. Skim Takaful Warga Emas (percuma)

p/s: for clear image, bleh klik di Kelantan merintis perubahan

8 Mac 2008.. buatlah pilihan yang terbaik.. InsyaAllah, kemenangan itu pada yang Haq! Allahuakbar!

Tuesday, December 25, 2007

Teguhkan hati

Teguhkan hati,
tebalkan iman,
kentalkan pendirian.
Walau musim berganti,
walau ombak membadai,
walau apa jua rintangan datang,
perlu diharungi dengan berani.
Tebarkan sayap dengan kemas untuk menakluk alam agar diri tak tumbang.
Kibarkan bendera dengan cekap untuk menerobos dunia agar hati tak kecundang.
Apa jua tentangan yang datang,
apa jua halangan yang hadir adalah kematangan.
JIHAD FISABILILLAH!!

Sunday, November 18, 2007

Kebatilan pasti lenyap


Saudara,
kegelapan pasti hilang,
Fajar baru di alam maya akan menjelang,
Bukalah jendela hatimu merindui sinarnya,
Nun di sana terserlah kelihatan cahayanya.

Saudara,
Aku tidak jemu-jemu berjuang,
Tidak bisa senjataku buang,
Sekalipun gelita menekan jiwa,
Ku penuh yakin fajar menjelang tiba,
Suara darah ke telingaku bergendang,
Lantang mengarah,berjuang..berjuang!!

Kan ku bela agama Allah,
Maju terus yakin perjalananku ini,
Hingga kemenangan menaungi,
Atau bersemadi di pangkuan ilahi..

-Assyahid Sayid Qutb-
-------------------------------------------------------
Perkembangan terbaru dalam diari perjuangan Islam. BERSIH, Gelombang Kuning, 10 November 2007. Banyak laman2 web yang telah menerangkan tentang isu ini. Telitilah dan bukalah hati dan minda kita sekalian.Dan berdoalah agar kita semua dibuka pintu hidayah oleh Allah untuk melihat kebenaran yang sebenar..

"Kebenaran telah datang dan yang batil itu telah lenyap. Sungguh, yang batil itu pasti lenyap." (Al-Isra': ayat 81)

Maaf, ana tak begitu tahu tentang siasah islam, xbegitu pandai in interpretating the events and the ideas. Masih belajar..dan terima kasih pada yang sudi memberi tunjuk ajar..
But as a muslim, we should believe that siasah is part of Islam and do not separating the siasah from Islam. "Udkhulu fissilmi kaffah"

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ana mencadangkan bacaan2 dibawah
Laman web BERSIH
BERSIH:agar tanah airku terus bermaruah
Saya bukan ahli politik, tetapi..
Himpunan 100 ribu ummah
dan lain2


Bukalah hati.. Mg kita sekalian terus thabbat dalam perjuangan agamaNya..