Showing posts with label Mujahidah Dr. Show all posts
Showing posts with label Mujahidah Dr. Show all posts

Saturday, May 03, 2014

Perasaan itu hadir sekali lagi

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah..
Hatiku hampir rapuh.. terduduk.. lesu..
seperti kehilangan punca.
Terasa ujian ini berat untuk dipikul.
Pernah merasai perasaan seperti ini suatu ketika dulu..Airmata tak putus mengalir, seringkali berlinang setiap kali teringatkannya.. namun alhamdulillah, masa menyembuhkan segalanya.

Dan kali ini, perasaan itu hadir sekali lagi.
Bukan mudah bagiku.. sebagai seorang pengamal perubatan melihat apa di depanku.. tatkala telah kucuba sedaya upaya, namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Namun terdetik di hatiku, adakah aku tidak mencuba sebaik mungkin? Masihkah ada jalan lain untukku lakukan?
Ya Allah.. aku takut aku diuji dengan hati yang tidak redha..
Bantu aku Ya Allah, mencari jalan keluar dari keresahan hati ini..
Jadikan aku hambaMu yang redha pada ketentuanMu..


Ku cuba menghayati firman-firman Allah untuk ku pujuk hatiku ini..

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Munafiquun: ayat 11)

"Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak juga bergembira dengan apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Al-Hadid : ayat 22-23)

Semoga Allah membuka pintu hatiku, menemui jalan keluar yang lebih baik.. agar tenang hati yang gundah ini..
Allahurabbi..

 

Saturday, March 22, 2014

Seorang doktor muslim itu..

Assalamu'alaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..


Kadang-kadang kala kita harus di ingatkan kembali akan tujuan dan destinasi perjuangan kita.. Tatkala jiwa rasa lemah, hati rasa gundah dan fizikal begitu keletihan.. tapi selagi akal masih kewarasan dalam perlindungan Allah, ayuh ingatkan kembali diri&hati.. Tujuan kita hanyalah "Lillahi ta'ala".

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada diriku..

"Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan semesta alam." (Surah Al-An'aam:162)





Petikan dari buku Suri Teladan Sepanjang Zaman, Ustaz Mustafa Mashyur




1. Yang dikehendaki dengan seorang doktor muslim contoh ialah niat kerjanya itu kerana Allah dan bukan kerana dunia. Harta adalah sebagai yang mendatang bukan sebagai asal tujuan dan yang diniatkan untuk bekerja.

2. Doktor muslim contoh hendaklah beriktikad bahawa yang menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Apakah yang dibuatnya seperti memeriksa dan mengubati adalah sebagai wasilah sahaja. Dia hendaklah selalu memohon kepada Allah semasa memeriksa pesakit dan mengubatinya.

3. Doktor muslim contoh hendaklah bersifat lemah lembut, lapang dada dan berperasaan, biasakan dengan kata-kata yang baik ketika melayani pesakit kerana cara itu memberi kesan psyikologi kepada pesakit. Dia hendaklah memberi harapan yang sepatutnya kepada pesakit untuk sembuh dengan izin Allah. Pesakit begini sensitif terhadap perkataan dan pergerakan yang lahir dari doktor ketika pemeriksaan kerana pesakit mengharapkan penyakitnya sembuh.

4. Doktor muslim contoh hendaklah menunaikan tanggungjawab (kewajipannya) dengan cara yang paling sempurna dengan tidak mengira kedudukan pesakit itu sama ada fakir atau kaya, yang berpangkat atau tidak.

5. Janganlah mengenakan bayaran yang mahal kepada pesakit. Hendaklah menilai keadaan pesakit itu dari segi kewangannya walaupun dengan menanggung rugi bagi setengahnya. Tenangkanlah hati bahawa Allah akan menggantikannya dengan berkali-kali ganda.

6. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga peraturan kebersihan tempat kerjanya, menentukan setiap pesakit itu pada waktu-waktu yang tertentu (make appointment) supaya tidak membuang masa pesakit hanya kerana menunggu.

7. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga waktu solat dan memberikan kemudahan kepada pelanggannya untuk menunaikan solat ketika masuk waktunya.

8. Dia juga hendaklah mahir dengan hukum-hukum fiqh yang ada hubungan dengan kerjayanya supaya tidak terjerumus di dalam dosa. Begitu juga jika pesakit ingin tahu tentang hukum fiqh maka doktor dapat menunjukkannya.

9. Para doktor muslim sanggup bekerja di Negara-negara Islam walaupun jauh dari kehidupan kota. Kita tidak boleh membiarkan doktor-doktor missionari kristian mnyebarkan risalah kristian dikalangan pesakit-pesakit Islam sedangkan doktor-doktor muslim lebih mengutamakan kerja-kerja di negara-negara yang mempunyai kehidupan yang menyeronokkan.

10. Apa yang kami utarakan terhadap doktor-doktor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medan dakwah kita.


(re-post dari Seorang doktor muslim itu)

Khoirun: Jom kita beramal kerana Allah!!

Sunday, October 07, 2012

Masa terus berlalu

Bismillahirrahmanirahim

Begitu cepat masa berlalu.. Syawal berlalu, Zulkaedah menjelang.. September berlalu, Oktober menjelang.


Setiap masa yang hadir dirasakan terlalu padat.. Penuh dengan urusan dan amanah.. namun hati takut.. takut pada kesibukan dunia, takut diri jadi terlupa dengan urusan akhirat.


Dan dalam kesibukan itu, hati tertanya-tanya.. untuk apa aku bertungkus-lumus mengharung kesibukan dunia ini? Adakah sekadar menyiapkan kerja yang diberi atau memuaskan hati agar tidak dimarahi atasan kerana urusan tanggungjawab yang diamanahkan mereka. Dan bagaimana pula dengan amanah dari Allah?



Oh.. sesekali terasa ingin lari dari kecelaruan hidup atas kesibukan urusan seharian..

Kerana hidup bukan sekadar untuk menghabiskan sisa-sisa umur. Amanah kerja bukan sekadar bebanan untuk memastikan tanggungjawab terlaksana.. Kita harus ada tujuan, hidup harus ada fokus.
Dan sesungguhnya di dalam Al-Quran, ayat-ayat cinta Allah ada mengingatkan kita tentang tujuan hidup ini sebagaimana FirmanNya:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya."
(Surah Al-Zariyat: Ayat 56-58)


Tujuan itu jelas.. Dan hanya melalui matlamat itulah, setiap langkah kehidupan harus di susun. Bukan mudah, tapi payah, kerana perjuangan hidup yang susah ini ada ganjaran yang hebat kelak! 

Hati ini sedar dan hati harus akur pada tujuan.. Dan inilah 'ikrar'ku yang harus sentiasa di ingatkan pada diri sendiri agar hidup sentiasa bermatlamat..

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." 
(Surah Al-An'am: Ayat 162)


Matlamat hidup sudah difahami, maka inilah masanya  untuk bergerak.. 
Selamat berjuang! Moga Allah redha! 




Khoirun: Kadangkala bila terlalu sibuk dengan urusan dunia, terasa sangat takut diri jadi terlupa dengan urusan akhirat. "Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus. Ameen"

Thursday, May 03, 2012

Sebarkan kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, harini kami meraikan 2 orang senior yang kami hormati dan kasihi yang bakal melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana Muda.


Majlis untuk meraikan pemergian? =) Oh pastinya bukan.. kerana majlis ini dibuat istimewa untuk yang diraikan.. bagi meraikan segala kebaikan dan jasa2 yang telah diberikan, memberi peluang untuk setiap kesilapan dimaafkan dan memberi kata semangat untuk meneruskan perjuangan seterusnya. Ya, itulah objektifnya!

Ana terkesan dengan salah-satu kata2 ucapan yang diberikan. Yang juga pernah diucapkan oleh seorang senior kepada ana sewaktu medical student dulu.

