Showing posts with label ISLAM is the way of life. Show all posts
Showing posts with label ISLAM is the way of life. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Rindu Baitullah

Bismillahirrahmanirrahim..

Rindu akan Baitullah...

"Rindu akan Baitullah bukanlah gemersik rindu yang dicipta.
Ia lahir dari hati yang ikhlas dan diri yang kerdil.
Pengakuan bahawa manusia itu hamba, pengakuan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan kita bakal dihimpunkan tanpa apa-apa.
Sesungguhnya setiap mereka yang pernah menjadi tetamuNya pasti memahami runtunan jiwa untuk kembali ke sana.
Rasa redha, syukur dan bahagia menyelinap-perasaan yang tiada galang ganti, tidak mungkin dapat dibeli atau diberi.."
Penulis buku 'Rinduku pada Baitullah' , Dr. Ridzwan Bakar.


Dan sesungguhnya hati ini juga sentiasa rindu untuk ke sana.. setiap kali berbicara tentang Baitullah atau berbicara untuk ke sana, pasti hati ini sangat mudah tersentuh dan air mata ini sangat mudah mengalir..

Ya Allah, hatiku ini terlalu rindu untuk menyahut panggillan ke rumah Allah.. rindu untuk merasai kedamaian dan ketenangan di bawah lindungan bumi barokah, di tanah perjuangan Nabi Allah..
Ku mohon padaMu sepenuh hatiku..rezekikanlah diriku untuk tiba di sana...


Ya Allah, permudahkanlah dan rezekikanlah..
Ameen..

Friday, August 24, 2012

Rebut peluang berganda!

Bismillahirrahmanirrahim

Subhanallah.. Hikmahnya cukup hebat.. ganjarannya seumpama berpuasa sepanjang tahun!

Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" 
(Hadis Riwayat Muslim)


Harini sudah memasuki hari ke 6 di bulan Syawal. Masa semakin berlalu. Ana menghitung-hitung hari yang bakal dilalui pada bulan ini, padat dengan urusan-urusan - 3 kursus, 1 program dan oncall. Masa harus dirancang sebaiknya, agar peluang amal ini tidak dilepaskan.

Moga direzkikan berpuasa enam, merebut peluang berganda dari Allah.

Ayuh sahabat, fastabikul khairat! 

Sunday, August 05, 2012

Sekecil itu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, badan sudah segar kembali setelah merehatkan diri. 28 jam berjaga tidak tidur, bekerja dari awal pagi hingga tengahari esoknya, hanya Allah yang memberi kekuatan untuk bertahan sekuat itu. Pastinya waktu itu sangat penat, namun tak dapat tidur. Hampir mahu menangis, namun siapa lagi yang akan membantu? Lalu oncall diteruskan juga, mungkin terpaksa, tapi kerana amanah dan tanggungjawab, setiap detik dilalui juga. Kerana diri ini sedar, amanah ini bukan amanah biasa.. amanah ini untuk melindungi dan menjaga kesihatan dan nyawa manusia. Allah jua sebaik-baik Pelindung hamba2Nya.

Di waktu itu cuma berharap moga setiap perbuatan yang dilakukan dinilai oleh Allah sebagai sebuah kebaikan. 
Menghayati firman Allah swt:


Maksudnya: " Maka barang siapa yg mengerjakan kbaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihatnya (dalam surat amalnya)." (Al-Zalzalah:7&8)

Sekecil itu setiap perbuatan kita dinilai. Dan pastinya diri ini mahu sekecil kebaikan itu menjadi milik diri ini bukannya sekecil kejahatan. 

 Malam ini sudah memasuki malam 17 Ramadhan 1433H. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan melaksanakan ibadah solat di masjid. Pulang dari solat, ana lihat anak-anak kecil menelusuri jalan di tengah malam. Ada berjalan berkumpulan, ada berjalan keseorangan. Berkopiah, bertudung dan memikul beg pakaian solat. Rasanya mereka dari masjid selepas solat. Entah ke mana mereka menuju. Mereka berani meredah malam yang gelap tanpa orang dewasa di sisi mereka. Dan ana bangga, insan sekecil mereka turut berusaha membuat kebaikan. Kita yang sudah dewasa ini bagaimana? :)


InsyaAllah, moga diri ini lebih kuat berusaha mengamalkn kebaikan walau sekecil cuma, dan meninggalkan kejahatan walau sekecil mana! 
Azam harus diteruskan.. Mujahadah menuju Taqwa yang dijanjikan Allah.


