Showing posts with label Nukilanku. Show all posts
Showing posts with label Nukilanku. Show all posts

Sunday, November 15, 2009

Di laut biru itu..


Suatu ketika dulu..
Di laut biru itu..
Di situ bermula..

Pada angin lembut yang menyapa..
Deru ombak yang berdesir..
Pemandangan indah yang menenangkan..

Ada hati-hati yang berkumpul..
Menyingkap hikmah penciptaanNya..
Ada hati-hati yang bertemu..
demi kasih mereka kepadaNya..
Membawa cita untuk mendaulatkan syariatNya..

Di situ..
Hatiku mula mengenali..
Sebuah ukhwah bertaut atas nama cinta padaNya..
Sebuah tanggungjawab diri bergelar khalifahNya..

Dan akhirnya..
dalam musafirku ini..
Di laut biru ini jua..
Hatiku ini bertemu kembali..
Sebuah naungan ukhwahfillah yang dicari..
Moga bersatu hati-hati ini..
Demi memikul amanah perjuangan agama suci..
Demi menggapai redha Tuhan yang diimpi..
insyaAllah..

Allahu rabbi..
Thabatkan hati-hati kami ya Allah..

Friday, February 06, 2009

Cemburu

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah ini di namakan perasaan cemburu?
Hatiku cemburu. Malah cemburu itu kadang mengundang tangisku..


Ana cemburu dengan pejuang2 Islam, yang suara jihadnya bukan ilusi atau kata2 semata2, namun mereka telah membuktikannya dengan realiti bahawa mereka sanggup mati untuk Islam. Lihat saja pejuang2 palestin. Mereka sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan bumi palestin, walau kehilangan keluarga, walau sekolah dan rumah mereka dimusnahkan. Subhanallah, betapa Allah telah memberikan kekuatan itu pada mereka. Tapi diri ini.. dikurniakan segala2nya.. kemudahan yang lengkap, keluarga disisi.. namun tetap leka.

Ana cemburu dengan seorang sahabat, yang di dalam hatinya hadir kecintaannya pada Allah. Setiap perbuatannya selalu dimulai dengan nama Allah dan doa padaNya. Langkahnya penuh tawadduk, tak pernah ku lihat dirinya gelisah. Melihat wajahnya cukup menenangkan hatiku, umpama pantulan nur dari hatinya. Tapi diri ini.. hati ini harus diingatkan terlebih dahulu, baru bersungguh menjadikan amalan mengingatiNya supaya sentiasa hadir.. oh, ana seorang yang selalu alpa.

Ana cemburu dengan seorang kawan, ilmunya penuh di dada. Ana dapat lihat kesungguhannya dalam menuntut ilmu. Kami belajar bersama, namun kenapa diri ini tidak mampu bersungguh, tak mampu menggarap ilmu dengan sebaiknya?.. Ana tahu Allah suka pada hambaNya yang bersungguh tapi ana masih lemah.. ana harus lebih berusaha. Bukankah yang dinilai itu adalah usaha bukan keputusan dari usaha, kerana semua itu milik Allah.

Oh, adakah ini perasaan cemburu?
Ana cemburu.. namun bukan cemburu membuta tuli. Ana cemburu apabila melihat sifat kebaikan yang hadir pada seorang insan. Kerana bukan mudah untuk beroleh sifat mahmudah. Ya setiap kita punya kelebihan dan kekurangan. Namun untuk menjadi hambaNya yang disayangiNya, usaha itu perlu. Perlu berusaha agar mazmudah tidak bersarang di hati, agar mahmudah itu yang menghiasi diri. Ana tidak mahu cemburu tidak bersebab, namun biar cemburu ini menginsafkan diri.. Mereka telah berjaya, berjaya setapak semakin dekat dengan Allah dengan sifat kebaikan mereka, namun diri ini masih ditapak sama, malah khuatir jika semakin jauh.