~"Bila sudah berjaya menjadi doktor nanti, kita pasti berharap kitalah yang akan merawat ahli keluarga kita dan orang2 yang kita sayangi dengan sebaiknya. Tapi mustahil untuk mendapat peluang seperti itu. Jadi, sewaktu kita merawat pesakit kita, berusahalah yang termampu untuk membuat yang terbaik kepadanya, InsyaAllah, sekiranya ahli keluarga kita atau orang yang kita di sayangi di sana juga di rawat, mudah2n doktor di sana juga sedang berusaha yang terbaik untuk merawat mereka"~

 Ya, hanya itu yang mampu kita doakan. Mudah2n kebaikan yang kita bagi, akan dibalas dengan kebaikan pada orang2 yang kita sayangi. Berdoalah padaNya.. InsyaAllah.

 Firman Allah swt:
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?"
(Surah Ar-Rahman : 60) 
"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga."
(Surah Al Isra’ : 7) 

 Oh, tetiba kerinduan pada ibu,ayah dan keluarga hadir. Kejauhan musafir ini memisahkan kita. Namun, jauh disudut hati, betapa diri ini merindui mereka. Betapa tangan ini berharap untuk mencurah sebanyak kasih sayang.. Agar dengan redha mereka membawakan keampunan dari Allah buat diri, agar kasihsayang mereka akan membahagiakan diri. Diri ini berharap kejauhan ini tetap didekatkan dengan doa yang tidak putus buat mereka yang kusayangi. Oleh itu, banyakkan berdoa untuk mereka wahai diriku!

Ayuh sekalian, kita sebarkan kebaikan pada insan.


Moga kebaikan-kebaikan itu dibalas dengan kebaikan juga. Jika bukan di sini, mudah2n di akhirat sana kelak! InsyaAllah. Fastabikul khairat!

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya."
(Surah Al-Mukminun : 111)
"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun..."
(Surah An-Nisa : 124)

Friday, August 27, 2010

Denyut kasih medik



"Seorang doktor hanya mampu berusaha, tiada kuasa apa-apa untuk menyembuhkan apatah lagi menentukan ajal maut seseorang. Maha Kuasa Allah yang menghidupkan dan mematikan."
-Novel Denyut Kasih Medik, tulisan Dr.Farhan Hadi-


p/s: Terima kasih buat sahabatku HalawahIman atas kiriman buku ini.. Alhamdulillah, banyak mesej yang diperolehi.
Allahurabbi.. Seandainya ku mampu menjadi sekuat doktor muda dalam novel ini..

Sunday, March 07, 2010

Buat yang terbaik!



Melangkah itu mudah,
namun mencari arah itu yang terkadang payah.
Mencari jalan itu mudah,
namun memahami destinasi itu yang susah.
Menyusuri susur itu mudah,
namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini..
menjaga istiqamah itu paling susah,payah dan lelah.

Namun DIA amat faham,
bagi hambaNya,
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
hanya perlu melakukan yang terbaik,
meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNya,
lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya.
Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia!
InsyaAllah..


p/s: Melangkah ke posting O&G.. penuh debaran.. hanya pada Allah jua disandarkan segala harapan, mg dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dan dapat menimba ilmu sebaik yang termampu.. InsyaAllah

Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan ALLAH swt.

Sunday, January 03, 2010

1/1/10

Bismillahirrahmanirrahim..



Selamat Tahun Baru 2010 Masihi buat semua..(^_^)
Alhamdulillah, sebanyak2 syukur kita lafazkan buat Allah, Tuhan yang Maha Agung, atas peluang kehidupan ini.

Bergelar houseman, tahun baru kali ini di sambut di hospital. Stress juga bila nak oncall di hari yang dikenali sebagai "critical day" seperti ini. Hari public holiday yang selalunya agak sibuk dengan kes-kes MVA dengan cerebral concussion, assaulted dan lain-lain termasuklah kes yang terkenal disini.. injury from flying feathers, atau swab wound (huhu). Namun alhamdulillah, oncall hari itu dipermudahkan juga.

Tahun lepas ana oncall pada malam 1 Ramadhan. Agak sibuk hingga bersahur ana merangkap breakfast+lunch+dinner pada pukul 3 pagi. Pada malam 1 Syawal pula, sewaktu sayup-sayup kedengaran takbir raya selepas azan maghrib, ana sedang bersama MO di operation theater, standby untuk baby caesaran section.

Itulah di antara pengalaman-pengalaman kerjaya. Bila berkerja ni, kini ana sedar, kerjaya yang ana bawa ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat. Di mana kepentingan pesakit itu kami dahulukan berbanding diri, kesibukan bekerja sehari-hari.. bayangkan bekerja 7 hari seminggu, datang kerja awal pagi..pulangnya senja. Penat, letih, cabaran-cabaran kerjaya..

Namun itulah hakikatnya perjalanan kehidupan ana kini.
Teringat kata2 seorang pesakit pada ana..
"Kesian tengok doktor, kerja sibuk.. tapi kerja doktor bagus.. banyak tolong orang"..
Alhamdulillah.. itulah yang ana selalu ingatkan pada diri. Berusahalah ikhlaskan diri membuat amal, mudah2n kesibukan kita sehari-hari tidak berlalu sia-sia.. sebaliknya beroleh pahala kebaikan buat bekalan kita ke akhirat kelak.. InsyaAllah.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):
"Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan"

(At-Taubah:105)


Alhamdulillah.. tahun baru yang menjelma, mari kita tanamkan azam dan semangat yang lebih baik. Berusaha untuk menjadi lebih baik. Moga kita beroleh impian yang dicita-citakan. Moga tahun 2010 ini membawa kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.. InsyaAllah..

Setiap kita pastinya punyai impian untuk tahun baru ini. Ana juga punyai impian.. mudah2n dengan izinNya, InsyaAllah. Hanya pada Dia jua disandarkan segala harapan..


p/s: Dare to Dream?..(^_^).. Selamat meneruskan perjuangan..

Monday, May 18, 2009

Perjuangan harus diteruskan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Sesungguhnya segala pujian itu hanya milik Allah swt, Tuhan sekalian ‘alam..
Syukur padaNya atas segala anugerah dan nikmat dariNya.. nikmat Islam, nikmat Iman, nikmat kasihsayang, nikmat kesihatan, nikmat peluang kehidupan.. dan nikmatNya yang lain yang tak terhitung oleh diri ini.. mudah2n diri ini termasuk di dalam golongan hamba2Nya yang bersyukur..insyaAllah



Sudah sekian lama tidak menulis, alhamdulillah, akhirnya diizin Allah jua. Seawalnya ingin menulis sejurus selepas dihadiahkan Allah sebuah anugerah kejayaan.. namun saat selepas itu, ana masih tidak mampu menulis.

“Hati ini hidup apabila iman itu hidup di dalam hati. Dan diri ini tidak mampu menulis andai hati ini tidak hidup”

Hati ini yang seharusnya gembira dengan kejayaan setelah hampir 6 tahun perjuangan ilmu yang penuh dengan suka duka, namun ia tak mampu berkata-kata. Perasaan itu bercampur.. gembira beroleh yang diimpi namun sedih mengenangkan perpisahan yang akan menjenguk dan takut dengan langkah perjuangan seterusnya.. lalu ia mengambil kesempatan untuk duduk bersendirian, mencari penawar agar hati ini hidup kembali..