Saturday, January 22, 2011

InsyaAllah


Bismillahirrahmanirrahim..

Memang mudah untuk merancang, namun apakah perancangan itu menjadi realiti dan adakah seperti yang kita rancangkan itu tetap dalam ketetapan Allah.

Merancang sesuatu, semudah mengatakan "Nanti esok nak g sanalah, pastu nak g situ.." Juga mungkin semudah berjanji "Ok, nanti saya buat..".

Kadang kita terlupa, kita hanya hambaNya.. yang Maha Mengatur sebuah kehidupan buat kita adalah Allah. Jadi di mana perkataan "InsyaAllah" yang bermaksud "Dengan izin Allah" itu dalam tutur kata kita?

Subhanallah, Maha Suci Allah, betapa setiap perbuatan kita, perlakuan kita, tutur kata kita, gerak hati kita malah helaan nafas kita tak akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Allahurabbi..

Mari kita sama2 muhasabah..

p/s: Peringatan ini pasti terutamanya utk yang menulis..

Sunday, December 21, 2008

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim

1) Firman Allah swt yang bermaksud:
"..Ajaklah mereka bermusyawarah di dalam urusan mereka.."
(Surah Ali-Imran:ayat159)

2) Firman Allah swt yang bermaksud:
"..Dan urusan kaum muslimin selalu diputuskan dengan musyawarah antara mereka.."
(Surah Asy-Syura:ayat 38)

3) Dari Jabir radhiallahu 'anhu mengatakan: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajari kami shalat istikharah dalam menghadapi semua urusan, sebagaimana mengajari kami surat Al-Qur'an. Kata beliau: "Apabila salah seorang dari kalian mempunyai rencana ingin melakukan sesuatu, hendaklah dia melaksanakan ruku' dua raka'at yang selain fardhu, kemudian hendaklah ia membaca:

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan yang tepat kepada Engkau dengan ilmu yang ada pada-Mu, dan memohon kekuasaan-Mu dengan kudrat-Mu. Aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini lebih baik bagiku, agamaku, dan kehidupanku, serta baik akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan itu bagiku, kemudian berkatilah bagiku didalamnya. Dan jika Engkau mengetahui bahwa urusan itu berbahaya bagiku, agamaku, dan kehidupanku, serta buruk akibatnya baik di dunia dan di akhirat, maka jauhkanlah urusan itu dariku, dan jauhkan aku dari urusan itu. Takdirkanlah kebaikan untukku dimanapun juga dan jadikan aku ridha menerimanya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

~Dipetik dari Riyadhus solihin bab Istikharah dan musyawarah~

Membuat pilihan sememangnya sukar bukan. Hati akan resah, fikiran akan selalu memikirkannya, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.. diri akan bermusyawarah dengan keluarga dan sahabat2 bertanyakan pendapat.. dalam sujud dan doa, hati akan meminta dengan sungguh2 moga dibukakan pintu hijab agar beroleh petunjuk pada jalan yang baik buat diri.



Bila berada dalam keadaan seperti ini, ana dapat rasakan bahawa ini juga salah satu ujian dari Allah buat diri. Allah ingin melihat bagaimana hambaNya ini.. apakah diriku telah meletakkan Allah sebagai sebaik2 tempat pergantungan dan harapan? ..tempat diriku mengadu dan merintih memohon yang terbaik dalam hidup?.. tempat kumeminta petunjuk dan hidayah?