Biar cemburu ini menjadikan diri ini lebih berusaha agar menjadi hambaNya yang lebih baik. Bukankah kita semua ingin menjadi hambaNya yang di kasihi Allah? Itulah kelebihan meletakkan sesuatu demi kecintaan pada Allah. Kita takkan bermusuhan dengan seseorang yang turut sama mencari cinta Allah, yang turut sama ingin memperjuangkan agamaNya, malah akan turut sama saling mengingatkan agar meningkatkan diri supaya impian mendapat redhaNya milik bersama.
Namun, andai kita meletakkan kecintaan pada dunia dan manusia sebagai matlamat atau tujuan, pasti cemburu dan permusuhan itu penuh dendam. Moga dijauhkan dari Allah dari cemburu dan hasad seperti itu..

Ya, benarlah cinta padaNya itu yang hakiki..
Ayuh diriku, ayuh sahabat2.. kita sama2 tingkatkan diri, menjadi hambaNya yang lebih baik!! Moga kita sama2 dapat berpimpinan tangan ke syurgaNya. InsyaAllah. (Alangkah indahnya andai impian ini dapat dikecapi...)

p/s: salahkah cemburuku ini?

Wednesday, October 22, 2008

Rindu pada permata hatiku


Malam ini ada hati merindu..
Rindu yang selalu bertamu,
Membuatkan jiwa ingin selalu dekat denganmu,
Membuatkan diri ingin selalu pulang ke pangkuanmu.

Malam ini ada air mata mengalir..
Tatkala mengenang
harimu yang selalu sepi,
Pabila permata-permata hatimu jauh disisi,
Demi mencari rezeki dan menimba ilmu.
FirmanNya dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Ibu ayah,
betapa diri ini amat menghargaimu..
atas segala yang tercurah padaku,
kau membelaiku dengan kasih sayang,
kau siramku dengan doa harapan.

Ibu ayah,
betapa diri ini amat mengasihimu..
ingin ku jadi penyejuk matamu,
sentiasa mendampingi dan membahagiakanmu,
walau di hari tuamu..

Ibu ayah,
maafkan anakmu,
andai ada rajukku, jika ada silapku,
inginku kucium tanganmu,
inginku kukucup pipimu,
FirmanNya dalam Surah Al-Isra' ayat 23-24 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan,
supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan “Aah”,
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah: “Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Ibu ayah,
ku akan sentiasa merinduimu,
sentiasa mendoakanmu,
agar dirimu sentiasa dilindungiNya
dalam perjalanan hidup ini,
jua agar kita sama2 beroleh bahagia
menyambung kasihsayang ini disyurgaNya kelak..
InsyaAllah..
FirmanNya dalam Surah Ar-Rad, ayat 23-24 yang bermaksud:
"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya
bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh
dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka;
sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu."

"(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."




p/s: menerima panggilan ayah dan juga kakak pada hari ini menyebabkan hati begitu rindu pada ibu ayah. Menitis air mata ini apabila mengingati mereka. Doakan anakmu yang masih dalam perjuangan ilmu ini..insyaAllah, moga diizinNya, ingin pulang ke rumah kasihsayangku selepas imtihan minggu hadapan. .. chek, k.nik nak balik umah :(

Sunday, May 18, 2008

Dari hati seorang muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum shbt2 pengunjung sekalian..
Alhamdulillah.. marilah kita perbanyakkan syukur padaNya atas segala anugerah dariNya.

Emm..walaupun ini saat2 terakhir sebelum bercuti (hehe, actually x ada istilah cuti for medical students), masih berpeluang untuk menghantar entry. Sudah lama ingin menghantar entry tentang perkara ini, tapi xberpeluang. Namun, message dari seorang adik dan shbt tersayang baru2ni membuatkan ana teringin jua untuk menulis tentangnya. Alhamdulillah, diberi peluang olehNya untuk menulis.. entry ini juga sebagai hadiah buat shbt2 muslimat yang dikasihi sebelum ana bercuti!!

