Showing posts with label Ubat Hati. Show all posts
Showing posts with label Ubat Hati. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

Muhasabah Cintaku


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu










---------------------------------------------------
Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sedih dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMu dari lemah dan malas, dan aku berlindung kepadaMu dari pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berada di dalam perjanjianMu, ikrarku kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui banyaknya nikmatMu (yang Engkau anugerahkan) kepadaku dan aku mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau."


Ameen..

p/s: pengharapanku hanya padaNya, kerana Dia pemilik hambaNya.

Tuesday, June 12, 2007

La tahzan

~Jangan Bersedih~

‘Wahai manusia,
setelah lapar ada kenyang,
setelah haus ada kepuasan,

setelah berjaga malam ada tidur nyenyak
dan setelah sakit ada kesembuhan.

Setiap yang hilang pasti ketemu,
dalam kesesatan akan datang petunjuk,
dalam kesulitan ada kemudahan, dan

dalam setiap kegelapan akan muncul terang-benderang.

Sampaikan khabar gembira:

kepada sang malam hari;
bahawa si fajar akan datang mengusirnya,

kepada insan yang dilanda susah;
bahawa pertolongan akan hadir

sekilas cahaya mahupun
sepantas kedipan mata,

dan kepada orang yang dianiaya;
bahawa kelembutan dan dakapan hangat
akan segera tiba.

Ketahuilah, sungguh-sungguh;
setelah datang kesulitan tetap akan
muncul kemudahan.’

~’Aidh al Qarni~

Penghibur hatiku..


Firman Allah swt yang bermaksud:

"Maka sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanyalah pada Tuhanmulah engkau berharap."
(Surah Al-Insyirah:ayat 5-8)

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang2 mukmin untuk menambah keimanan mereka (yang telah ada)."
(Surah Al-Fath: ayat 4)


La tahzan, ALLAH ma'ana..

Tuesday, May 22, 2007

Akhlak umpama bunga


Found this lovely card..nice..like it =)

Wahai hatiku.. mg snts luhur dan suci..

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang hati dan amal kamu"
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)