Seorang sahabat mengingatkan ana tatkala ana keliru dengan perasaan hati ini..
“Mungkin Allah tak nak nti kufur dengan nikmat bila terlalu gembira. Jadilah orang yang bersyukur.. Alhamdulillah”. -syifa’-

Ana akui kata2nya itu. Moga itu hikmahNya.. moga hati ini sentiasa ikhlas menerima anugerah Allah, moga diri ini menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur..insyaAllah

Perjuangan

“Hidup ini adalah satu perjuangan, dan selamanya kita hidup kita akan terus berjuang.” -nik khoir-

Setiap dari kita masing-masing pasti punyai kisah perjuangan kita. Ya, perjuangan itu tidak lepas dari warna-warna kegembiraan dan kesedihan. Itu sunnah perjuangan!

Jika ingin dituliskan kembali pahit manis sebuah perjuangan ilmu ana disini, rasanya terlalu banyak yang ingin dinukilkan, namun cukuplah andainya hikmah itu yang dapat dikongsi bersama. Menyorot kembali impian yang dicita-citakan ini, telah ana semat di hati seawal sewaktu masih di bangku sekolah rendah lagi. Waktu itu masih tidak tahu apa-apa, yang pasti ana tekad itu cita-cita diri ini. Itu cita-cita yang ana jawab apabila di tanya guru, itu cita-cita yang telah ana janjikan pada ibubapa ana, itu cita-cita yang ana kongsikan bersama sahabat2. Ana bawa cita-cita itu, berjuang sebaik-baiknya di alam persekolahan hinggalah akhirnya membawa ana ke sini. Syukur pada Allah, atas kehendak Dia jua segala apa yang ana peroleh hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Selepas menjejakkan kaki ke dalam pengajian perubatan ini, waktu itu ana sedar hakikatnya yang sebenar. Perjuangan ilmu ini bukan sekadar mengadap buku, bukan sekadar berusaha untuk mendapat sebuah title atau sebuah penghormatan dari masyarakat.. tetapi.. ia adalah perjuangan yang memerlukan kesabaran, semangat yang kental, kekuatan hati dan fizikal. Ia adalah perjuangan untuk memikul sebuah amanah dari Allah..

“Belajar nak jadi doktor susah, exam nak jadi doktor susah.. dah jadi doktor pun susah..”. Itulah ungkapan yang hadir pada diri ini. Sehingga ana terfikir, jika ada mereka yang ingin menjejaki langkah ini (ahli keluarga ana, anak-anak ana kelak, atau sesiapa mungkin), apakah sewajarnya yang harus ana katakan pada mereka? Emm, ana akan menceritakan kepada mereka susah senang seorang pelajar perubatan yang bukan semudah yang disangkakan, apatah lagi susah senang apabila bekerja kelak, namun jika tekad mereka ingin meneruskan, pastinya ana lah yang akan menjadi orang yang pertama menyokong mereka. Kerana ana yakin, akan ada insan-insan yang dipilih Allah berada sebaris dalam perjuangan kami di bidang ini, dan ana pasti sekiranya segala kesusahan yang hadir itu diseiringkan dengan niat ikhlas kerana Allah, berjuang untukNya.. ada anugerah disisi Allah kelak. Bukankah setiap yang kita lakukan, andai diniatkan kerana Allah itu dikira sebagai sebuah ibadah?

Moga Allah tetapkan hati ini untuk terus berjuang hanya demi mencari keredhaanNya.. InsyaAllah.

Dalam kesusahan itu pasti ada manisnya. Walau air mata ini pernah menangis atas keperitan, atas ujian diri.. tapi hati ini bahagia kerana mata ini menangis mengakui kelemahan diri sebagai hambaNya, mengakui bahawa dia tak punyai kudrat berbanding Dia yang Maha Agung. Walau diri ini pernah terduduk terjatuh di laluan perjalanan, dia bersyukur kerana Allah masih membangunkan dirinya, dia gembira kerana ada sahabat2 yang sentiasa memberi semangat padanya, ada ahli2 keluarganya yang sentiasa memberi dorongan buatnya . Walau diri ini takut diuji dihadapan mereka yang bergelar gurunya, dia sedar Allah jua yang menguasai hati-hati manusia, Allah jua yang menentukan apakah ilmu yang dipelajarinya mampu dikeluarkan saat dia memerlukannya. Walau diri ini berhempas pulas menuntut ilmu, akhirnya dia sedar tawakkal itu bekal terbaik sepanjang perjalanan perjuangan dan doa itu senjata terbaik untuk dia bawa ke medan imtihan kerana dia yakini “Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah”.
Ya, perjuangan ini mengajarnya mengakui, Allah swt itu berhak ke atas dirinya, berhak menentukan yang terbaik buat dirinya.. dan dia ingin menjadi sebaik-baik hambaNya kerana itu tanda pengabdian dirinya pada Tuhan yang sentiasa disisinya selama ini.. Allahurabbi.. besarnya anugerah itu buat diri. Dan diri ini amat berharap anugerah itu sentiasa di sisi diri, menyedari hakikat bahawa dia tak berupaya melakukan sesuatu melainkan dengan izinNya dan segala usahanya kelak hanya sebuah ikhtiar dan hanya Dia yang Maha Menyembuhkan hamba2Nya..

Buat sahabat2 dan adik2 yang sedang berjuang.. teruskan perjuangan anda. Yakinlah pada Dia yang Maha Memberi.. InsyaAllah, andai kita telah ditakdirkan berada di bidang ini, di penjuru ini, Allah akan menghadiahkan buat kita. Dan biarlah hadiah itu kita gapai dengan niat ikhlas berjuang keranaNya, dengan diri yang penuh kesungguhan berusaha, dengan hati penuh tawakkal padaNya dan dengan jiwa penuh tawadduk dan rendah diri padaNya.

Transisi



Kini ana bakal menghadapi transisi sebuah perjalanan kehidupan, daripada alam belajar ke alam pekerjaan. Dan transisi ini memerlukan sebuah momentum yang baru, malah di harap momentum yang lebih baik, kerana perjalanannya berbeza dan lebih mencabar. Nak hadapi housemanship training yang mencabar (baca: menakutkan), nak mengurusan kehidupan setelah bekerja (uhh.. banyak sungguh orang2 offer insurans ni, dah ada yang mula bertanya bla nak edar kad wangi ni..), nak menguruskan kewangan (emm, nanti gaji monthly berapa ye nak menabung, nak bagi mak ayah, nak simpan untuk ke destinasi impian, zakat..), nak istiqamah dalam perjuangan Islam (sahabat2 jauh terpisah, keluarga jauh disisi, suasana persekitaran baru.. siapa yang nak mengingatkan diri nanti?)..

Bila kita dah kerja sendiri ni, kena pastikan rezeki yang kita dapat halalan toyyiban.. bermula dari sumber rezeki yang kita dapat hinggalah ke mana kita belanjakannya dan menyimpannya. Sahabat ana juga mengingatkan bahawa waktu transisi ini juga adalah saat paling mudah “tergelincir”. Duit ada, kerja ada, tak ada orang nak control diri.. katanya salah satu cara yang boleh membantu adalah BM (harap faham la singkatan tu ye.. huhu.. emm, namun takdirNya menentukan segalanya jua).. Ohh.. banyak yang difikirkan dan banyak yang perlu belajar.. Yang pasti, nak menguruskan semua ini perlukan ilmu. Kerana dalam ajaran Islam itu ada segala penyelesaiannya.. Islam is the way of life!. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk buat diri ke arah jalan yang benar.

Terus melangkah

Langkah hidup ini perlu diteruskan.. Perjuangan ini bukan berakhir disini, tapi baru bermula. Sebuah kehidupan memikul amanah itu perlu dihadapi.. Berdebar, takut, runsing.. mampukah diri memikul amanah?... macam2 hadir di fikiran.
Ke mana selepas ini kaki ini bakal melangkah, bagaimana menghadapi dugaan- dugaan mendatang.. pada Allah swt juga doa dipanjatkan, moga sentiasa dalam perlindunganNya. Kita akan terus berjuang, terus belajar, kerana ilmu itu harus terus dituntut hingga ke akhirnya. Pengalaman kehidupan juga yang bakal mematangkan diri.. sekolah kehidupan, itulah tarbiyyah yang terbaik!