----------------------------------------------------------------------
Catitan 1 (Buat Adikku yang dikasihi)

Adikku,
Ingat kah dirimu pada hadis yang cukup dikenali buat muslimat, yang berbunyi..

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" (Hadis riwayat Muslim).



Ya, menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Perhiasan yang di jaga Allah ini, bukan sebuah perhiasan yang dipamerkan kecantikannya untuk tatapan manusia tetapi sebuah perhiasan yang tersimpan rapi dalam jagaan Islam.

Jadilah bunga yang indah berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadi bunga
yang hanya indah tetapi sayang tidak berduri.
Duri mawar itu ditasybihkan
dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'.




Jagalah auratmu, perhalusi akhlak muslimah mu, pertahankan al-haya'(sifat malu) dan tampilkan ketegasanmu. Secara zahirnya pasti kita semua tahu apa yang telah diwajibkan kepada kita.. namun hanya iman yang menentukan adalah kita melaksanakan perintah Allah sebaik2nya. Al-Haya' iaitu sifat malu adalah sebuah benteng pertahanan maruah kita yang telah dihadiahkan oleh Allah buat mereka yang bergelar wanita. Peliharalah ia sebaik2nya.. kerana tanpa sifat itu, maka pelbagai kerosakan yang boleh berlaku pada kita.

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka keduanya akan hilang." (Hadis riwayat Baihaqi)

"Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga dan sebaliknya adalah membawa ke neraka." (Hadis riwayat Bukhari).

Adikku,
Katamu wanita adalah fitnah dunia.. oleh itu, marilah kita perbaiki diri dan menjaga diri agar kita tidak menjadi bahana itu kepada dunia. Sesungguhnya segalanya bermula darimu.. tegakkanlah Islam dalam dirimu, insyaAllah akan tertegaklah Islam di sekelilingmu. Pasti adik tahu, tanggungjawab mengamalkan Islam itu bermula dari diri kita, lalu akan sampai kepada keluarga, masyarakat dan seterusnya pada sebuah negara.

"Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita."

Ya, pastinya dalam menjalankan amanah sebuah kehidupan, sebagai penuntut ilmu, sebagai da'ie.. pasti kita tidak lari dari keperluan berikhtilat. Usah khuatir, kerana Islam itu tidak jumud, dibolehkan kita untuk berikhtilat pada beberapa perkara iaitu dalam menuntut ilmu, jual beli, membuat amal islam dan amal perubatan.

Namun, jangan sesekali kita menyalahgunakan perkara yang dibolehkan ini. Jaga dirimu dik.. ya, muslimat itu lembut hatinya, namun tegas dalam mempertahankan syariat Islam. Ikhlaskan hatimu dik.. jangan biarkan hasutan syaitan meluputkan pahala kebaikan yang kau cari.Adakalanya keperluan dan tanggungjawab memerlukan kita bermusafir sendirian. Namun, sebaik2 muslimah adalah apabila musafirnya berteman mahram. Seandainya keperluan memerlukan, bertawakkallah pada Allah dan mohonlah perlindungan dariNya kerana hanya Dia sebaik2 pelindung. Lafazkan doa "bismillahitawakkal tu 'alallah" dalam setiap permulaan langkahmu dan berdoalah semoga Allah melindungi dirimu dari bahaya dan fitnah.

Ingatlah wahai adikku, keluarnya kita dari kepompong rumah bukan untuk mencari murkaNya namun atas tuntutan agama.

Adikku,
Tundukkan pandanganmu. Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudNya:
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.(An-Nur: ayat 32)

Katamu wanita yang baik ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat dirinya.. ya, itu benar dik. Lantas bagaimana untuk mendapatkannya? Segalanya bermula darimu.. tundukkan pandanganmu, nescaya Allah akan menjagamu dari pandangan lelaki. Pastinya seorang lelaki akan malu untuk memandang seorang muslimah yang tunduk hatinya. Usah khuatir pada jagaan Allah seandainya kau menjaga dirimu. Ihfadzillah, yahfazdka!