Ujian ini membuatkan ana sedar, bahawa diri ini hanya hambaNya. Tidak mampu untuk kumelihat apakah yang bakal berlaku pada diri di masa hadapan. Dan hanya sesungguhnya Allah Maha Tahu.. Dia yang telah menetapkan takdirku.. dan Dia juga yang akan melindungiku dan memberikanku yang terbaik untukku.. Subhanallah, dalam ujian ini tersimpan hikmahNya.
Mg apa yang diberikanNya adalah yang terbaik buat diri ini. InsyaAllah... Ameen ya Allah.

Kredit to VOI blog atas ilmu yang di kongsikan ini - "KELIRU" . Especially to the article's contributor (^_^). InsyaAllah, musyawarah + istikharah + tawakkal 'alallah. Mg Allah memberikan yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.


"..Kemudian,apabila engkau telah membulatkan tekad,
maka bertawakkallah pada Allah.
Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakkal"
(3:159)



p/s: "Ya Allah..Mohon dengan sangat....."

Wednesday, December 03, 2008

Berkorbanlah..

Bismillahirrahmanirrahim.




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt, kerana masih diizinNya, untuk terus berada di perjuangan kehidupan. Syukur juga kerana hingga saat ini hati ini tetap dalam iman dan Islam. Hati kita ini milik Allah, begitu mudah dibolak-balikkan, hanya rahmatNya juga yang mengizinkan kita untuk sentiasa dalam petunjukNya..
Maafkan hambaMu ini atas kelalaian dan kealpaan diri, yang pastinya ada, kerana diri ini hanya insan yang lemah. Ighfirli ya Allah..

Alhamdulillah juga, kerana masih diberi peluang menulis di saat2 sebelum pulang ke rumah kasihsayangku untuk cuti hari raya aidiladha. Alhamdulillah, it's holiday.. (Yippie!!!)

InsyaAllah, kesempatan yang ada ini, ana ingin sama2 membawa diri ini, juga sahabat2 sekalian, menghayati hikmah dan kebesaran Allah di hari raya yang bakal kita sambut minggu hadapan, pada hari Isnin, 10 Zulhijjah 1429H. InsyaAllah.

Hari Raya Aidiladha, di dalamnya terdapat 2 ibadah yang dituntut Islam iaitu ibadah haji di Makkah dan juga ibadah korban, dan kerana itulah juga hari raya ini juga dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji. Terdapat satu peristiwa bersejarah yang dikaitkan dengan hari raya ini dan juga ibadah korban iaitu ketika Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya Ismail a.s. Sesungguhnya peristiwa bersejarah ini harus kita jadikan iktibar dan semangat dan juga ibadah korban yang disarankan didalam di hari raya ini harus kita dalami hikmahnya.

Di dalam surah As-Saafaat, ayat 99-102, Allah telah menceritakan kisah ini, dengan firmanNya yang bermaksud:
"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)."Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”.Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Surah As-Saafaat:ayat 99-102)
Subhanallah..betapa kuatnya keyakinan Nabi Ibrahim as menuruti perintah Allah tanpa ragu.. walaupun Nabi Ismail a.s itu adalah anak yang ditunggu2nya selama ini, dan setelah anak itu mencapai usia dewasa, anak itu bakal disembelihnya. Dan anaknya Nabi Ismail a.s juga tanpa ragu, tidak membantah, meminta ayahnya menyempurnakan perintah Allah itu. Subhanallah, hebatnya ketaatan dan kesediaan mereka untuk berkorban kepada Allah! Marilah kita ambil iktibar dan contoh sejarah ini wahai sahabat2 sekalian.

Di dalam satu riwayat, ada diceritakan, sewaktu peristiwa penyembelihan itu berlaku, Nabi Ibrahim a.s menghampiri anaknya lalu meletakkannya di atas tempat sembelihan. Sedang isterinya, Siti Hajar menoleh ke belakang supaya dia tidak nampak penyembelihan yang akan berlangsung. Nabi Ismail a.s meminta ayahnya meletakkannya secara mengiring atas pipinya, supaya dia tidak melihat ayahnya, begitu juga supaya ayahnya tidak bertentangan mata dengannya ketika dia disembelih. Dan pada saat ini, sewaktu Nabi Ibrahim a.s mula untuk menyembelih anaknya, kekuasaan Allah swt telah berlaku. Pisau tajam yang digunakan telah gagal melukai leher Nabi Ismail walaupun berkali-kali diasah dan walaupun berulangkali penyembelihan cuba dilakukan.