Sama2 kita terus berdoa sahabat2ku..
agar kita terus diberi kekuatan meniti hari-hari mendatang, dipermudahkan urusan. Moga kita semua sentiasa dalam perlindunganNya, dalam kasih sayangNya, dalam keberkatan dan keredhaanNya..
Moga diri ini terus thabat di jalan perjuangan agamaNya, memperjuangkan Islam di penjuru bidangku ini.
Moga hadirnya diri ini memberi kebaikan dan manfaat buat manusia, juga moga segala usahaku menjadi amal untuk meraih redhaNya...

Menuju Mardhatillah! InsyaAllah.

Seorang Doktor Muslim Itu..

1. Yang dikehendaki dengan seorang doktor muslim contoh ialah niat kerjanya itu kerana Allah dan bukan kerana dunia. Harta adalah sebagai yang mendatang bukan sebagai asal tujuan dan yang diniatkan untuk bekerja.

2. Doktor muslim contoh hendaklah beriktikad bahawa yang menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Apakah yang dibuatnya seperti memeriksa dan mengubati adalah sebagai wasilah sahaja. Dia hendaklah selalu memohon kepada Allah semasa memeriksa pesakit dan mengubatinya.

3. Doktor muslim contoh hendaklah bersifat lemah lembut, lapang dada dan berperasaan, biasakan dengan kata-kata yang baik ketika melayani pesakit kerana cara itu memberi kesan psychology kepada pesakit. Dia hendaklah memberi harapan yang sepatutnya kepada pesakit untuk sembuh dengan izin Allah. Pesakit begini sensitif terhadap perkataan dan pergerakan yang lahir dari doktor ketika pemeriksaan kerana pesakit mengharapkan penyakitnya sembuh.

4. Doktor muslim contoh hendaklah menunaikan tanggungjawab (kewajipannya) dengan cara yang paling sempurna dengan tidak mengira kedudukan pesakit itu sama ada fakir atau kaya, yang berpangkat atau tidak.

5. Janganlah mengenakan bayaran yang mahal kepada pesakit. Hendaklah menilai keadaan pesakit itu dari segi kewangannya walaupun dengan menanggung rugi bagi setengahnya. Tenangkanlah hati bahawa Allah akan menggantikannya dengan berkali-kali ganda.

6. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga peraturan kebersihan tempat kerjanya, menentukan setiap pesakit itu pada waktu-waktu yang tertentu (make appointment) supaya tidak membuang masa pesakit hanya kerana menunggu.

7. Doktor muslim contoh hendaklah menjaga waktu solat dan memberikan kemudahan kepada pelanggannya untuk menunaikan solat ketika masuk waktunya.

8. Dia juga hendaklah mahir dengan hukum-hukum fiqh yang ada hubungan dengan kerjayanya supaya tidak terjerumus di dalam dosa. Begitu juga jika pesakit ingin tahu tentang hukum fiqh maka doktor dapat menunjukkanya.

9. Para doktor muslim sanggup bekerja di Negara-negara Islam walaupun jauh dari kehidupan kota. Kita tidak boleh membiarkan doktor-doktor missionary kristian mnyebarkan risalah Christian dikalangan pesakit-pesakit Islam sedangkan doktor-doktor muslim lebih mengutamakan kerja-kerja di negara-negara yang mempunyai kehidupan yang menyeronokkan.

10. Apa yang kami utarakan terhadap doktor-doktor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medah dakwah kita.


~Mustafa Masyur- Suri teladan di sepanjang Jalan dakwah~

Nasihat keramat

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kesempatan ini ana ingin kongsikan kata-kata keramat yang hadir saat getir diri ini menempuh sebuah ujian perjuangan ilmu. Resah gelisah yang hadir memikirkan keputusan bagi sesuatu ujian yang belum ditempuhi disejukkan dengan ingatan padaNya dan janjiNya di akhirat kelak. Itu yang terbaik.. pupuk Cinta pada akhirat!

~Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia sebab akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya~

Terima kasih diucapkan buat sahabat2 yang dikasihi.. yang dekat disisi atau jauh terpisah namun ntum sekalian tetap dekat di hati. Terima kasih kerana masih tidak melupakan diri ini, terima kasih kerana berada di sisi diri ini.. syukur pada Allah, atas anugerah ukhwahfillah ini..

Pesan seorang guru:
Kejayaan bukannya selalu dimiliki dan bukan juga atas usaha kita semata-mata. Soal utama dan pertama keberkatan dariNya. Bukan hendak menafi titik peluh kita, tapi kita harus sedar adanya Tuhan yang mengatur segala.. Biarpun sejuta ilmu kita dalami, ia tak berharga andai tiada keberkatan dariNya kerana Dia pemilik segala ilmu yang ada, yang tersebar di bumi mahupun yang terahsia di alam maya. Hadirkan dalam hati keinsafan, hanya ilmu menjadi wadah mendekati Tuhan..
~Kak Ct~

Hidup dalam dunia ini untuk bersyukur.
Syukur kepada orang yang menyakitimu kerana dialah orang menabahkan hati kamu.
Bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.
Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu, kerana dialah orang yang mengajarkan kamu berdikari.
Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu, kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu, kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
Bersyukurlah dari segala ujian dariNya, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.
Moga redha Allah sentiasa bersamamu..
~muJAHidah~

Kejayaan hakiki adalah pada hati ini sahabatku.. Pelihara ia sedayamu, nescaya urusan dunia akan dipermudahkan. Teguhkan kepercayaan dan halalkan fikiranmu hanya untuk yang positif.. Usaha sehabis kudrat kerana peluang beramal hanya sekilas.. Allah ada, dekat denganmu.
~HalawahIman~

Buat semua pejuang tersayang..
kiranya EXAM ini medan juangmu, maka bertarunglah sedaya upayamu kerana Allah.
Beberapa waktu berlalu kau telah diperturunkan segala ilmu dari gurumu, maka manfaatkanlah ia semampu akalmu untuk memartabatkan kedudukan ummahmu, bukan semata-mata untuk kepuasan doktor.
Tuhanmu tidak menilai akan natijahnya, tapi yang dinilai ialah kesungguhanmu..
Berjuanglah wahai pejuang, dengan kalimah Tuhanmu, dengan segala ilmu yang telah dipinjamkan sementara kepadamu.. selebihnya, kamu sandarkan pada ketentuanNya..

Juga buat keluarga tersayang.. terima kasih atas dorongan yang tak putus buat diri.. Kalianlah penguat diri ini untuk terus berjuang.. Terima kasih..

Moga-moga kejayaan di tangan. K.Nik adalah idola kepada anak-anak buah dan keluarga.
~kak~

Onie-san, Ganbate!
~Adik~

InsyaAllah, sesiapa berusaha pasti berjaya. Man jadda wa jada!
~Abe Ngoh~

Fa iza ’azamtu fatawakkal ’alalloh!
~Abe Nik~


p/s: terima kasih ya Allah, terima kasih keluargaku, terima kasih sahabat2ku.. terima kasih buat semua.. Alhamdulillah..

Friday, April 24, 2009

Amanah

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Syukur lillah..


Khamis, 23 April 2009, 12.47pm
~Kejayaan itu hakikatnya sebuah amanah Allah!~

p/s: masih xmampu berkata2.. hanya tahmid yang mampu terus dilafazkan.


--------------------------------------------------------

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengatakan,"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat berat".
(Surah Ibrahim:ayat 7)

Sunday, March 29, 2009

Allah adalah satu-satunya Penolong


Moga beroleh sebuah tenang dalam sebuah perjuangan..


Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNya, percaya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya, dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia. Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang terjadi itu baginya, dan ia menggantungkan setiap permasalahannya kepada Tuhannya, maka ia akan memperolehi pengawasan, perlindungan, kecukupan serta pertolongan dari Allah swt.


".. cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka
tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah, Dan Allah
mempunyai kurnia yang besar".
(Surah Ali-Imran: ayat 173-174)


Oleh kerana itu, wahai orang yang menyedari kelemahan dirinya, bertawakkallah kepada Yang Maha Kaya dan Yang Maha Kuat, yang mempunyai kekuatan yang Amat Besar, yang tiada bandingannya, agar diri anda selamat dari berbagai kesusahan dan keluar dari bencana. Jadikanlah: "Hasbunallah wa ni’mal wakil" syiar dan semboyan yang selalu menyelimuti langkah hidup anda!

".. dan cukuplah Rabbmu menjadi Pemberi Petunjuk dan
Penolong".
(Surah Al-Furqan: ayat 31)


sumber: dipetik dari buku La tahzan~

----------------------------------------------------------------------------

"Wahai Tuhanku, lapangkan bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."
(Surah Taha: ayat 25-28)

Ameen..


p/s: SELAMAT BERJUANG buat semua.. Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. Yakinlah padaNya!
Hingga bertemu lagi.. InsyaAllah

Saturday, February 07, 2009

Akan kuteruskan perjuangan..

Bismillahirrahmanirrahim.


Mengintai sebuah ketenangan,
mengharap sebuah kedamaian..
dalam mengharung satu tanggungjawab.
Hanya pada Allah jua dipohon permintaan,
agar ikhlas menjenguk hati,
agar bahagia menghuni diri..
InsyaAllah
~nik_khoir~

Thursday, January 01, 2009

~Selamat Berjuang..~

Bismillahirrahmanirrahim

Yang paling jauh bukannya bintang, mentari juga rembulan,
tetapi adalah masa yang berlalu dan takkan kembali.
Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan,
Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.
Yang ada hanya hari ini dan akan datang.
Gunakan hari ini sebaiknya kerana esok belum tentu milik kita,
Sedangkan semalam telah pergi selamanya..
~Imam Syafie~


Assalamu'alaikum saudara2ku sekalian.
Salam Maal Hijrah 1430H. Selamat Tahun Baru Masihi 2009.
Tahun baru tiba juga di susur kehidupan kita. Alhamdulillah, mari kita perbanyakkan syukur pada Allah swt atas segala nikmat yang diberikanNya. Bahkan nafas ini juga milikNya. Syukur kerana masih diberi kasihsayangNya, nikmat Iman dan Islam di dalam dada tatkala ramai leka dengan kemewahan dunia dan hanya sekadar menjadikan Islam pakaian luar diri sahaja. Syukur atas rezeki Allah dalam kehidupan berupa kasih sayang insan, ilmu pengetahuan, keamanan, kesihatan dan segala yang diberiNya hingga tak terhitung banyaknya. Alhamdulillah.

Tatkala tahun baru tiba, saudara kita di Palestin masih bermandi darah. Hati ini sedih melihatkan wajah2 saudara2 disana. Teriakan anak2 kecil, jasad2 yang bergelimpangan, kekurangan bekalan makanan & ubat-ubatan serta terkepung di dalam negeri kerana tidak dapat melepasi sempadan negeri menggambarkan betapa hebatnya ujian di bumi perjuangan Palestin itu. Jiwaku meluap2 kemarahan melihat kerakusan rejim zionis yang pasti sudah hilang sifat kemanusiaannya.
Wahai saudara2ku, pejuang2 mujahidin dibumi BaitulMaqdis, teruslah berjuang, bangkit berjuang atas nama Allah. Sesungguhnya azam, tekad, usaha dan jihadmu akan menghasilkan kemenangan bagi Palestin. Bukankah itu janji Allah? Berjuanglah walau perjalanannya cukup panjang. Doa kami mengiringi disini. Marilah umat Islam sekalian yang mengimani ayatNya "innama mukminuna ikhwah", agar mendoakan saudara2 kita di sana. Moga Allah memberi kemenangan kepada mujahidin, kesabaran kepada umat Islam di sana juga di seluruh dunia dan doakan kehancuran Israel laknatullah. InsyaAllah.

Hari ini juga genap 100 hari countdown ku menuju sebuah medan perjuangan imtihan. Imtihan dalam perjuangan ilmu yang sedang ku usaha selama ini. Perjuangan ilmu yang ingin ku jadikan platform bagi meneruskan tuntutan amanah bergelar khalifatullah. Mungkin saat ini, pintu2 bilik pembelajaran kami sudah boleh di kunci kemas dan dilekatkan tag pintu "Don't disturb" agar dapat memberikan konsentrasi dengan lebih baik. Dan mungkin juga pintu hati ini juga perlu di"tutup" dari di ganggu perkara2 yang masih boleh kelalaian diri pada sebuah tanggungjawab. Masa yang diizinNya ini perlu di atur sebaik2nya. Ilmu dan kemahiran yang dipelajari perlu digilap dengan lebih baik. Juga andai ada ujian, dugaan atau tekanan yang singgah harus ditangani dengan baik. La haula wa la quwwata illa billah. Bantu hambaMu yang terlalu dhaif ini ya Allah...



Dan paling penting hati harus diingatkan pada tujuan sebenar berjuang. Ya, berjuang itu tidak berhenti di kertas imtihan semata, namun berjuang itu akan terus bertapak dalam hidup. Bukankah perjalanan perjuangan itu panjang, dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit?

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan."
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Oh sahabat2ku, ana insan biasa, kadangkala imannya di atas, kadang di bawah. Maka doakan ana sahabat2. Hadiahkan ana dengan doa2 padaNya, ingatkan ana pada peringatan dan ayat2 Allah, kuatkan ana dengan kata2 semangat. Doakan moga ujian ini, juga ujian kehidupan mendatang dapat ditempuh sebaiknya. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hamba2Nya kan?
Doakan ana di permudahkan segala urusan, di beri kesabaran yang baik, di kuatkan semangat, beroleh ilmu untuk amal, di beri kesihatan yang baik, di hadiahkan rezeki kejayaan dan di tempatkan di tempat yang di berkatiNya kelak. InsyaAllah.



Juga buat sahabat2 semua, ayuh kita refleksi diri, berusaha untuk hijrah ke arah menjadi hambaNya yang lebih baik. Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Walau siapa pun kita, seorang pelajar, guru, doktor, surirumah, anak, ibu dan lain2.. kita tetap memegang amanah sebagai hamba dan khalifahNya seawal kalimah syahadah bertapak di hati. Mari kita usahakan yang terbaik pada kemampuan kita, di bidang kita. Umat Islam harus kuat, umat Islam harus bersatu!

Mari kita terus berjuang keranaNya.. selagi masa dan nafas masih diizinNya! Perjalanan perjuangan diri ini tidak di ketahui bilakah akhirnya. Yang pasti, akhirnya nanti di destinasi yang abadi. Lalu apa lagi yang diharapkan melainkan setiap usaha yang diberi, setiap langkah yang dilalui menjadi sebuah kebaikan buat bertemu Al-Khaliq kelak. Dan moga pertemuan itu bertemu di taman syurga milikNya. InsyaAllah.

Akhir kata, bukan ucapan selamat tinggal ingin ana ucapkan kepada sahabat2.. namun ana lafazkan ucapan Ilalliqa' ~Semoga kita semua bertemu lagi di suatu masa andai diizinNya.InsyaAllah.
Barakallahulakum... (^_^)

p/s: Selamat Berjuang buat semua! Fa iza 'azamtu, fa tawakkal 'alallah..
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan semesta alam"

Sunday, November 23, 2008

Belajar..