Marilah kita teliti sirah2 muslimat dalam kehidupan Rasulullah, juga pejuang2 muslimat yang tegak mempertahankan Islam. Ya, mungkin kita xselayaknya untuk menjadi seperti mereka, namun cukuplah andai kita mencontohi mereka. InsyaAllah.. terakhirnya akak sampaikan sebuah kata2 agar menjadi inspirasi untuk kita mencontohi dirinya jua..

Duhai sahabiah, puteri2 harapan Islam. Ayuh contohi peribadi Fatimah Az-zahrah.
subhanallah, keberkatan mengiringi kehidupannya,
hati tak lekang gemersik syukur,
lidah tak putus mengalun tasbih,
kaki tak henti mengisar gandum,
tangan terus menghayun buaian...
hasil didikan ayahanda tercinta, Rasulullah saw habibullah.
Mudah2n gelaran serikandi mujahidah menjadi milik kita,
menjadi ummi kepada bakal para mujahid wa mujahidah.
InsyaAllah, jika Allah izinkan.
Tarbiyyah membentuk peribadi,
masa kan terus berlalu, zaman sentiasa berubah,
namun syariatNya tetap sama.
Ayuh, berusaha menjadi muslimah solehah!


Catitan 2 (buat sahabatku yang disayangi)

Shbtku,
Ku berikan namamu "Teman Sejati".. masihkah ukht ingat akan nasyid yang selalu kita alunkan? "Selama ini kumencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan ini". Oh, siapa sangka hadirmu membawa diri ini mengenali apa itu sebenarnya ukhwah.Kita berjauhan, namun Allah dekatkan hati kita. Cerita mu adalah ceritaku dan begitu juga sebaliknya. Tatkala diriku bersedih, kau datang memberi semangat buatku. Nasihatmu selalu menemaniku. Ya, kerana itu kau umpama cermin bagiku.. Sering kau katakan bahawa diriku lebih baik darimu.. namun, hakikatnya diriku banyak kekurangan malah sedikit kelebihannya wahai ya shbt. Tapi, dalam kelebihan dan kekurangan itu kita tetap bersama kerana bukankah persahabatan ini untuk saling melengkapkan?

Shbtku,
Ku tahu hatimu resah, tatkala dirimu meminta nasihat dariku. Dalam hidup ini, akan hadir saat2 dimana kita perlu membuat pilihan. Namun kita sering khuatir, adakah pilihan itu yang terbaik buat diri kita. Sukarnya membuat sesuatu keputusan, terutamanya yang bakal menentu perjalanan kehidupan kita. FirmanNya yang bermaksud:

"..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:ayat 216)

Ya, "Wallahu yaklam, wa antum taklam." Jadi kepada siapa lagi harus kita sandarkan, melainkan pada Dia yang menciptakan kita! Dia jua yang telah menetapkan takdir buat kita di Lauh Mahfuznya dan takdir Allah itu begitu sempurna buat hambaNya.
"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang di janjikan kepadamu." (Adz-Dzariyat:ayat 22)


Malah Allah telah menetapkan beberapa panduan untuk kita pilih.

"Dikahwini seseorang itu kerana empat perkara, harta, kecantikan, keturunan dan agama. Maka pilihlah yang beragama, nescaya beruntung diri."