Subhanallah.. Allah telah menilai kesungguhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, juga tawakkal mereka dengan berserah sepenuhnya kepada Allah, lalu Allah swt telah membalas mereka dengan balasan yang baik, setimpal dengan ketaatan mereka!

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Surah As-Saafaat:ayat 103-110)

Demikianlah sebuah kisah yang dinukilkan dalam Al-Quran, buat iktibar dan peringatan kepada kita semua. Ambillah hikmahnya, mudah2n hari raya aidiladha yang bakal kita sambut menjadi lebih bermakna dan mudah2n semangat pengorbanan ini terus hidup dalam perjuangan kehidupan kita sehari-hari. InsyaAllah.

Berkorbanlah, dengan hati IKHLAS. Mudah2n ibadah korban yang bakal dilaksanakan dan ibadah2 kita yang lain diterima Allah. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Allah swt berfirman dalam surah Al-hajj, ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Surah Al-Hajj:ayat 37)


Disini juga ana sertakan amalan2 sunnah untuk dilakukan di bulan Zulhijjah. Syukran VOI yahoogrups atas ilmu yang disampaikan. Terima kasih ya Allah, atas ilmu ini.

1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah

"Adalah Rasulullah saw berpuasa pada 9cDzulhijjah, hari `Asyura, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR Abu Dawud dan an-Nasai, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

2) Menyembelih Korban

"Maka sholatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah." (Surah Al- Kautsar: ayat 2)

"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholat kami." (Shahih Ibnu Majah (no. 2532)).

3) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata :Rasulullah saw keluar pada hari Adha atau Fitri ke musholla (tanah lapang)…" (HR al-Bukhari).

4) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)

5) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi saw beliau bersabda:
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).

EID el ADHA buat sekalian umat Islam..



Sama2 kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, juga pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat.
PENGORBANAN mereka hadir kerana keyakinan mereka yang teguh pada Allah! Sejauh manakah keyakinan kita?
Berkorbanlah dengan hati ikhlas.. mengharap hanya redha dariNya.. InsyaAllah.

Wallahu'alam. Ilalliqa'

Tuesday, October 14, 2008

Persoalan seorang insan..

Bismillahirrahmanirrahim

Islam merupakan jawapan yang tepat kepada 3 pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia samada dahulu ataupun sekarang. Jawapannya terkandung di dalam firman Allah swt...

1) Dari mana dia datang?

FirmanNya dalam surah Al-Hajj ayat 5 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia,
sekiranya kamu ragu tentang kebangkitan makhluk (pada hari kiamat),
maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah,
kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku,
kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan;
(Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu(kekuasaan Kami;
dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;
kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;
kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa;
dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa)
dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. "






Firman Allah swt dalam Surah Al-Mukminun ayat 12-14 yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati(yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.
Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging.
Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya.
Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."




Firman Allah swt juga dalam Surah At-Thariq ayat 5-7 yang bermaksud:

"Maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim)
Yang keluar dari “tulang sulbi” lelaki dan "thara'ib" (tulang dada perempuan)."


2)Mengapakah dia dijadikan?

FirmanNya dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu."




Di mana pengabdian itu berlaku dengan makrifatullah, kasih kepadaNya, tunduk, patuh dan mengikut segala ajaran yang diturunkan untuk manusia bagi menyempurnakan kehidupan mereka mengikut kedudukan yang layak disediakan bagi mereka, agar mereka mencapai kebahagiaan sebenarnya di dunia dan akhirat.

3) Ke manakah dia akan dikembalikan?

Firman Allah swt dalam surah Al-Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan bersungguh2 menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya."





FirmanNya lagi dalam Surah Ar-Ruum ayat 11 yang bermaksud:
"Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan)."

FirmanNya dalam Surah An-Najm ayat 42 yang bermaksud:
"Dan bahawasanya hanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)."