Bismillahirrahmanirrahim

Ana teringat kenangan masa kecik dulu. Huhu.. masa tu darjah satu. Setiap kali tiba hari khamis ana sangat gembira. Hooray, it's time to play! Hari jumaat dan sabtu pasti terisi dengan bermain. Main sorok2, main baling selipar, main galah panjang, main masak2..

Gambar budak2 jepun tengah bermain

Ada satu hujung minggu tu, cikgu ada bagi kerja rumah. Kena siapkan masa cuti hujung minggu, hari ahad buka sekolah cikgu nak tengok. Kerja rumah belajar tulis tulisan jawi.. banyakkkk muka surat.. setiap huruf kena tulis 1 mukasurat. Rasa2nya ada dalam 5-10 mukasurat. Tapi, jadual bermain tetap berjalan. Kerja rumah tu nanti malam nak sekolah bleh siapkan. Alih2 malam tu badan keletihan, mata mengantuk.. dan kerja rumah tak siap lagi. hehe, apalagi.. menangisla malam tu, takut cikgu marah. Last2, ibu ana yang siapkan kerja rumah dan ana tidur dalam mata bengkak sebab menangis. Mulai saat tu, ana janji pada diri, takkan keluar main kalau kerja sekolah tak siap lagi. Huhu.. senyum sorang plak ingat kenangan ini.

Kecik2 dulu, ana memang rajin belajar. Siap buat jadual lagi. Selalu belajar sungguh2 nak dapat no 1. Kalau demam, berdegil jugak nak g sekolah. At last, ana vomit, cikgu terpaksa hantar ana balik rumah. Menyusahkan cikgu je kan. Masuk secondary school, 5 tahun jadi budak asrama, jadi budak berdisiplin. Belajar pun sekolah dah letak jadualnya. Tapi sekarang, huh.. kena paksa diri je selalu. Pagi2 kalau tak bersemangat pergi round, kena motivasikan diri dulu. Dalam perjalanan ke ward kena ikhlaskan niat dulu.. Dah besar panjang, jadi macam ni plak ye..

Dr.Ramli ada ingatkan kami masa briefing posting. Sekarang dah 5th year, kena jadi macam masa form5 dulu, kena rajin belajar, kena rajin buat nota.. Betul kata Dr. Ana rindu diri ana dahulu.. Moga Allah bagi kekuatan, agar diri ini dapat menjadi hambaNya yang lebih baik.. Ilmu untuk amal. Kena banyak sabar, kena kuatkan semangat. Ilmu yang sedang dipelajari ini satu tanggungjawab, satu amanah.

Emm, so, work hard wahai diriku.. Allah knows, Allah knows.. Allah tahu bahawa dirimu sedang berusaha untuk buat yang terbaik. Do the best, and let Allah do the rest. Mujahadah kerana Allah!! InsyaAllah.

~Your eyes cannot see what your brain doesn't know..
~Your patient is your text book..
~Reading is not just staring to your book, but you need to have a critical thinking!!

Ana nak kongsikan "Petua Belajar" dari buku 101 doa tulisan Ustaz Zahazan. Moga bermanfaat.

Sebelum belajar
  • Berdoa
  • Tarik nafas. oksigen akan sampai ke seluruh badan dan merangsang otak.
  • Duduk ke hadapan sedikit seperti sedang mendengar cerita menarik, supaya dapat memberi sepenuh tumpuan.
  • Tentukan tajuk yang hendak diulangkaji dalam sesuatu masa.
  • Tentukan mukasurat dan bab yang hendak dibaca.
  • Tentukan tempoh masa berapa lama hendak membaca.

Semasa belajar

  • Tunjuk dengan jari seperti membaca al-quran.
  • Faham dan bayangkan.
  • Selang-selikan dengan rehat. Setiap 30minit, rehat 5minit. Jangan selangi dengan mendengar radio atau menonton tv. Memadai dengan minum air kosong, senaman ringan atau berjalan2.

Selepas belajar

  • Tutup buku.
  • Ingat dan bayangkan semula apa yang dibaca. Jika masih belum faham ulangi pembacaan.
    Bacaan pertama untuk faham, bacaan kedua untuk mengingat. Bincang dalam kumpulan topik yang telah dipelajari. Bertanya pada yang arif dalam bidang tersebut.

Allahu'alam


p/s: Hari ini hari sabtu, bakal berakhir. dan insyaAllah esok, hari ahad datang lagi.. huhu, hari persekolahan ku bermula lagi..

Thursday, September 11, 2008

... ? ....

~ Subhanallah~

=) hehe.. hari yang agak penat, physically and mentally. Kena recall balik ni.. "Tambahkan ilmu kepada kami ya Allah."

??... Population, sample, variable, data, bar chart, pie chart, histogram,
mean, median, mode, standard deviation,
normal distribution, left skewness, right skewness,
p value, significant,
independent t test, pearson chi-square test, fisher's exact test,
abstract, introduction, methodology, result, discussion, conclusion, recommendations..

p/s: Subhanallah, cantikkan gambar kat atas ni.. Pancaran cahaya matahari senja yang berbentuk ? (question mark). Maha Suci Allah yang Menciptakannya..

Wednesday, September 10, 2008

HosBes



Alhamdulillah.. Thank you Allah..

p/s:kembali ke kampus, meneruskan perjuangan ilmu =)

Saturday, August 16, 2008

Berusahalah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, tenang hati ini bila pulang ke pangkuan rumah.. tempat bermulanya sebuah kasihsayang seorang insan. Kasih dan sayang yang Allah hadirkan seawal hadirnya kita di dalam kandungan ibu. Itu fitrah yang Allah kurniakan buat semua manusia.. tidak ada yang dapat menafikannya bukan? Malah sesiapa yang memandang wajah kedua ibubapa akan beroleh ketenangan..

FirmanNya yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah Luqman:ayat 14)
Pulang ana turut membawa 'misi'(he2), ingin membawa ibu bertemu doktor kerana masalah mata kirinya. Alhamdulillah, Allah izinkan.. Pada pandangan ana yang masih muda di bidang ini, ibu mungkin menghadapi masalah pterygium dan immature cataract. Hati hanya mampu berdoa, mudah2n keadaan ibu tidak membimbangkan. Syukur, hasil pertemuan dengan doktor baruni akan disusuli dengan appointment dengan doktor pakar selepas raya nanti. InsyaAllah.. ana berharap mudah2n keadaan ibu tidak serius dan moga ibu tak begitu khuatir dengan keadaannya.. "Ibu jangan risau ye.."

Apabila bertemu dengan doktor, ana seboleh2nya tidak mahu mengexposekan diri sebagai medical student. Kenapa ye? entahla..=). Tapi doktor itu mampu juga mengecam ana, mungkin kerana medical term yang terkeluar dari lidah ana ini.

"Sekarang ngaji mano? tahun brapo doh?".. tanya doktor itu. Ana pun mula 'memperkenalkan diri' ana..
"Dah final year, dah bleh check sendiri la ni".. kata doktor tu sambil tersenyum.
"Saya dah check dr. , tapi kena la dr. jugak yang check".. kata ana sambil memandang ibu.

Differential diagnosis kami hampir sama, cuma dr. tak dapat memastikannya lagi. Katanye.. serahkan pada yang pakar =). Dan punca masalah mata itu mungkin disebabkan oleh cataract tersebut bukannya pterygium. Dr. juga menerangkan tentang rawatan yang ada untuk masalah tersebut. Ana pula kecut perut mendengarnya, walaupun ana sememangnya sudah tahu hanya itu rawatan yang ada buat masa ini.. mudah2n keadaan ibu tidak serius.

Sambil menunggu tarikh appoinment baru, dr. sempat berbual dengan ana. Rupa2nya dr. juga adalah di antara kenalan senior ana disini walaupun dr. dari kampus berlainan. Kemudian dia menceritakan tentang pahit manis kehidupan seorang doktor. Panjang juga bicaranya..he2. Ana hanya memandang ibu ana sambil tersenyum, khuatir ibu ana mulai bimbang tentang perjalanan yang bakal ditempuhi ana kelak.