"Pesan Abu Hurairah r.a. kepada puterinya: 'Pilihlah bakal suamimu orang yang bertaqwa kerana jika dia suka kepadamu, dia mendoakan kebaikan untukmu. Jika dia tidak menyenangimu, dia tidak akan berlaku zalim terhadapmu'

Teruskan doamu sahabat, memohon belas kasihan dariNya agar ditunjukkan jalan yang benar. Sahabatmu ini hanya boleh memberi nasihat sekadar mampu kerana segalanya adalah terletak padamu.. hasil dari petunjuk Allah buatmu. Adakah yang hadir itu benar, adakah masa yang tiba itu sesuai, adakah diri bersedia memikul sebuah tanggungjawab ataupun semua ini sekadar ujian dariNya buat diri? Pasrahkan hatimu memohon padaNya kerana mereka yang berdoa dengan ikhlas akan dimakbulkan doanya. InsyaAllah. FirmanNya yang bermaksud:

"Dan Tuhanku berfirman, "Berdoalah kepadaku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.." (Al-Mukmin:ayat 60)

Shbtku,
Saat ini, mari kita sama2 terus berusaha.. berusaha berdoa dan memperbaiki diri. Melengkapkan diri dengan ilmu, untuk menjadi amal kelak. Bukankah kita yakin pada janjiNya sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. (An-Nur:ayat 26)


Sekiranya kita melakukan sesuatu kerana Allah, pasti akan ada jalanNya. Jadi sandarkanlah jua urusan ini kerana Allah pasti hatimu akan lebih tenang. Bukankah kita ingin menyahut tuntutan ini kerana ALLAH dan RASULNYA? Ya, itu matlamat utama kita. Menyambung sebuah kesinambungan dakwah agar generasi kita menjadi rantai2 perjuangan. Menjadi sayap kiri perjuangan, dan menjadi ummi buat bakal rijaluddin. Maka, mari kita pelihara diri sebaik2nya dan kembali kepada syariat Islam. Usah terpedaya dengan hiasan2 dan bunga-bunga dari syaitan yang selalu berusaha menjatuhkan sebuah iman dalam hati.

Teringat sebuah kata2 dari sebuah novel Islamik

"Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia. Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya."

Sebuah doa, sebuah pengharapan.. diberikan HANYA padaNya.. Moga dirimu bertemu kebaikan.. InsyaAllah..

"Ya Allah, aku memohon akan Engkau memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya Allah. Aku memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahan Engkau yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Berkuasa, sedang aku tidak tahu, dan Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini baik bagiku, bagi agamaku, bagi penghidupanku, dan baik pula akibatnya bagiku, mudahkanlah ia bagiku dan berikanlah keberkatan bagiku di dalamnya.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik bagiku, bagi agamaku dan penghidupanku, dan tidak baik akibatnya bagiku maka jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya.

Berilah kebaikan di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku orang yang redha atas anugerahMu. Ameen."

Wassalam..

~ikhlas dari nik_khoir 08~

---------------------------------------------

~Mengejar sebuah impian untuk mendapat Cinta dan RedhaNya dalam setiap urusan. Membina harapan untuk menjadi seorang mujahidah..
"Ya Allah, peliharalah kami sebagaimana Engkau memelihara wanita-wanita solehah. Ameen"~

p/s: entry ini hanya dari seorang hambaNya yang terlalu banyak kekurangan, yang masih belajar erti sebuah kehidupan. Ia bukan sekadar ditujukan buat seorang adik, atau buat seorang sahabat.. namun turut ditujukan jua buat diri ini dan shbt2 muslimat sekalian. Allahu'alam.

Beberapa gmbr2 ini diambil dari laman http://testi.iluvislam.com. Kredit for iluvislam dot com =). Ana juga mencadangkan bacaan2 berikut. Klik MUTIARA SOLEHAH

Tuesday, May 06, 2008

Hatiku untuk 'mu'

Hatiku untuk Perjuangan

Syukur kupanjatkan padaMu Ya Rabbi,
kerana memilihku,
memberi peluang kepada hambaMu ini,
untuk bertapak dalam medan perjuangan ini.

Namun,
Dihatiku lahir kegusaran,
Terkadang jiwaku merintih,
Beriringan air mata jernih..