FirmanNya dalam Surah Al-Alaq ayat 8 yang bermaksud:
"Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembalimu."



Ayat2 tersebut menyatakan kesudahan manusia, iaitu manusia itu dikembalikan kepada Allah swt untuk dibuat perhitungan dan balasan terhadap segala amalan mereka di dunia. Seterusnya ditentukan tempat yang sewajarnya bagi diri masing-masing. Sesiapa yang bersih jiwanya dengan iman dan amal soleh, telah dijanjikan syurga dan sesiapa yang kotor jiwanya dengan kufur dan maksiat, maka balasannya ialah neraka.

~Dipetik dari buku "Muqaddimah Aqidah Muslimin"~

p/s: Moga ia menjadi muhasabah buat diriku dan buat shbt2 semua. Menyedari hakikat siapakah kita sebenarnya.. hanya insan kerdil, yang berasal dari setitis air yang hina. Dijadikan kita hanya untuk mengabdikan diri padaNya, dan pengakhiran kita adalah kembali padaNya. Moga setiap langkah hidup kita ditujukan hanya keranaNya demi menuju alam abadi yang bertemu RedhaNya. InsyaAllah.

"Ya Allah, betapa hati ini merindui petunjuk dan hidayahMu dalam setiap laluan perjalanan hidupku ini.."

Friday, August 01, 2008

Ada kehidupan yang abadi..

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur atas nikmat yang masih diberiNya.. nikmat Islam dan iman. Nikmat peluang kehidupan yang penuh dengan anugerah2 dariNya.. Alhamdulillah.

FirmanNya yang bermaksud:
"Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah."
(Surah An-Nahl: ayat 53)

Sekarang, di kelantan musim buah-buahan.. buah rambutan dan durian. Alhamdulillah, inipun satu nikmat yang diberiNya kan.. Tapi sedih juga, sekalipun menetap disini, masih tak berpeluang untuk merasai makan durian bersama keluarga.. really miss my home..

Ana masih berada di posting anaesthesiology. Alhamdulillah, banyak belajar ilmu baru. Learn about airway management, how to intubate patient, medications in anaest and others. Kami belajar di intensive care unit (ICU) dan operation theatre (OT). Alhamdulillah..

Sekarangni terasa masa begitu pantas berlalu. Diri ini seolah-olah mengejar masa yang terlalu cepat meninggalkan diri. Benarlah, tanggungjawab yang kita ada ini lebih banyak dari masa yang kita ada. Atau mungkin diri ini sudah merasa bahang imtihan professional dan juga merasa bahawa diri ini perlu melengkapkan diri sebaik2nya untuk bergelar ahli perubatan kelak.. Oh, mg setiap masa yang dimiliki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah.

Kesempatan ini, ana ingin mengajak diri dan shbt2 untuk mengingatkan kembali tujuan kita berada dalam perjuangan hidup ini.. matlamat dan arah perjalanan hidup kita.. Sedikit perkongsian hasil dari kuliah "Beriman di Hari Akhirat- Ruh dan Jasad". Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas ilmu ini.


Mari kita hayati firmanNya yang bermaksud:
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
(Al-Ankabut:ayat 64)

"Kesenangan didunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang2 yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun"

(An-Nisa':ayat 77)

Ya, hanya satu destinasi yang pasti bagi setiap manusia dan makhlukNya iaitu akhirat kelak.. Akhirat itu pasti,ia bukan rekaan manusia. Setiap dari kita apabila tamat riwayatnya di dunia ini, kehidupan kita akan disambung di negeri abadi yakni akhirat kelak. Disinilah kelak, segala perbuatan yang kita lakukan bakal dihakimi dan diberikan balasan sesuai dengan apa yang telah kita perbuatkan.