Dr. juga bertanya 1 soalan (katanya ni soalan fevret for medical student.Emm, ye ke?). Ana mengiyakan soalannya. Ya.. ana di antara insan yang telah Allah pilih untuk mengharung ujian tersebut. Ujian yang ana rasakan amat sukar untuk ana hadapi.. namun, alhamdulillah, berkat kasihsayang Allah buat diri ini.. jatuh ana, Allah masih bangunkan kembali. Allah juga telah menghadiahkan ana shbt2 dan adik2 yang menjadi penguat semangat ana, yang sudi menjadi teman ilmu ana. Alhamdulillah.. Kata dr. itu, dirinya pun diuji dengan ujian tersebut, dan alhamdulillah, hingga kini dia tetap berada disini, memikul amanah ini.. Sempat lagi dr. bertanya.."Nangis tak masatu?".. "Nangisla dr.." jawab ana sambil memandang ibu =).
Teringat saat itu, mata ini mampu bertahan apabila mendapat berita itu, namun tatkala menyampaikan berita itu pada ibu, dengan izinNya, air mata itu berjuraian tanpa henti.. Allahu rabbi..

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut:ayat 2-3)
Sesungguhnya semua ini adalah sebuah warna kehidupan yang telah Allah takdirkan buat diri ini. Setiap dari kita punyai ujian masing2 yang sesuai dengan kemampuan diri yang telah ditentukan Allah. Syukur, saat ini, Allah masih beri peluang kepada kita semua untuk menggalas impian, menunaikan amanah ilmu yang masih belum lengkap.. untuk menjadi amalan bila keluar ke medan sebenar kelak.. InsyaAllah.

Bak kata sahabat ana tadi.. "kita okk senafas!!".. ya, bersusah untuk mendapat kesenangan kelak. Bersusah untuk mendapat ilmu.. bukan sekadar untuk di tuliskan di kertas ujian, namun yang paling penting, untuk perjuangan kehidupan kita kelak.

FirmanNya yang bermaksud:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Surah Al-Insyirah:ayat 5-6)
Sesungguhnya Allah telah memilih kita untuk berada di bidang ini, maka mari sama2 kita usahakan yang terbaik dan jadikan bidang ini sebagai platform untuk kita menyempurnakan tanggungjawab sebagai khalifatullah.. InsyaAllah. Allahughoyatuna!

Sebelum melangkah untuk kembali ke kampus, ibu tetap menasihati ana.. "rajin2kan bangun solat malam, mohon dikabulkan hajat dan rezeki dari Allah".
InsyaAllah ibu..

Teringat lagu Tekad semasa orientasi dahulu..

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Mencapai cita-cita..

*ana terjumpa video ni.. video orientasi 03/04

p/s: Bersama teruskan perjuangan.. kerana Allah! InsyaAllah

Thursday, August 07, 2008

Learn Medicine from your heart

Bismillahirrahmanirrahim.

"Learn medicine from your heart".. kata Prof Dr. KJ, salah seorang specialist di department anaest disini. Suka dengar pengalaman doktor merantau hampir separuh benua dunia mempraktiskan ilmu perubatan yang dimilikinya sambil menimba ilmu.

Bercakap tentang ilmu perubatan Islam, Dr. Danial Zainal Abidin ada menyatakan dalam bukunya "Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden" tentang kepentingan ilmu perubatan dalam Islam. Disini ana ringkaskan sekadar kefahaman ana.

Buku pinjam kat library =)

Ilmu perubatan merupakan salah satu ilmu fardhu kifayah yang mesti dikuasai oleh sebahagian umat Islam pada hari ini. Matlamat perubatan Islam adalah untuk melahirkan individu yang bersih jiwanya, sihat fikirannya, mantap tubuh jasadnya dan mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih serta cara hidup yang suci. Semuanya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dengan pendekatan yang selamat dan halal. Perubatan Islam ini tidak sekadar menekankan pengubatan penyakit fizikal semata2 tetapi turut juga mementingkan pengubatan jiwa manusia. Dan inilah pendekatan yang terbaik!

Namun, keyakinan bahawa penyakit dan kesembuhan adalah daripada Allah swt haruslah wujud di dalam hati pengamal perubatan. Keyakinan inilah yang mendidik jiwa kita agar tidak takabbur sekiranya kita berjaya menyembuhkan penyakit. Juga menghilangkan putus asa sekiranya pesakit tidak sembuh daripada penyakitnya kerana hanya Allah swt yang berkuasa. Keyakinan inilah juga melahirkan peribadi yang sentiasa berdoa pada Allah, mengharap bantuan hanya padaNya.

FirmanNya yang bermaksud:

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku."
(Surah As-Syu'ara: ayat 78-81)

Mereka yang bergelar pengamal perubatan hendaklah mereka yang jujur dan berkelayakan. Ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan kelayakan yang sah lagi diiktiraf sebelum mengizinkan seseorang merawat pesakitnya.

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang mengubati dan ia tidak pernah diketahui sebelum ini sebagai seorang yang mengetahui ilmu perubatan, maka dia dipertanggungjawabkan". (Riwayat Abu Daud, An-nasai, Ibnu Majah)

Dr. Danial dalam bukunya ini juga ada menyatakan beberapa kriteria yang perlu ada pada seseorang pengamal perubatan iaitu 1) ilmu agama yang mantap dan melaksanakan kewajipan deen 2) mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan dan 3) menghayati akhlak dan etika Islam.

Menghayati apa yang disampaikan dalam buku ini, mengingatkan ana tentang amanah yang sedang dipikul ini. Ya, berjuang dalam bidang ilmu perubatan bukan untuk mencari glamour, gaji tinggi, status tinggi dalam masyarakat, namun hakikatnya ia adalah sebuah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah buat diri.

Have you learn the medicine from your heart? Ana tak mampu menjawab soalan itu.. masa yang masih ada ini akan ana usahakan yang termampu. Doakan ana sahabat2. Mari kita jadikan belajar itu satu ibadah. Belajar dengan meletakkan Allah sebagai tujuan utama, niat yang sebenar. InsyaAllah...

Alhamdulillah, hari ini Allah izinkan ana menduduki imtihan anest. Doakan ana dan shbt2 disini ya.. moga dikurniakan kejayaan yang terbaik.

InsyaAllah, next week, mula memasuki posting baru.. dan kami bakal bercuti.. Yippie=)!! Dah hampir sebulan tak pulang ke rumah, cukup merindui ibuayah dan keluarga. Emm, 1 week holiday, tapi mungkin masa cuti perlu dipendekkan. Banyak buku2 masih menanti untuk dibaca.=).. Sama2 kita manfaatkan masa sebaiknya.

Rindu kat my little mujahid amsyar.. wait for your auntie ya!

Buat shbt2 tersayang, graduan2 yang bakal berkonvokesyen next week.. ana ucapkan Tahniah di atas kecemerlangan shbt2. Terima kasih Ya Allah, atas anugerahMu kepada sahabat2ku. Doa kukirimkan dari jauh.. agar Allah sentiasa memberi kesabaran dan kekuatan kepada antum menghadapi perjuangan kehidupan bergelar ahli perubatan muslim. Mg semua urusan shbt2 dipermudahkan.

Emm.. klu ada yang bagitau ana, rasa cam tak nak pergi konvo,hehe.. hanya 1 nasihat yang boleh ana bagi.. hadirlah majlis itu untuk ibu dan ayah antum. Percayalah.. mereka pasti gembira dan bahagia melihat anaknya berjaya menggenggam sebuah ijazah setelah antum bertungkus lumus selama ini. Hepi convocation day!