Ya Allah,
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini?
Dapatkah kutempuh dugaan mendatang?
Menempa onak duri yang bisa menggugah diriku?

Tapi,
Hatiku tekad,
Akanku teruskan perjuangan ini,
Biarpun badai menebar dugaannya,
Sekali ku melangkah takkan ku undur ke belakang,
Azam kuteguhkan, kusemat di sanubari,

Akan kuberjuang selagi diizinNya,
kerana kuyakin,
Allah sentiasa disisi perjuanganku,
kerana ku percaya,
ada janji indah Allah untuk pejuangNya..
Allahuakbar!!
~nik_khoir 06~

p/s: secebis nukilan tatkala diri ini mengenal.. apa itu sebuah perjuangan yang sebenar..

Sunday, April 27, 2008

Ana al faqirah

Wahai diriku..

Ingatlah, bahawa engkau hanya seorang hamba..
hamba kepada Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani..
Dia telah memberikan mu pelbagai nikmat di dunia ini..
Tidakkah kamu perlu bersyukur padaNya?

Ingatlah janjimu sewaktu di alam roh dahulu..
"...Allah swt berfirman, Bukankah Aku ini Tuhanmu?, maka mereka menjawab, Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.."
(Al-A’raf:172)

Penuhilah janjimu itu..
taatilah perintah Tuhanmu.
Jangan sesekali mengundang murkaNya.
Ingatlah tujuan hidupmu..
Hanya untuk mengabdikan diri padaNya.(AdDzariyat :56)

Perjalanan hidupmu didunia akan berakhir pada suatu masa yang telah ditentukan Tuhan..
Dan kau pasti akan kembali padaNya..

Buatlah pilihan sekarang..
ke syurga yang penuh bahagia
atau ke neraka yang penuh azab??

Andai syurga yang dipilih,
seiringkanlah impianmu dengan amalanmu dalam perjalanan hidup di dunia ini
kerana syurga itu hanya untuk hambaNya yang benar2 beriman...

Moga pengakhiran hidupmu dalam husnul khatimah.. Ameen..

p/s: masih berjuang menuju impian yang hakiki.. MARDHATILLAH. Ya Allah, kasihani hambaMu ini. Tunjukkan ku jalan kebaikan. Ameen

Wednesday, April 23, 2008

Tenanglah..

Bismillahirrahmainrrahim

Firman Allah swt dalam surah Al-Fath, ayat 4 yang bermaksud:

"Dialah yang menurunkan KETENANGAN ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan ke atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."


Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.


~Moga tenang hatimu,
setenang air sungai yang sentiasa mengalir.
Air itu tetap mengalir menghempas batu dan liku-liku
dalam perjalanannya menuju destinasi akhirnya iaitu laut.
Tetaplah dirimu jua tabah mengharung dugaan
dan kesusahan dalam perjuangan
demi menuju destinasi abadi iaitu
CintaNya!~
nik_khoir 08

Thursday, April 03, 2008

Ukhwah itu dihati


Sayang, kasih, rindu..
Segala-galanya hadir saat ini..
namun hakikat harus diterima.
bahawa apabila ada siang pasti ada malam,
ada suka akan ada sedih..
dan ada pertemuan akan datang juga perpisahan..

Hampir 5 tahun membina persahabatan..
Dari seseorang yang tak pernah dikenali,
hingga menjadi seseorang yang cukup bertakhta di hati..

Terima kasih Ya Allah,
Syukur ku padaMu..
kerana tanpaMu, kami takkan bertemu,
tanpaMu, ukhwah ini takkan wujud..
kerana sesungguhnya hanya Engkau yang memegang setiap hati manusia..

Terima kasih teman,
Syukranku padamu..
walau diri ini penuh kelemahan,
kau sudi menerimaku dengan seadanya..
walau kuterpisah di tengah laluan perjalanan,
kau tak pernah melupakan ku..