Sebagai muslim, kita seharusnya yakin bahawa kita akan hidup kembali di alam akhirat. Dengan adanya keyakinan inilah, kita akan berfikir dengan sedalam2nya agar setiap perbuatan yang kita lakukan bermanfaat, agar kita tidak sesekali membuat perkara2 yang boleh membawa kemurkaanNya berupa maksiat dan perbuatan2 buruk. Mereka yang masih sanggup melakukan perkara2 kejahatan ini adalah mereka yang tidak ingat bahawa dirinya bakal dihakimi dan diberi balasan kelak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua, pemimpin negara, ibu-bapa, guru-guru, masyarakat untuk saling ingat-mengingatkan tentang kehidupan akhirat nanti agar tidak berlaku lagi kehidupan yang penuh kacaubilau dan maksiat.

Hidup kita diakhirat nanti, sebagaimana kehidupan kita di dunia ini..iaitu hidup dengan ruh dan jasad kita. Dan beroleh kebahagiaan atau kesedihan hanya bergantung pada amalan kita di dunia sekarang.. Antara syurga atau neraka, hanya ada 2 kemungkinan, tidak ada diantara keduanya. Oleh itu, masa yang masih ada ini, kita gunakan sebaik2nya.. mg rahmat Allah dan belas ihsanNya mengizinkan kita untuk beroleh bahagia di negeri abadi nanti.. InsyaAllah.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu," Berangkatlah (untuk berjuang) di jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal tetap di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini(dibanding dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit."
(Surah At-Taubah:ayat 38).


~Allahughoyatuna.. Allah matlamat kami!~

Saturday, July 19, 2008

Pesanan kekasih Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Seusai menunaikan solat di surau, ana meneliti poster khutbah terakhir dari Rasul Junjungan Nabi Muhammad saw. Sudah lama tak membacanya. Astaghfirullah...
Mari kita sama menghayati pesanan2 baginda..

KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

(Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.



“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3).

(Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida' )

Sumber

Saturday, July 12, 2008

Shbtku,
Andainya saat ini,
mata dan badanmu sudah meminta untuk istirehat,
maafkanlah sekalian mereka disisimu.
Agar dengan itu juga mereka akan memaafkanmu.
Lelapkankanlah matamu dengan lafaz doa padaNya,
Iringilah lenamu dengan alunan zikir
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..
Moga tidurmu dalam keberkatan
dan bangunmu esok hari dlm kekuatan.
InsyaAllah..

Saturday, May 10, 2008

Air mata wanita


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

-----------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah saw..
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu"(Sunan Abu Dawud: hadis 2438.)

p/s: Anakmu ini amat menyayangimu ibuku.. Terima kasih atas kasih sayangmu. Doakan moga dewasaku setabahmu bila bergelar ummi kelak.
Teringat pesanan ibu ana yang tersemat kemas di hatiku..


~"Ya Allah, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil. Ameen"~


Friday, May 02, 2008

Sama2 saling mengingatkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur padaNya atas nikmat dan limpahan kurniaNya. Syukur, kerana diri ini masih diberi peluang kehidupan, masih diberi nafas.. dan mudah2n anugerah hidup ini dalam berkatNya sentiasa. InsyaAllah.

Hidup ini ada pasang surutnya, begitu juga dengan iman di hati ini.. kadang2 ia tinggi menggunung, saat itu diri cukup bahagia, ibadah itu cukup senang dilakukan, hati cukup tenang dengan rahmatNya..namun, bila iman itu menurun, cukup resah diri ini, hati seolah2 kaku.. namun, ana sangat bersyukur di saat yang duka, Allah masih menghadirkan di hati ini, masih mengingatkan diri ini, bahawa diri ini harus bangun menghidupkan kembali hati itu, meningkatkan kembali iman itu.


Teringat pesanan seorang sahabat, tatkala hatimu rasa berduka, banyakkan zikrullah mengingatiNya, hadirilah majlis ilmu dan bergaullah dengan sahabat2 yang soleh. Syukur, dalam hidup ini, Allah hadiahkan ana sahabat2 yang begitu baik, yang begitu 'cekap' menyedari bila ana bersedih atau tak bersemangat. Alhamdulillah, saat bersama, pasti ada kata2 nasihat dari diorang. (Hehe.. yang paling kami suka.. nasyid ni)

Umat Islam harus CEMERLANG ,
Hari ini mesti lebih baik dari semalam ,
Jangan buang masa ,
Siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada ALLAH Maha Kuasa ,
Kita punya kuasa tenaga ,
Doa sebagai senjata ,
Umat ISLAM sentiasa boleh..

Saat hati berduka itu, ketika iman itu terasa lesu, hanya satu jalan yang dapat membantu.. iaitu banyak beramal dan banyak mengingatiNya. Pernah seorang shbt meminta nasihat dari ana, dan ana terkedu saat itu, kerana waktu itu hati ana sedang resah gelisah.. Ya, diri ini tidak mampu berkata2 kerana hati itu hidup hanya apabila iman itu hidup. Namun, ana sedar, hak seorang shbt, apabila diminta nasihat, maka haruslah kita tunaikan. Hati ini mencuba untuk kembali kepadaNya, memohon dileraikan resah hati. Alhamdulillah, bi iznilah, apabila hati ini tenang kembali, tangan ini pantas menaip nasihat di handsetku.. buat menenangkan shbt ana di hujung telefon sana (namun, hanya Allah jua yang menenangkan hatinya).

Peristiwa ini juga memberi pelajaran buat diri, sebuah hikmah .. iaitu dengan saling ingat-mengingatkan sesama kita sebenarnya adalah untuk kebaikan bersama. Ia mengingatkan diri yang memberi dan juga kepada yang menerima.. Terima kasih shbt kerana hadirmu memberiku semangat untukku mencari sinarNya.. dan terima kasih Allah, kerana memberiku cahaya kebaikan itu. Subhanallah, indahnya sebuah kasih sayang keranaNya, dalam memberi sebenarnya kita juga menerima.

Firman Allah swt dalam surah Azd-Dzaariyat ayat 55 yang bermaksud:

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin"

Maka, ana mengajak shbt2 dan diri ana sendiri.. marilah kita saling ingat-mengingatkan. Bukankah kita hidup bersaudara untuk saling bantu-membantu, untuk sama2 mendapat rahmatNya, menuju CintaNya dan redhaNya? QUM FA ANZIR!!

~Kebahagiaan itu dalam keimananku,
dan imanku itu dalam hatiku,
tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku,
selain dari Tuhanku~

p/s: alhamdulillah, harini hari jumaat, sayyidul ayyam.Teringat pesanan tok guru di kuliah jumaat lepas, banyakkan membaca surah al-kahfi di hari jumaat. Bacalah sedaya termampu.

Thursday, April 10, 2008

Sabr wa Shukr

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Aku mengagumi seorang mukmin.
Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur (kepadaNya).
Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar (karena musibah itu).
Seorang mukmin diberikan pahala dalam segala hal,
walaupun (sekadar) sesuap makan yang diberikan ke mulut isterinya".
(HR Imam Ahmad dan Abu Daud).

Thursday, March 20, 2008

~Terimalah kami sbg ummatmu wahai kekasih Allah~

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu” (Ali Imran:ayat 31)

Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku insan biasa..

"Ya Rasulullah, terimalah kami sebagai ummatmu.. dan syafaatkan kami di akhirat kelak."
Mg cinta kami padamu terus hidup subur setiap masa.

khoirun.blogspot.com mencadangkan bacaan di bawah:
1.Cinta itu bukan cinta paksaan
2.Sempena Kelahiran Rasulullah

Friday, February 29, 2008

Bersyukurlah

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..syukur di atas rezeki dari Allah.Ana pastekan sebuah artikel dari Portal Muslimah. Peringatan buat diri ana dan sahabat2..

Bersyukurlah atas segala kurniaan Allah padamu.. kerana Tuhan tidak akan sesekali menzalimi hambaNya.Segala yang diberiNya adalah yang terbaik untuk hambaNya. Have faith in ALLAH!!
(Emm.. tengah sedih juga ni.Sedih atas kesilapan diri dan hati..Astaghfirullah)





SEDAR atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl, ayat 18.)


Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

l Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

2 Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:
"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih."
(Surah an-Nahl, ayat 78.)


Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur."Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur?."
(Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)


Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud :-
"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."
(Surah an-Nahl, ayat 144)


Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:
"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia."
(Surah al-Naml, ayat 40)


Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)


Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.

Friday, February 15, 2008

Hindari Stress

  • Banyak membaca al-quran
  • Banyak bersenam
  • Kawal pemakanan: kurangkan makan daging merah. Banyakkan makan daging putih seperti ikan dan ayam dan elakkan makanan segera.
  • banyakkan makan buah-buahan
  • Rajinkan melihat ikan dalam aquarium
  • Menangis dapat menghindari stress
  • Bercerita dan mendengar cerita
  • mandi air suam
  • cerita masalah kepada orang yang boleh dipercayai
  • peluk bayi
  • amalkan teknik urutan

Ya Allah,janganlah engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
(surah Ali Imran: ayat 8)

dipetik dari buku Ubat Hati

Friday, January 25, 2008

Ketika tangan dan kaki berbicara

Assalamu'alaikum shbt2 saudara seislamku sekalian..

Hayatilah video ini..
Subhanallah..ia benar2 menyentuh hati.Hari itu akan tiba..bila mulut kita dikunci..dan tangan dan kaki yang berbicara..

"Ya Allah, selamatkanlah aku dengan rahmatMu pada hari tiada lagi naungan selain dari naunganMu.."


Monday, November 05, 2007

Kadang kita terlupa

Bismillahirrahmanirrahim

Ini laptop ana..rasa2nya usianya hampir 3 tahun bersama ana. Minggu lepas, laptop ini menghadapi masalah.Agak sudah lama sebenarnya laptop ini menghadapi masalah. Lalu,kesempatan masa terluang yang ada, ana membawanya untuk diservis. Setelah mendapat antivirus yang baru, laptop ini kembali berfungsi dengan baik. alhamdulillah.. Pastinya setelah sekian lama, begitu banyak virus2 "hidup" dalam laptop ini kan? Sesekali, perlu juga untuk kita memperbaikinya, supaya ia kembali lancar semula.




Sewaktu ana dalam perjalanan membawa laptop ini untuk diservis.. terfikir ana.. pada sesuatu yang juga perlu diservis..iaitu "HATI". Terasa begitu lama hati ini tidak diservis.. terasa terhimpunnya beban yang berat dihati ini dengan virus2 sifat mazmumah dan penyakit hati.Klu mampu dibelah diri ini untuk melihat rupa hati ini, entah bagaimana keadaannya. Penuh dengan titik2 hitam.. masihkah ada ruang yang masih gemerlap bersinar?? Astagfirullah..
Kadang2 kita lupa pada sesuatu yang batin.. dan seringkali kita lebih mementingkan perkara2 yang zahir..
Memikirkan hati yang perlu diservis ini, ana mengambil kesempatan untuk turut menservisnya. Mg hati ini bersih kembali, mg ia dapat berfungsi lancar semula, menjadi "raja" yang baik pada perlakuan diri.. Amin..

"Hai orang2 yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan melakukan taubat yang sebenar2nya. Mudah2n Allah menghapuskan kesalahan kamu.." (Al-Tahrim:ayat 8)



Cara2 menghapuskan dosa

  • Taubat dengan ikhlas (taubat nasuha). Taubat ini boleh menghapuskan dosa bagaikan air jernih yang dapat menghilangkan kotoran.
  • Dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik. dengan mengerjakan amalan dan pekerjaan baik itu akan menghapuskan kejahatan.
  • Dengan memperbanyakkan sedekah. Dengan bersedekah itu dapat menghapuskan dosa, bagaikan air yang dapat memadamkan api
  • Dengan ditimpa dengan beberapa musibah (bencana dan percubaan). Musibah dan percubaan itu akan dapat menghapuskan kesalahan, bagaikan daun kering yang akan reput dan hancur.

Sunday, October 21, 2007

Istiqamah dalam Mujahadah


Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu. Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?

Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.

Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?

Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.

Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.

Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.

Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.

Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.

Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.

Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.

Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.

Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

sumber dari http://permai1.tripod.com/idm.html
KIRIMAN : ANIS
e-mail: nur_dini@ArabChat.Org