As we go on we remember
All the times we had together
And as our lives change, from whatever
We will still be, friends forever ...

p/s: Rindu kt sahabat2 semua.. Ya Allah, hidup suburkan ukhwah ini selamanya. Ameen..

Saturday, July 12, 2008

Salam perjuangan

Assalamu'alaikum.
Disini ana kongsikan sebuah emel yang ana peroleh dari seorang shbt.. Mg ada khairnya buat semua.
------------------------------------------------------------------------
Sedutan WARKAH dari NUR MUSLIMAH

…sekadar perkongsian ilmu dari Seminar Perubatan anjuran Badan Kebajikan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir…
…moga dgn sedikit ilmu ini dapat menaikkan semangat kita semua untuk menjadi muslim doktor bukannya doktor muslim…
…sebagai seorang yang digelar pengamal perubatan , adalah menjadi satu keperluan bagi kita thaqafah pengamal perubatan…

Zaman kegemilangan pemerintahan Islam memuncak di antara tahun 900 hingga 1300Masihi. Pada zaman tersebut, empayar Islam dibawah pemerintahan khalifah telah berkembang dari Asia Barat ke Benua Eropah dan bertapak kuat di Negara Sepanyol. Ia
berkembang dari Negara Rusia ke Timur Tengah di sebahagian Negara China. Dalam zaman tersebut muncullah para cendiakawan dalam bidang ilmu perubatan seperti al-Razi, al-Zahrawi,Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Ibn en-Nafis. Di samping ilmu kedoktoran, mereka juga mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang keagamaan, astronomi, fizik, matematik, dll…

Selepas tahun 1300 M, apabila empayar Islam runtuh, maka ilmu perubatan Islam juga mengalami nasib yang sama. Sehingga sekarang perubatan Islam tidak mendapat perhatian dunia seperti di zaman pemerintahan khalifah dahulu. Musuh-musuh Islam beusaha untuk mempelajari dan menguasai dunia perubatan. Apabila mereka berjaya menguasainya, akan diterap kepada umat-umat Islam ilmu perubatan yang telah dibuang nilai-nilai Islamik untuk dijadikan panduan dalam hidup kerana mereka menyedari bahawa ilmu perubatan ini boleh membuka jalan kepada orang-orang Islam untuk lebih yakin kepada agama mereka. Dengan ilmu ini juga mereka akan berjaya memisahkan umat Islam dari agama mereka sebagaimana ungkapan mereka yang maksudnya 'Apabila adanya doktor, sudah tentu adanya sakit. Dengan adanya sakit sudah tentu berhajat kepada doktor. Apabila berhajat kepada doktor, maka di sana adanya peluang terbaik untuk mengkristiankan umat Islam'…

HUBUNGAN ILMU KEDOKTORAN DENGAN ASPEK HUKUM
…Percaya tak.. kepentingan ilmu perubatan tak boleh dipertikai oleh sesiapa pun! Ini adalah kerana ganjaran orang yang menziarahi orang sakitpun mendapat fadhilat yang begitu besar, maka sewajarnya mempelajari ilmu ini fadhilatnya terlalu besar. Lihatlah sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Barang siapa yang menziarahi pesakit, maka berjalanlah beliau di taman-taman syurga, apabila dia duduk di sisinya, berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila dia keluar dari tempat pesakit, diwakilkan kepadanya tujuh puluh ribu malaikat untuk memohon keampunan pada hari tersebut"...

Thaqafah yang perlu diketahui oleh pengamal perubatan :
a)Mengetahui tentang kesan-kesan dari hasil-hasil sumbangan ulama' dalam bidang
perubatan.
b)Menyelidiki metodologi berfikir dan bertindak para pengamal perubatan silam yang berdasarkan al-qur'an dan As-sunnah.
c)Merencana ilmu-ilmu yang sepatutnya dipelajari dan dijadikan asas utama dalam
pembelajaran ilmu kedoktoran sebagaimana cadangan yang telah dinyatakan oleh Dr Mohamed Ali al-Bar:
1. Pengetahuan am Islam tentang perubatan
2. Sejarah perubatan Islam
3. Nas-nas perubatan dalm quran dan sunnah
4. Etika kerja pengamal perubatan
5. Feqh pengamal perubatan

Sikap Pengamal Perubatan :
Sebagai doktor kita perlulah mempunyai persiapan yang kuat untuk menangani masalah dan cabaran dalam merawat pesakit. Perkara yang paling utama ialah dengan menekankan kekuatan dalaman yang menjadi sumber kekuatan fizikal. Antara pedoman terbaik untuk kita hayati ialah ungkapan seorang doktor pakar iaitu Dr Ali Sulaiman ar-Rumaikhan dgn kata-katanya:
" Wahai saudaraku yang bergelar doktor. Rawatan yang kamu berikan kepada pesakit-pesakit tidak bermakna hanya rawatan zahir sahaja iaitu dengan menggunakan ubat-ubatan.

Sebaliknya hendaklah kamu mengubati hati-hati mereka dengan kata-kata yang boleh menggembirakan dan menguatkan jiwa serta tubuh badan mereka di samping menghilangkan daripada mereka kesusahan dan keresahan. Demikian itu hendaklah kamu membawa pesakit kamu dekat dengan Allah dengan memberitahu kepada mereka bahawa sakit yang ditimpa kepadanya datang dari Allah dan mereka mendapat pahala dengan ujian tersebut.

Saudaraku, ini adalah kerana hati apabila berhubung dengan Tuhan yang mencipta sakit dan penawarnya, yang mentadbir sekalian alam, maka pesakit tadi akan mendapat ubat yang lain, bukannya ubat yang dirasai oleh pesakit yang hatinya jauh dari Allah. Saudaraku, ketahuilah bahawasanya roh apabila mempunyai kekuatan dan jiwa juga kuat, kedua-duanya membantu menghalang dari peritnya kesakitan"

Oleh itu sahabatku, perkara utama para doktor ialah menjadi muslim doktor dan bukannya doctor muslim semata-mata. . iaitu mendahulukan Islam dari perkara lain sebagai objektif yang utama. Manakala ilmu kedoktoran merupakan wasilah untuk memberi khidmat kepada Islam yang pertamanya, kemudian yang keduanya barulah menjadi sumber untuk menampung sara hidup di dunia. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT : "Dan aku tidak manjadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu"…(Adz-Dzariyat:ayat56)

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah…
Amanah yang dipikul oleh seorang doktor terlalu berat, memerlukan persediaan yang sempurna dari pelbagi sudut. Walaupun tugasnya sebagai doktor adalah kerjayanya yang sudah pasti, namun tugas membantu manusia yang dalam kesakitan dan berdakwah
berteraskan aqidah Islamiah adalah dasar utama. Kejayaan tugas ini sememangnya memerlukan kepada jati diri dan keizzahan seseorang doktor dengan Islam disamping melakukan segala amanah tadi dengan penuh usaha dan ikhlas kepada Allah…

Renungilah sahabatku kata-kata dari seorang doktor kepada seorang doktor :
"Sesungguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya banyak rehat, hidup dan matinya dalam jiwa yang kerdil.

Adapun doktor yang berjiwa besar, yang sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya berada di atas tilam yang empuk dan kehidupan yang senang lenang disamping harta benda yang memuaskan…

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu keadaan yang sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Sayyiditina Khadijah "Telah berlalu masa tidur wahai Khadijah.."

Maka ingin sekali dinyatakan disini..
"Telah berlalu masa untuk kita semua tidur wahai penuntut2 bidang perubatan!!"

Salam perjuangan dari ardhul kinanah
nur_fil_islam

-------------------------------------------------------------
p/s: teringat sebuah kata2 seorang doktor disini
~"Being a muslim is the first, being whatever u are is the second." ~