Saat itu akan tiba.. biarpun tidak diminta..
walau menitis airmata, walau perit hati terluka..
kerana segalanya telah termaktub dalam ketentuanNya..
biar kita berpisah di mata, namun di hati jangan dilupa ..
andai pertemuan tiada lagi buat kita,
berdoalah moga diizinNya untuk bertemu disyurgaNya nanti
.
InsyaALLAH..
~nik_khoir 08~

Ana sayang antunna sekalian..
Ya Allah, berkati kami..

Monday, December 10, 2007

Carilah pada DIA

Mencari sebuah ketenangan,
Sebuah bahagia..dalam sekeping hati..
Yang hanya diperoleh
Apabila dikurniakanNya kepada insan terpilih..
Maka, mengapa mencari tenang, mencari bahagia
Pada sesuatu yang tidak dapat memberinya
Carilah pada DIA.. Dia akan memberinya..
InsyaAllah..

Tuesday, November 13, 2007

Dia yang kukenali

Dia yang kukenali,
Sewaktu aku masih bertatih membaca ABC,
Takdir dariNya kami mengikat sebuah janji persahabatan,
Agar sentiasa bersama dalam apa jua,
Belajar bersama, bermain bersama, suka duka bersama,
Malah mengimpikan cita2 yang sama.

Kenangan sewaktu bersama
Cukup indah dimata, menjadi memori dijiwa,
Walau kadang2 persahabatan ini mengundang tangisan,
Tapi hati yang berduka tidak lama
Kerana disembuhkan dengan kasih sayangnya..

Ketentuan dariNya
Kami terpisah dalam laluan perjalanan
Dia di sana, aku tetap disini,
Dia memburu cita2 membangun anak generasi
Aku terus mengejar impian di sini..

Walau dipisah masa dan laluan
Doa tetap menjadi penghubung ikatan
Siapa sangka.. rahmat Tuhan mengatasi segalanya
kami dipertemukan semula
Dan pertemuan ini menjadi sungguh bermakna..
Apabila ikrar perjuangan agamaNya yang menyatukan kami


Benar kata2nya dahulu..
”Walaupun laluan kita tidak sama, mudah2n ada jalan yang matlamatnya tetap sama”

Akhirnya doa itu dimakbulkan Tuhan.. dan inilah harga yang dibayar setelah bertahun2 kami mengikat janji persahabatan.Akhirnya, kami bertemu dengan makna sebenar ukhwahfillah..
Alhamdulillah..

Saturday, August 18, 2007

Ikhlas kerana ALLAH

Ikhlas kerana Allah..
Mungkin senang diungkapkan
Tapi bukan mudah untuk diperoleh

Terkadang diri rasa terpaksa
Maka amalan dilakukan sedaya mungkin
Namun bukan lahir dari hati yang sudi
Tapi hanya sebagai pembebasan dari paksaan

Inikah nilai diri yang dicari?
Beginikah kesudahan diri?
Lantaran hati tidak ikhlas
Perasaan berdosa membelenggu diri

Wahai diriku
Meskipun amalan ditabur dengan paksa
Moga itu cuma permulaan seketika
Didiklah hati, pujuklah hati
Agar dapat mengenal erti keikhlasan

Berusahalah agar kilauan hati bersinar terang
Walau hakikatnya nilai hati yang ikhlas adalah kurniaan dariNya

Didiklah ia sebaik mungkin
Pohonkan rahmat dari Allah
Moga hati kecil ini terpilih
Untuk mengecap erti keikhlasan
Dan merasai manisnya iman..

InsyaALLAH

~alfaqirah ilallah, nik_khoir~

"Ya Allah,janganlah engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. "
(surah Ali Imran: ayat 8)

Wednesday, May 02, 2007

Impianku


Berada di sebuah lautan sepi,

Terkapai-kapai mencari di mana pulau ketenangan,

Arus ombak diredah dengan hati yang tekad,

Hanya untuk mencari impian sejati..

Tiba2 kulihat ada sinar menanti di hadapan,

Bergemerlapan cahayanya,

Menerangi sebuah lautan kehidupan yang selama ini suram,

Ya, Itulah cahaya yang kucari selama ini,

Itulah impian sejatiku..

Cinta ILAHI!!

(nik 07)

Tuesday, December 05, 2006

Buat diriku yang dikasihi



Bismillahirrahmanirrahim

Wahai Diriku, Renungilah ..






DIRIKU YANG KUKASIHI

Kutahu dalam perjuangan hidupmu
Mengharungi arus keremajaan ini
Terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
Hanyut dalam buaian perasaan
Yang tidak berkesudahan
Itulah fitrah orang muda

Dalam kesibukan menghadapi pelajaran
Tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat
Dirimu tetap tidak dapat lari
Dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
Benarlah usia muda banyak pancaroba
Kehidupan yang terlalu padat dengan emosi
Serta ilusi cinta dan cita2

Namun, jangan biarkan dirimu
Hanyut dek pergaulan yang tidak syara’
Kerana percampuran tanpa batasan itu
Hanyalah keseronokan palsu
Berusahalah muhasabah diri
Dalam mengatasi kegawatan akhlak
Serta jadilah seorang puteri
Yang tinggi nilainya di sisi Allah

Kekalutanmu menepis semua itu
Pastinya dianggap satu mujahadah
Yang begitu mahal harganya
Anggaplah itu sekadar seekor rama2
Yang singgah untuk mewarnai duniamu

Wahai diriku
Jangan diikutkan kata hati
Kerana hati yang beku dari mengingati Allah
Tidak mungkin menunjukkan jalan yang benar
Kembalilah semula pada asuhan dan didikan Allah
Serahkan sepenuh hatimu
Kerana disitulah tempatmu yang sebenarnya
Semoga disitu kaukan dapat membebaskan dirimu
Dari kemelut perasaan yang berpanjangan

-Petikan dari majalah Haluan-


Wahai diriku, peliharalah dirimu sebaik2nya dengan mengikuti syariat2 Islam sebagaimana yang telah ditetapkan Allah. Islamlah panduan kehidupan kita. InsyaAllah, sama2 kita berusaha ke arah kebaikan dan menjauhi perkara yang boleh membawa kemurkaanNya. Letaklah ALLAH s.w.t di tempat paling teratas dalam hatimu. Berikan sepenuh pengharapanmu padaNYA dan berdoalah dengan sepenuh hati agar diberi petunjuk kerana hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua ini adalah ujian dariNYA untuk kita. Yakinlah dengan janji Allah s.w.t sebagaimana dalam firmanNya dalam surah An-Nur, ayat 26 yang bermaksud :

“... dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.

Yang penting wahai diriku, mohonlah petunjuk hidayah hanya dari ALLAH s.w.t.
Dalam kita melepasi rintangan dan masalah hidup, ALLAH mengkehendaki kita supaya menambatkan pergantungan kepadaNYA. DIA yang menurunkan dugaan dan DIAlah yang menurunkan penyelesaiannya. Kita hanya hambaNYA yang lemah, yang jahil menilai apa yang baik untuk kita, hanya padaNYA kita berserah kerana hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2NYA.

Kata-kata terakhir buatmu... wahai diriku..

`Kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta ALLAH s.w.t penyuluh hidupmu.
Kelak, akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai ALLAH s.w.t sebagaimana cintamu terhadapNYA.’

Indahnya hidup ini bila segala-galanya hanya untuk ALLAH s.w.t
Teruskan mujahadahmu mencari cinta ALLAH ...
SUBHANALLAH ..


“Ya Allah, kekallah kami sebagai muslimah yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada mereka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ‘alamin.”

p/s: Surat ini bukan buat "diriku" sahaja.. tapi buat semua sahabat2 muslimat sekalian.. Mg ada manfaatnya.
Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia. Dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah...